Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6234
![]() | Today | 52 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 519 |
| 2007 BSB |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE 61-TAHUN PADA HARI AHAD 30HB JAMADILAKHIR 1428 15HB JULAI 2007 Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du. Alhamdulillah, besyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, diatas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita dapat menghadiri Istiadat ini. Beta terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para tetamu khas Beta, yang sudi meluangkan masa bagi sama-sama meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Beta yang ke-61 tahun ini. Begitu juga Beta tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menghantar perutusan tahniah dan ucap selamat kepada Beta dan keluarga. Negara Brunei Darussalam, dengan limpah Allah jua, terus menikmati keamanan dan kemakmuran. Semua ini adalah berkat usaha, perpaduan dan kerjasama rakyat serta penduduk. Semua nilai-nilai ini perlu terus dipelihara serta diperkukuhkan lagi bagi kemajuan dan keselamatan negara. Dalam usaha kita untuk meningkatkan ekonomi, kerjasama dan perkhidmatan adalah dua faktor paling asasi. Ia dilihat sebagai mampu untuk melicinkan perkembangan serta memantapkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana, atau SME bagi faedah-faedah jangka pendek dan juga jangka panjang. Oleh itu, agensi-agensi kerajaan mestilah juga turut menyediakan laluan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka, supaya ia benar-benar menjadi sektor yang dapat sama-sama berperanan dalam memajukan negara. Bagi tujuan kecemerlangan ekonomi, maka semua pihak perlu menghargai sumbangan kumpulan SME ini dan bersama-sama turut menangani permasalahan mereka. Mana-mana agensi yang masih memakai peraturan-peraturan atau proses-proses yang boleh melambatkan pencapaian dan juga menghalangi perkhidmatan yang efisen, hendaklah mereka itu dengan segeranya mengubah pandangan mereka. Pada masa yang sama diharapkan juga, supaya kumpulan SME lebih kreatif dan berdikari dalam meneroka peluang-peluang perniagaan, sama ada di dalam mahupun di luar negeri. Kerajaan telahpun menyediakan bebrapa kawasan untuk kemudahan peniaga-peniaga dan orang ramai. Ia dibuat sebagai galakan, supaya lebih ramai lagi anak-anak tempatan menceburkan diri dalam bidang perniagaan itu. Beta mahu melihat, terutama para pengusaha kecil dan sederhana, supaya merebut peluang ini. Beta yakin, kalau kita mempunyai hemah, ditambah lagi dengan adanya perancangan yang teratur, sudah barang tentu kita akan dapat melahirkan usahawan-usahawan yang boleh dilatih untuk menjadi peneroka kepada industri-industri eksport. Ini, jika berlaku, akan memungkinkan kita untuk meletakkan produk-produk "Buatan Brunei" dalam pasaran serantau dan antarabangsa dalam jangka masa sederhana dan panjang. Dalam arus pembangunan yang pesat, cabaran-cabaran baru, perlulah dihadapi dengan bijaksana. Isu tenaga, khasnya minyak dan gas, adalah merupakan contoh terdekat. Kita perlu menyedari bahawa bekalan kedua-dua sumber ini tidaklah wajar dilihat sebagai akan berkekalan buat selama-lamanya. Kerana itu, amalan berjimat cermat didalam penggunaan tenaga adalah langkah yang terbaik lagi bijak, yang mesti dibuat oleh semua pihak, dari agensi kerajaan, swasta sampailah kepada orang perseorangan. Satu lagi cabaran dari pembangunan ialah impaknya kepada alam-sekitar. Pada masa akhir-akhir ini, kita sudahpun mula turut mengalami banjir kilat, tanah susur dan sungai dipenuhi lumpur. Walaupun ini tidak seburuk yang dialami oleh orang lain, namun nisbah keadaan kita yang jarang mengalaminya, maka apa yang berlaku ini tidak syak lagi, adalah satu amaran, supaya kita tidak lalai dari menilai keberkesanan ciri-ciri perancangan dan pembinaan infrastruktur di negara ini. Malapetaka alam dan pencemaran dapat dilihat sebagai dua perkara yang berkaitan. Namun pencemaran saja, biasanya lebih berpunca dari gaya hidup manusia. Misalnya longkang yang kotor, pasar, restoran dan lain-lain, adalah penyebabnya itu tidak lain dari gaya hidup yang tidak mementingkan kebersihan. Perkara ini tidak dapat dibiarkan. Agensi-agensi berkenaan mestilah peka dan menanganinya dengan pengurusan yang cekap, atau jika perlu, dengan penguatkuasaan semua peraturan atau akta mengenainya tanpa ada tolak ansur. Apa yang Beta sebutkan ini, berhubung kait secara langsung dengan proses dan mekanisme perkhidmatan. Kita mesti sentiasa mengkaji dan mengemaskinikan peraturan, tatacara dan perundangan, terutamanya yang bersangkutan dengan pemberian perkhidmatan kepada orang ramai. Matlamat kita yang besar ialah perkhidmatan yang efektif, mesra pelanggan, adil dan berwawasan. Contoh pemberian perkhidmatan yang telus dan ditunggu-tunggu ialah bilamana kita mampu merengankan bebanan orang ramai, seperti mengurangkan waktu menunggu yang lama, mempercepatkan proses membuat keputusan serta memberi laluan mudah untuk berinteraksi dengan kerajaan. Termasuk perkhidmatan kepada orang ramai, ialah perkhidmatan dibidang keselamatan. Kita mesti berazam untuk terus menitikberatkan keamanan dan keselamatan sebagai keperluan asasi kita. Maka untuk itu, semua agensi yang berkaitan hendaklah mengambil langkah-langkah tegas mengenainya. Disamping itu, kerjasama masyarakat juga tidaklah kurang diperlukan, sperti dalam perkara memberikan maklumat-maklumat berguna, sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang mencurigakan yang dianggap boleh mengganggu keselamatan negara. Mengenai keselamatan ini juga, Kerajaan Beta akan terus meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa bagi faedah-faedah bersama. Menerusi hubungan dengan negara-negara sahabat dan juga pertubuhan-pertubuhan dunia, kita mempunyai banyak peluang untuk mencapai hasrat tersebut. Akhir sekali, kita akan tetap bersandar kepada Yang Maha Berkuasa, dalam apapun keadaan, sama ada dalam kerja-kerja pembangunan, pendidikan, keselamatan dan yang seumpamanya. Kita tetap yakin, kemakmuran dan kesejahteraan yang sedang dinikmati ini, adalah kemurahan Allah yang terbaik kepada kita. Oleh itu, bersyukur serta memelihara hubungan dengan Allah, mestilah dijadikan keutamaan dalam kehidupan. Beta amat bahagia, kerana satu pendekatan kearah itu telah berhasil kita garap. iaitu apabila tertubuhnya dua buah institusi pengajian tinggi yang baru, Universiti Islam Sultan Syarif Ali dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Beta berharap. dua buah pusat pengajian ini akan dapat berperanan sengan baik dalam tugasnya sama-sama membina generasi cemerlang. Demi hasrat untuk membantu kakitangan Kerajaan Beta, khususnya yang berpendapatan rendah, terutama dalam merancang perbelanjaan bagi persediaan persekolahan anak-anak mereka pada awal tahun, maka Beta dengan sukacita mengumumkan bahawa mulai tahun ini, bagi pegawai dan kakitangan Kerajaan di semua peringkat, termasuk agensi-agensi keselamatan dan kakitangan yang bergaji hari dan open vote, bonus tahunan yang kebiasaannya dibayar pada akhir bulan Januari pada tahun hadapan akan dibayar sebulan lebih awal iaitu pada akhir bulan Disember tahun ini. Beta berharap dengan adanya pembayaran lebih awal bonus tersebut, ianya akan membolehkan ibubapa membuat persediaan yang bersesuaian bagi musim persekolahan yang baru bagi anak-anak mereka. Buat menutupnya, Beta dengan ikhlas tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, termasuk warga Perkhidmatan Awam Kerajaan, Pasukan-Pasukan Keselamatan dan warga yang berkhidmat di sektor swasta, yang telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti serta sokongan padu mereka kepada Kerajaan Beta. Demikian juga ucapan yang sama kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan, sama ada di peringkat Kebangsaan atau daerah, di atas usaha mereka yang padu pada menjayakan perayaan Hari Ulang Tahun Beta yang ke-61 tahun ini. Semoga Allah jua yang akan mengurniakan limpah kurnia-Nya kepada mereka semua. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




