Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6215
![]() | Today | 33 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 500 |
| 2004 BSB |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-58 TAHUN BERTEMPAT DI BALAI SINGGAHSANA INDERA BUANA, ISTANA NURUL IMAN PADA HARI KHAMIS 27HB. JAMADILAWAL 1425 15HB. JULAI, 2004 Alhamdulillahi Rabbil 'Alaameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du. Alhamdulillah, syukur kehadhrat Allah Subhanahu Wata'ala diatas limpah rahmatnya mengiinkan isti'adat ini berlangsung dengan baik dan sempurna. Beta terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan tahniah mereka. Beta menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir, terutama sekali tetamu khas Beta dari luar negeri. Terima kasih juga kepada anggota perkhidmatan awam, pasukan keselamatan, sektor swasta, dan kepada semua lapisan masyarakat serta kaum yang tinggal samada di daerah, bandar atau kampong. Keamanan, kestabilan dan keselamatan yang kita nikmati adalah berasaskan usaha-usaha semua rakyat di negara ini dan Beta sangat-sangat menghargainya. Kepada semua ahli Jawantankuasa Perayaan peringkat kebangsaan dan daerah yang telah berkerja keras untuk menjadikan perayaan ini sebagai hari gembira bagi semua, Beta adalah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Sebagai sebuah negara, kita telah wujud sejak berkurun-kurun lamanya dirantau ini. Kita telah berkembang menjadi sebuah negara yang mempunyai tradisi dan nilai-nilai unik. Cara mengamalkannya dan apa yang telah dicapai selama ini merupakan satu kebanggaan kepada kita sebagai sebuah negara. Hakikat ini membolehkan negara terus wujud dan dihormati. Ianya juga memberikan kita satu tekad kukuh. Dan lebih penting lagi, ianya telah memberi kita kekuatan berterusan untuk menghadapi cabaran-cabaran dengan penuh yakin dan berjaya. Perkara ini Beta tekankan kerana kita telah sampai ke satu saat penting dalam sejarah negara. Selama dua puluh tahun, negara telah mengalami pembangunan yang pesat dalam bentuk penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur, perkhidmatan awam dan peluangpeluang pembangunan yang baru untuk semua lapisan masyarakat. Pembangunan ini telah membolehkan setiap orang menghadapi masa depan dengan penuh yakin. Perlu disedari yang kemajuan negara banyak bergantung kepada sumber-sumber asli yang sedia ada. Oleh itu, penggunaan sumber-sumber ini perlulah dikawal dengan baik dan faedahnya dapat dinikmati secara berpanjangan. Dalam hal ini, Kerajaan Beta sentiasa melihat kepada pilihan-pilihan strategi terbaik untuk mencapai kemajuan. Ini merupakan tugas penting Kerajaa, khususnya melalui Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi dan Lembaga Kemajuan Ekonomi. Kemajuan yang jelas dan pesat perlulah diwujudkan kearah menjadikan Negara Brunei Darussalam lebih maju dan kompetitif. Setiap rakyat mesti meras yakin yang kita boleh terus menikmati kemakmuran dalam keadaan aman dan selamat. Kearah ini, Badan Perencana Kemajuan Jangka Panjang telah ditubuhkan menyediakan wawasan yang jelas, terbuka dan mudah difahami oleh setiap keluarga di negara ini. Badan juga akan menyediakan rancangan kemajuan jangka panjang selepas Rancangan Kemajuan Negara ke-8. Bagi tujuan ini, satu Badan Petugas Wawasn Negara telah juga dibentuk yang dikehendaki membuat konsultasi dengan wakil kumpulan-kumpulan yang berkepentingan atau "stakeholders" untuk mengetahui daripada mereka isu-isu pembangunan masa depan. Beta berharap Badan ini sedaya upaya mengingatkan semua ahli perkhidmatan awam tentang peranan mereka dalam mencapai hasrat pembangunan negara. Dalam masa yang sama, Badan ini juga diharapkan dapat menggalakkan sektor swasta untuk benar-benar merasakan penglibatan mereka sebagai rakan dalam pembangunan negara yang dinamik. Hasil kerja Badan ini nanti merupakan rujukan kepada semua pembangunan masa depan negara. Akan tetapi, kita menyedari bahawa pembangunan tidaklah semata-mata ditangani oleh pihak Kerajaan dan konsultan sahaja. Ianya perlulah menyeluruh melalui proses yang diterajui bersma oleh kita semua, serta menghayati harapan dan impian yang sama dengan usaha serta rasa tanggungjawab yang sepadu. Inilah nilai-nilai yang dihasratkan dalam kehidupan bernegara. Prinsip-prinsip bernegara ini telahpun diwarisi daripada generasi terdahulu lagi. Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang dimayshurkan pada 29hb. September 1959 oleh Paduka Ayahanda Beta – Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Perlembagaan tersebut telah memberikan kita kuasa memerintah hal ehwal negara kita sendiri. Ianya merupakan detik permulaan kearah mencapai semula kemerdekaan penuh yang Beta isytiharkan pada 1hb. Januari 1984. Beta telah mengisytiharkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara merdeka lagi berdaulat. Dengan Pengisytiharan ini, Negara Brunei Darussalam telah mengambil alih semula tanggungjawab sepenuhnya dalam semua hal. Adalah menjadi tanggungjawab Beta sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan untuk membentuk masa depan negara dan menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat. Seperti yang kita maklum negara adalah mengalami perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat melalui kebijaksanaan dalam mengendalikan hasil daripada sumbersumber yang ada. Negara juga berupaya memberikan berbagai kemudahan awam secara saksama, seperti dalam bidang kesihatan, pendidikan dan juga menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Pada waktu yang sama, apabila keselamatan dan kestabilan negara terancam, kita telah mengambil langkah segera untuk mengekalkan keamanan. Pada satu ketika dahulu, negara kita telah menghadapi cabaran genting sebagai sebuah negara perintah Darurat diisytiharkan. Perintah ini sentiasa diperbharui. Ianya meruoakan satu faktor penting dalam melaksanakan tanggungjawab kita untuk memelihara keamanan dan kestabilan yang dinikmati pada masa ini. Dengan cara ini, kita telah berjaya menikmati kemerdekaan selama dua puluh tahun. Dalam apa jua perjalanan, suasana baru akan dihadapi. Cabaran-cabaran baru akan sentiasa menguji. Begitu juga perjalanan kehidupan masa depan, kita akan mengalami suasana sedemikian. Kita mesti menilai suasana ini dengan jelas dan menbantu rakyat menyesuaikan serta menghadapinya dengan jaya, sepertimana yang telah dibuat dimasa lalu. Dengan ini, Beta telah menimbangkan dengan berhati-hati perkembangan dalam dan luar yang membawa kesan kepada masa depan negara. Ini bertujuan mempastikan apa jua pembaharuan yang perlu dibuat untuk membolehkan pencapaian negara pada masa ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Beta juga ingin mempastikan, yang mereka kelak dapat menggunakan pencapaian tersebut dengan bijaksana. Oleh itu, sebuah Jawatankuasa untuk Mengkaji Semula Perlembagaan 1959 telahpun ditubuhkan. Jawatankuasa berkenaan telah meneliti semula Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, 1959 bagi mengenal-pasti pindaan-pindaan yang perlu dibuat untuk membolehkan kita terus melindungi negara serta terus melindungi negara serta kepentingan rakyat, iaitu dengan mengambil kira keadaan sekarang dan juga masa akan datang. Dalam penelitian tersebut, Jawatankuasa telah menentukan perkara-perkara yang memerlukan pindaan dalam Perlembagaan 1959 dan beberapa undang-undang lain. Pindaan-pindaan ini bertujuan untuk mengukuhkan institusi-institusi beraja dan meningkatkan keberkesanan hubungan antara Kerajaan dan rakyat. Jika diluluskan, pindaan-pindaan ini akan membolehkan kita, jika perlu, untuk bertindak dengan segera dan tegas bagi melindungi Negara Brunei Darussalam, serta juga memelihara kepentingan rakyat dalam mencapai cita-cita nasional dan individu ketahap yang lebih tinggi. Khususnya, Beta juga memberi keutamaan nagi meningkatkan peluang orang ramai melibatkan diri dan memberi sumbangan membina kepada kemajuan negara. Cara ini akan memberi banyak manfaat. Ianya akan membolehkan kita mengetahui matlamat dan cita-cita semua lapisan masyarakat dan rakyat diseluruh negara. Kearah ini, satu struktur penglibatan rakyat yang lebih formal perlulah diwujudkan. Oleh itu, Beta telahpun membuat keputusan untuk mengadakan semula Majlis Mesyuarat Negara yang juga dikenali sebagai "Legislative Council". Tidak lama lagi, Majlis Mesyuarat Negara alan membincangkan perkara-perkara yang dirujuk kepadanya. Perubahan ini kita laksanakan dengan penuh berhati-hati, demi untuk terus menjamin keamanan dan kestabilan, serta penghormatan dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini. Proses penglibatan melalui Majlis Mesyuarat Negara adalah juga satu sejarah perkembangan bagi negara kita. Ia akan dilaksanakan menikut keperluan dan keadaan masa. Adalah diharapkan ianya dapat memberi dorongan kepada pembangunan negara. Beta juga mengalu-alukan pandangan dan fikiran dari semua pihak melalui peluang yang akan disediakan oleh Majlis ini. Ini adalah detik penting dalam sejarah negara. Kita akan melalui detik tersebut, sepertimana juga generasi terdahulu terhadap cabaran yang besar dalam sejarah negara. Semangat mereka itu tetap menjadi sumber kekuatan kita. Kita akan sama-sama maju kehadapan sebagai bangsa sentiasa mengamalkan warisan turun temurun dan bersatu padu dalam menentukan untung-nasibnya. Kepada seluruh rakyat Beta dan penduduk negara ini, saatnya telah tiba bagi kita samasama bersatu memperbaiki masa depan negara. Sempena hari bahagia ini, Beta sekali lagi merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada hadirin, hadirat dan seluruh rakyat di mana sahaja mereka berada, semoga kita semua berada dalam sejahtera dibawah 'inayah Allah. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




