Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6225
![]() | Today | 43 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 510 |
| 2003 BSB |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA PERAYAAN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE 57 TAHUN PADA HARI SELASA 15HB. JAMADILAWAL, 1424 15HB. JULAI, 2003 Alhamdullilahi Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'ala Aalihiee Wasahbihee Ajma'een Waba'du. Alhamdulillah, Beta bersyukur kehadhrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas limpah rahmat-Nya, mengurniakan kita kesempatan untuk sama-sama berkumpul dalam upacara yang indah ini, bersempena dengan Ulangtahun Hari Keputeraan Beta pada tahun ini. Terlebih dahulu, Beta dengan ikhlas ingin merakamkan setinggi -tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu Beta, sama ada yang datang dari jauh mahupun dekat, untuk samasama meraikan sambutan ini. Demikian juga kepada dhif-dhif yang lain, serta semua pihak yang telah menghantar perutusanperutusan ucap selamat bersempena dengan sambutan perayaan ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala jua yang akan membalas ingatan baik mereka itu dengan ganjaran yang sebaik-baiknya. Kita semua wajiblah bersyukur kerana dapat menikmati keadaan aman dan makmur yang berterusan di negara ini, lebih-lebih lagi dalam suasana dunia yang sentiasa mengalami pelbagai cabaran dan pergolakan ini. Di dalam tempoh setahun yang lalu pelbagai krisis telah melanda masyarakat antarabangsa, sama ada dalam bentuk peperangan, wabak penyakit mahupun serangan-serangan yang menjejaskan nyawa dan harta benda. Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala jua, Negara Brunei Darussalam terselamat dan terpelihara daripada semua krisis tersebut. Suasana negara yang aman dan stabil membolehkan kita semua meneruskan kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Seperti yang Beta sering tekankan di masa-masa yang lalu, masyarakat yang sentiasa mengamalkan sikap bersatu-padu, hormat-menghormati dan saling faham memahami, adalah merupakan asas yang penting bagi pembangunan negara. Wawasan kita memanglah untuk melihat negara ini sentiasa selamat, aman dan makmur. Dalam makna, segala program Kerajaan Beta adalah menjurus kearah ini. Beta ingin melihat setiap rakyat dan penduduk berdaya maju dan berdikari. Kerajaan adalah berperanan untuk menyediakan iklim dan prasarana, manakala rakyat pula mestilah memanfaatkannya dengan menggandakan usaha membangun menurut peraturan-peraturan yang ada. Menyentuh mengenai pembangunan, sudah nyata bahawa kekukuhan ekonomi adalah memainkan peranan yang utama untuk menjayakan proses pembangunan . Era globalisasi dan perdagangan bebas serantau dan antarabangsa serta pembukaan pasaran perdagangan dalam negeri, menjadi wadah yang amat mencabar. Untuk memastikan bahawa para pengusaha tempatan dapat bersaing dalam pasaran ekspot terbuka, Kerajaan Beta adalah terus memberikan perhatian terhadap penghasilan produk tempatan yang berkeupayaan untuk memenuhi keperluan mutu dan piawaian antarabangsa. Sebagai langkah permulaan bagi mencapai pengiktirafan kualiti produk tempatan,Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, telahpun melaksanakan program piawaian dan amalan pengurusan, kualiti, untuk pengusaha-pengusaha tempatan. Program ini akan membolehkan pengusahatempatan itu mendapatkan sijik pengiktirafan kualiti yang diperakui di peringkat antarabangsa. Pihak berkenaan juga telah melaksanakan satu kajian feasibility bagi kemungkinan menubuhkan satu Institusi Akreditasi dan Piawaian Kebangsaan. Keperluan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana adalah terus diutamakan oleh Kerajaan Beta, terutama dari segi sumber kewangan. Kerajaan Beta sedang meneliti untuk melaratkan lagi dua skim pinjaman dengan dua bank tempatan yang sudah sedia ada, kepada bank dan institusi kewangan tempatan yang lain. Langkah ini diharapkan dapat memberikan pilihan tambahan kepada pengusaha kecil dan sederhana sambil menggalakkan persaingan di antara bank- bank untuk menyediakan perkhidmatan pinjaman yang lebih menarik. Dari segi pendapatan negara, khususnya pengeluaran sumber minyak dan gas, situasi pengeluaran dan harga-harga minyak dan gas nampaknya cukup mantap. Tahun lalu, pengeluaran telah mencapai tahap tertinggi di kedua-dua sektor. Dengan adanya potensi permintaan gas, terutama di pasaran Asia' Pasifik, rancangan pembinaan "train" yang ke enam yang dianggarkan memakan belanja satu billion dollar Amerika, untuk menambahkan keupayaan kapasiti loji cecair gas asli, juga dalam proses perancangan. Kerajaan Beta akan meneruskan usaha-usaha pencarian sumber minyak dan gas di kawasankawasan yang menjadi hak mutlak Negara Brunei Darussalam, sama ada di darat mahupun di laut, untuk kepentingan generasinya. Adalah menjadi harapan, supaya sektor minyak dan gas sentiasa berkeupayaan untuk memberi sumbangan yang utama dalam perekonomian negara, di samping juga industri-industri bukan minyak dan gas yang sedang giat dimajukan. Kerajaan Beta juga terus peka terhadap keperluan tenaga manusia bagi pembangunan. Diantaranya ialah penyediaan tenaga dalam bidang teknologi kebangsaan perlulah menyediakan info komunikasi yakni IeT, sebagai ciri khusus untuk mengwujudkan e-Kerajaan dan seterusnya bagi memanfaatkan era 'k-economy' yang berasaskan pengetahuan. Sebagai alat untuk menghadapi cabaran tersebut, sistem pendidikan kebangsaan perlulah menyediakan program-program pendidikan yang dinamik yang menjurus ke arah penghasilan ilmu serta kemahiran yang tinggi. Kurikulum pendidikan juga seharusnya mengwujudkan budaya pendidikan sepanjang hayat bagi melahirkan masyarakat Brunei yang berilmu pada setiap peringkat umur. Demi untuk mencapai matlamat e-Kerajaan, pihak Institut Perkhidmatan Awam telah pun diamanahkan untuk menjalankan program-program latihan ICT. Selain tumpuan diberikan kepada bidang ICT, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi juga, dengan bantuan pakar yang berkaitan, telah melaksanakan satu kajian mengenai keperluan pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Kajian tersebut dijangka selesai dalam bulan September, dimana hasilnya akan digunakan untuk membantu Kerajaan pada menentukan arah-tuju pembangunan serta juga bentuk keperluan pengurusan sumber manusia bagi jangka sederhana dan panjang. Pada bulan Ogos, Laporan Separa Penggal, yakni "Mid-Term Review" bagi Rancangan Kmajuan Negara Ke-Lapan akan dikeluarkan untuk membentangkan penilaian perlaksanaan rancangan tersebut bagi tempoh Januari 2001 hingga Jun 2003 dengan fokus kepada pencapaian permasaalahan perlaksanaan. Laporan ini akan juga mencadangkan perubahan-perubahan dasar dan strategi perancangan, berasaskan kepada faktor-faktor dalaman dan luaran yang telah dan sedang dialami, demi semata-mata untuk mensejajarkan keperluan pembangunan negara. Menjurus kepada Perkhidmatan Awam, Kerajaan Beta akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatannya ketahap yang mampu untuk memenuhi kehendak -kehendak pelanggan dengan lebih memuaskan. Di antara usaha yang telahpun diperkenalkan baru-baru ini, ialah program pensejajaran, yakni 'alignment', di mana setiap Kementerian dan Jabatan Kerajaan perlu menyediakan perancangan strategic organisasi masing-masing, supaya usaha-usaha yang dilaksanakan oleh organisasiorganisasi berkenaan akan dapat diselaraskan dengan hasrat, wawasan dan aspirasi negara yang telah digariskan. Beta berharap semua agensi Kerajaan akan memberi tumpuan yang serius kepada program ini. Adalah menjadi hasrat Beta supaya agensi-agensi kerajaan mempastikan Tekad Pemedulian Orang Ramai yakni TPOR akan terus diperhatikan dan dilaksanakan. Didalam tempoh yang terdekat, satu inisiatif baru dalam Perkhidmatan Awam akan diperkenalkan, iaitu pengauditan terhadap perlaksanaan Tekad Pemedulian Orang Ramai. Matlamat utama projek ini ialah bagi mempastikan keberkesanan perlaksanaan Kementerian dan Jabatan, disamping sebagai satu cara untuk memantau, sejauh manakah komitmen agensi-agensi Kerajaan terhadap program ini. Usaha yang akan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan ini dijangka akan dapat membantu setiap Kementerian dan Jabatan, mengenalpasti atau mengatasi kelemahankelemahan, sekiranya ada, oleh agensi- agensi berkenaan. Usaha tidaklah pemah dihentikan bagi mengemas dan melicinkan jentera pentadbiran Kerajaan, supaya kesejahteraan dan mutu kehidupan rakyat dapat dikekalkan Dalam perkara kesihatan, kemunculan wabak penyakit SARS telah menimbulkan kebimbangan dan cabaran. Namun alhamdulillah, langkah- langkah tegas lagi komprehensif dapat kita ambil berupa pencegahan, pengawalan dan pemantauan, dengan melalui cara kita sendiri dan juga usahasama dengan pihak-pihak kesihatan serantau dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Cara kita sendiri itu termasuklah munajat kepada Yang Maha Berkuasa, dengan Sembahyang Hajat dan berdo'a kepada-Nya, semoga kita dan negara diselisihkan daripada wabak yang mengerikan ini. Kita amat bersyukur kerana do'a kita telah dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Kerajaan Beta akan terus memberikan keutamaan dalam perkara kesihatan ini. Konsep kita adalah, mendahulukan pencegahan terhadap sebarang penyakit daripada merawatnya. Kita tidak menunggu penyakit menyerang kemudian merawat, tetapi sedaya mungkin mengenalpasti puncapunca penyakit sebagai langkah pencegahan.Sebagai contoh, apabika dikenalpasti bahaya rokok kepada kesihatan, maka Kerajaan akan tegasnya mengambil langkah-langkah kehadapan yang munasabah, termasuklah turut menyuarakan pendapat-pendapatnya di dalam forum-forum atau persidangan- persidangan peringkat antarabangsa. Dalam usaha untuk memperolehi tahap rawatan kesihatan yang lebih selesa dan sesuai, Kerajaan Beta juga telah menandatangani satu perjanjian Joint Venture di antara Pusat Perubatan Jerudong Park dengan sebuah kumpulan perubatan luar negeri yang mempunyai reputasi tinggi, untuk menubuhkan satu pusat jantung di negara ini. Perjanjian ini telah membolehkan pesakit-pesakit untuk menerima rawatan penyakit jantung di dalam negeri di semua peringkat penjagaan termasuk rawatan angioplasty dan pembedahan "Open Heart", yang sebelum ini hanya dapat diperolehi di luar negeri. Beta percaya usaha sedemikian ini dapat memberikan banyak manfaat, termasuk boleh meringankan bebanan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga para pesakit. Pusat jantung ini juga diharap akan menjadi sebuah pusat yang bereputasi tinggi yang akan turut menarik pesakit- pesakit dari luar negeri, bukan sahaja dari rantau ini malahan juga dari luar rantau, di samping, dengan kehadhirannya itu dapat pula menyumbang kepada ekonomi negara. Beta sukacita mengambil perhatian mengenai mereka yang memohon untuk mendapatkan taraf sebagai rakyat Beta, khususnya, terhadap golongan pemohon yang kurang mendapat peluang persekolahan yang mencukupi, terutamanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas dan dianggap sebagai "buta huruf'. Untuk mereka yang sedemikian, Beta berharap langkah ini akan memberi telah bersetuju supaya dibolehkan menjalani ujian bahasa Melayu secara lisan, di samping dapat memenuhi syaratsyarat yang lain yang juga dikehandaki. Perkara ini tidaklah bercanggah dengan undang-undang yang ada, dimana setiap pemohon untuk menjadi rakyat Beta, mestilah boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. Beta berharap langkah ini akan memberi peluang lebih adil kepada pemohon- pemohon yang mempunyai tahap pelajaran yang tidak mengizinkan mereka untuk menjalani ujian secara bertulis. Mudah-mudahan segala usaha ini melaksanakan tugas dan tanggungjawab akan diberkati oleh Allah Subhanahu Wata' ala, amin. Akhimya, Beta tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan kerjasama dan sokongan mereka kepada Kerajaan Beta, dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kepada seluruh rakyat dan penduduk, termasuk semua peringkat dalam perkhidmatan awam Kerajaan, serta Pasukan- Pasukan Keselamatan, serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, Beta tidak lupa merakamkan penghargaan di atas usaha mereka yang ikhlas di dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab mereka. Beta juga tidak lupa merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Perayaan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun Daerah, di atas usaha-usaha mereka pada menyusun dan melaksanakan rancangan-rancangan perayaan. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




