Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6220
TodayToday38
YesterdayYesterday95
This monthThis month505
2005 BSB
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AI-MARHUM
SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE-59 TAHUN

PADA HARI JUMAAT
9 JAMADILAKHIR 1426 / 15 JULAI 2005.

Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya
Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina
Muhammaddin, Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas
limpah rahmat-Nya yang tidak terhingga, sehingga dapatlah kita berkumpul di
istiadat ini, bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan beta yang ke59.

Beta dengan ikhlas terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu beta, sama ada yang datang
dari jauh mahupun dekat, untuk samasama meraikan sambutan ulang tahun Hari
Keputeraan beta ini.

Demikian juga dif-dif yang lain serta semua pihak yang telah menghantar
perutusan-perutusan ucap selamat mereka bersempena dengan perayaan ini.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala juga yang akan membalas ingatan baik
mereka itu dengan ganjaran yang sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, negara kita, Brunei Darussalam terus menikmati keamanan dan
kesejahteraan. Tanpa keamanan dan kesejahteraan, sesebuah negara itu tidak
akan dapat menikmati kebahagiaan.

ltulah dia harga keamanan dan kesejahteraan.

Sebab itu, usaha-usaha ke arah menjaga, mempertahan dan meneruskan keamanan
di negara ini adalah merupakan tanggungjawab besar kita bersama. Beta
sangatlah menghargai kerjasama orang ramai kepada agensi-agensi
penguatkuasaan keselamatan kerajaan beta yang ditugaskan untuk itu.

Agensi-agensi berkenaan pula hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua
bentuk ancaman, termasuk ancaman jenayah serta gejala sosial yang boleh
merosakkan keamanan.

Di dalam menghadapi ancaman-ancaman yang ada serta juga kemungkinan ancaman
berbentuk baru, agensi-agensi keselamatan perlu membuat persediaan yang
proaktif.

Ancaman jika ada, serta yabg mungkin berlaku, perlulah dihadapi dengan
langkah-langkah awal yang komprehensif. Ini termasuklah ancaman-ancaman
seperti bencana alam yang tidak disangka-sangka, di mana contohnya telah pun
turut melanda rantau kita baru-baru ini.

Pada bulan Mei yang lalu, beta telah mengambil keputusan untuk merombak
keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan membuat beberapa
lantikan baru bagi tempoh lima tahun.

Beta berharap generasi pemimpin baru ini akan membawa Negara Brunei
Darussalam ke suatu tahap kemajuan dan kesejahteraan yang kita hasratkan.

Lantikan-lantikan baru ini meliputi pelbagai latar belakang pengalaman dan
kemahiran, bukan sahaja daripada kalangan sektor kerajaan tetapi juga
daripada sektor swasta. Ini diharapkan akan menambah lagi keupayaan kerajaan
beta dari sudut tenaga dan kepakaran.

Apa yang kita lakukan ini, adalah amalan biasa di mana-mana, bukannya satu
hadiah atau hukuman kepada siapa-siapa. Malahan secara peribadi, beta
menganggap kepimpinan yang baru mahupun yang lama adalah sama-sama memiliki
ciri-ciri bernilai untuk Negara Brunei Darussalam. Beta amatlah
menghargainya.

Menyentuh soal kebajikan secara menyeluruh, beta adalah memandang berat
terhadap keadaan perekonomian negara, sebagai sifatnya satu faktor paling
utama untuk mengekalkan keselesaan dan kemakmuran rakyat kita.

Dalam dunia globalisasi serta persaingannya yang amat hebat, usaha-usaha
untuk mewujudkan ekonomi negara yang lebih teguh serta mampu berdaya saing,
adalah perlu ditingkatkan terus dari masa ke semasa.

Maka ke arah ini, kerajaan beta tidak terpeluk tubuh dari melaksanakan
pelbagai langkah, termasuk menggalakkan usahawan-usahawan tempatan serta
meningkatkan tahap aktiviti perindustrian dan juga membuka luas peluang
pelaburan asing di negara ini.

Penghalang-penghalang kepada pengendalian perusahaan dan perniagaan seperti
proses-proses yang terlalu birokratik, sukar difahami atau kurang jelas,
hendaklah diatasi. Demikian juga penyakit lebih merbahaya seperti rasuah,
hendaklah dibanteras sama sekali.

Apa yang beta mahu, semua perkara yang mudah mestilah dipercepatkan
pengendaliannya, sementara perkara yang lebih kompleks pula juga hendaklah
diusahakan seberapa yang boleh untuk dipermudahkan prosesnya.

Khusus mengenai sektor kewangan, kerajaan beta melalui Kementerian Kewangan
sedang mengatur langkah untuk mengukuhkan lagi monetary dan kestabilan
kewangan. Ke arahnya, beberapa rang undang-undang yang berkaitan, termasuk
Akta Insurans, Akta Bank, Akta Syarikat Kewangan dan Akta Pajak Gadai sedang
digubal atau dipinda.

Dengan penggubalan atau pindaan ini, diharapkan pihak berkuasa akan lebih
mudah untuk menjalankan pengawalseliaan ke atas institusi-institusi
kewangan, setanding dengan amalanamalan negara-negara maju. Ia juga
bertujuan untuk memastikan yang institusi-institusi kewangan di negara ini
akan dapat beroperasi lebih teratur, selaras dengan kehendak piawaian yang
terbaik antarabangsa.

Baru-baru ini beta juga telah memperkenankan cadangan penggabungan dua buah
bank tempatan iaitu Bank lslam Brunei Berhad (IBB) dan Bank Pembangunan
lslam Brunei Berhad (IDBB). Ini adalah dianggap selaras dengan trend global
masa kini, di mana beberapa buah bank dapat bergabung untuk mengukuhkan
keupayaan dan daya saing, bukan sahaja dalam negara bahkan juga di peringkat
antarabangsa.

Menyentuh mengenai Pusat Kewangan Antarabangsa (B1FC) pula, dalam usianya
yang baru lima tahun, ia telah mengeluarkan hampir 3,000 lesen syarikat
antarabangsa, termasuk enam lesen bagi urus niaga perbankan, di mana dua
daripadanya adalah lesen perbankan lslam. Semua ini merupakan petanda baik
yang boleh meyakinkan kita bahawa usaha-usaha kita selama ini sudah
menampakkan hasil yang diharapkan.

Mulai l November 2004 yang lalu, kerajaan beta telah memberi kuasa kepada
setiap kementerian untuk menubuhkan Lembaga Tawaran Kecil masing-masing.
Setiap Lembaga Tawaran Kecil boleh mempertimbangkan mana-mana tawaran yang
bernilai $250,000.00 dan ke bawah dan seterusnya menghadapkan sokongan
kepada menteri-menteri masing-masing bagi diluluskan sendiri oleh
menteri-menteri berkenaan.

Langkah ini bertujuan untuk mempercepatkan lagi perkhidmatan dan prosedur
tawaran serta sebut harga di seluruh jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
Oleh yang demikian, beta berharap agar setiap ahli Lembaga Tawaran Kecil dan
kementerian-kementerian dapat melaksanakan tugas mereka dengan teliti, penuh
bertanggungjawab, amanah dan jujur, demi kepentingan negara serta rakyat dan
penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Sistem pembaikan dan peningkatan sedemikian ini adalah sangat mustahak,
khasnya bagi semua peringkat Perkhidmatan Awam.

Budaya kerja yang cekap lagi mantap adalah memainkan peranan paling penting
bagi memastikan jentera kerajaan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Ciri-ciri yang harus ada di dalamnya antara lain ialah beriman, bersifat
optimistik, bekerja dengan gigih dan bermuafakat, bersifat prihatin dan
pemedulian, bersikap jimat cermat, mengutamakan pembelajaran dan ilmu
pengetahuan, jujur dan amanah serta berintegriti.

Usaha pada meningkatkan integriti itu bukan sahaja menjadi tanggungjawab
kepada ketua dalam agensi, malahan juga bagi setiap kakitangan dalam
organisasi.

Seperkara yang menjadi kewajipan utama kerajaan ialah meningkatkan tahap
pembangunan negara. Di dalam hubungan Ini, penyediaan kemudahan orang ramai,
terutamanya kemudahankemudahan asas seperti perumahan adalah paling di atas
sekali.

Sebab itu langkah supaya setiap rakyat mempunyai tempat atau rumah
kediamannya sendiri adalah merupakan prioriti pembangunan negara yang
berterusan.

Sungguhpun terdapat pelbagai cabaran bagi mencapai maltamat ini, namun beta
yakin, kadar pembinaan rumah di bawah skim-skim perumahan yang ada boleh
dipertingkatkan lagi untuk memenuhi permintaan dan keperluan rakyat yang
semakin ramai.

Demikian juga penyediaan kemudahan-kemudahan asas yang lain adalah tidak
diabaikan, sama ada di kawasan-kawasan pedalaman mahupun kawasan-kawasan
bandar. Sebenarnya, semua itu sudah ada, cuma perlu dipertingkatkan lagi
kualitinya.

Dari sudut hubungan antarabangsa, kerajaan beta akan meneruskan peranan
negara ini selaku warga antarabangsa yang berhemah tinggi serta mempunyai
pendirian kuat untuk terus memegang prinsip-prinsip memelihara kepentingan
negara di arena antarabangsa.

Di dalam bidang kerjasama ekonomi pula, negara kita akan melaksanakan
kesemua perjanjian yang dimeterai dengan rakan-rakan serantau dan
antarabangsa termasuk ASEAN, APEC dan juga Pertubuhan Perdagangan Sedunia.

Demikian juga kita mengalu-alukan setiap langkah dan usaha untuk mengeratkan
lagi persefahaman dan hubungan dua hala yang sedia ada dengan rakan-rakan,
sama ada di dalam mahupun di luar rantau ini.

Dasar kita ialah 'bersama-sama membina dunia yang adil lagi sejahtera'.

Akhirnya, di dalam kesempatan ini, beta dengan ikhlas ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih beta kepada semua
lapisan rakyat dan penduduk, termasuk semua peringkat di dalam Perkhidmatan
Awam kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan dan juga mereka yang berkhidmat
di sektor swasta yang telah menyumbangkan segala tenaga dan buah fikiran
meIalui khidmat bakti serta sokongan mereka terhadap kerajaan beta, demi
kebaikan dan kesejahteraan bersama.

Demikian juga beta tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada seluruh ahli jawatankuasa perayaan, sama ada di peringkat kebangsaan
mahupun daerah, di atas usaha mereka yang gigih pada menjayakan semua
rancangan-rancangan perayaan pada tahun ini.

Semoga Allah juga yang akan mengurniakan ganjaran-Nya kepada mereka. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.