Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6541
![]() | Today | 44 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 826 |
| 2002 BSB |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR' ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA PERAYAAN HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE-56 TAHUN BERTEMPAT DI BALAI SINGGAHSANA INDERA BUANA, ISTANA NURUL IMAN PADA 04 JAMADILAWAL 1423 / 15 JULAI 2002 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillaahi, Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa'alaa 'Alihee Wasahbihee Ajma'een Waba'du. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan istiadat ini berlangsung dengan baik dan sempurna. Beta terlebih dahulu sukacita mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu khas beta yang samasama merayakan Hari Ulang Tahun Keputeraan beta pada tahun ini. Begitu juga kepada semua dhif-dhif yang lain, serta semua pihak yang telah menghantar perutusan ucap selamat sempena sambutan perayaan ini. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala jua yang akan mengurniakan ganjaran yang setimpal di atas ingatan baik mereka itu. Kita bersyukur, kerana negara dan rakyat serta penduduk di dalamnya terus menikmati keamanan, keselamatan dan kesejahteraan, hasil daripada usaha pada semua pihak mempertahankannya. Kesedaran tentang mustahaknya keamanan dan kestabilan adalah merupakan perkara utama dalam mempastikan survival bangsa. Kerana jika diabaikan, ia mungkin mengganggu pertumbuhan dan pembangunan negara yang sedang berjalan dan yang akan terus berjalan. Oleh itu asas-asas yang boleh menguat dan mengekalkannya perlulah sentiasa dipupuk serta dijelmakan untuk menjadi kenyataan. Di antara asas-asas itu ialah perpaduan ummah dan sikap berbaik-baik dikalangan, bukan saja masyarakat dalam lingkungan sendiri, malahan juga dengan masyarakat serantau yang lebih menyeluruh. Hubungan masyarakat belia kita juga dengan belia-belia ASEAN yang lain perlulah digalakkan untuk melahirkan rangkaian komunikasi persefahaman dan kerjasama demi kelanjutan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan kerjasama yang mantap. Sebagai aset negara dan bakal penyambung usaha pembangunan, belia perlulah dipimpin ke arah hala tuju yang jelas agar mereka faham dan sedar akan peranan dan sumbangan mereka dalam membangunkan negara atau 'nation-building'. Demikian pula setiap warga masyarakat biasa selain belia, mempunyai peranan dalam proses pembangunan negara. Warga masyarakat yang tersisih akan menjadi bebanan kepada negara, kerana sifatnya yang tidak produktif, dan bahkan boleh berkembang menjadi isu sosial. Kerajaan beta telah mengenalkan Dasar Belia Negara yang menggariskan prinsip, objektif dan strategi dalam melaksanakan program-program pembangunan belia. Program-program kesedaran belia secara bersepadu adalah ditingkatkan, termasuk kearah peningkatan kesedaran dan kefahaman tentang keanggotaan dan peranan negara dalam ASEAN dan pertubuhan luar yang lain. Sehubungan ini, komitmen negara di arena hubungan luar, adalah terus bersandarkan kepada prinsip-prinsip yang sejauh ini dapat memberikan hasil yang menggalakkan kepada kita. Negara telah berjaya menjadi tuan rumah kepada beberapa acara dan persidangan antarabangsa. Akhir bulan ini, sekali lagi kita akan menjadi tuan rumah kepada beberapa mesyuarat ASEAN peringkat Menteri. Semua ini menggambarkan kemampuan negara dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat. lni penting kerana kestabilan serantau adalah merupakan tunggak utama bagi membolehkan kita mencapai pembangunan ekonomi yang berterusan. Penyertaan negara di arena antarabangsa juga membawa keuntungan dari berbagai sudut, seperti latihan dan pertukaran sosial dan budaya. Dalam pada itu, kita juga turut mengikuti dengan cemas pergolakan politik dunia yang amat mencabar. Isu keganasan menjadi topik utama sama ada di sidang serantau maupun antarabangsa. Kita turut mengutuk apa saja bentuk keganasan yang di lakukan oleh sesiapa jua, kerana pengganasan adalah di luar agenda bangsa-bangsa yang bertamadun. Dengan kata lain, sesiapa saja yang melakukannya bermakna telah menarik diri daripada kumpulan atau jema'ah bangsabangsa yang bertamadun itu. Sebagai ahli ASEAN, kita adalah komited kepada langkah-langkah yang sudah diambil mengenainya. Begitu juga di peringkat lain seperti Commonwealth dan OIC. Apa yang penting juga dalam menangani isu keganasan secara komprehensif ialah dengan memahami sebab-sebab ianya berlaku. Oleh itu, usaha pada meningkatkan lagi dialog dan kerjasama di antara semua negara adalah terus menjadi teras dasar luar negara. lni bukan saja dalam usaha menangani isu keganasan bahkan juga isu-isu yang lain. Kita adalah bersungguh-sungguh mempastikan keamanan serta berazam mengekalkannya. Kerana jika sesebuah negara itu dilanda masalah keselamatan, maka sukarlah baginya untuk memulihkannya. Ia bukan saja menyukarkan Kerajaan dalam usaha-usahanya melaksanakan pembangunan ekonomi, tetapi juga menyukarkan penduduk dalam usaha-usaha mereka mendapatkan mata pencarian dengan selesa. Oleh itu tanggungjawab pada menjaga keamanan dan keselamatan itu, sepatutnya bukanlah terserah kepada agensi-agensi Kerajaan yang berwajib sahaja, malahan sewajarnya mesti dipikul sama oleh semua lapisan rakyat dan penduduk, supaya ianya lebih berkesan lagi. Melalui Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Kerajaan memberikan perhatian kepada perancangan dan pelaksanaan rancangan Kemajuan Negara ke-8 yang akan dapat memenuhi keperluan pembangunan negara. Sungguhpun pada tahun ini Kerajaan komited dengan peruntukan kemajuan sebanyak B$l billion, hakikatnya setakat ini masih terdapat beberapa kelemahan perlaksanaan yang perlu diatasi untuk mencapai matlamat Kerajaan. Kerana itu, Kerajaan beta antara lain sedang berusaha untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pihak-pihak pelaksana di dalam melaksanakan projek-projek kemajuan pada waktunya. Di samping itu, Kerajaan betajuga berusaha meningkatkan penglibatan sektor swasta di peringkat konsultan untuk memberikan lebih banyak projek-projek pembangunan secara terbuka dan kompetitif. Beta berharap semua pihak pelaksana di dalam sektor Kerajaan dan swasta akan dapat meningkatkan produktiviti dan profesionalisma masing-masing untuk mencapai efisiensi yang lebih tinggi. Terdapat keperluan bagi membolehkan pihak konsultan mempunyai daya insentif yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan Kerajaan dari segi 'value for money' dan pencapaian jangka waktu perlaksanaan, di samping mendapat kemajuan perusahaan masing- masing. Kerajaan beta juga telah melanjutkan Skim Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang bertujuan untuk membaik-pulih perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana sebanyak yang boleh. lni termasuklah membantu majikan-majikan di sektor swasta di dalam membiayai latihan-latihan pekerjaan pelbagai sektor bagi anak-anak tempatan yang belum mempunyai pekerjaan sebelum mereka diambil bekerja secara tetap. Untuk memenuhi keperluan pembangunan yang lebih seimbang, RKN ke-8 selain dari menumpukan kepada kemajuan infrastruktur,juga memperuntukkan kemajuan sumber manusia. Melalui dana kemajuan sumber manusia di dalam RKN ke-8, Kerajaan beta menghasratkan kemajuan sumber manusia jangka sederhana dan panjang akan lebih terarah dan menepati keperluan negara untuk lebih dinamis dan berdaya saing. Ke arah ini, Kerajaan beta telah mendapatkan perkhidmatan pakar kemajuan sumber manusia antarabangsa untuk membantu dalam menyediakan rangkaian dasar dan pelan tindakan kebangsaan kemajuan sumber manusia. Sebagai tambahan kepada usaha Kerajaan mengemaskinikan keperluan pembangunan negara, Kerajaan beta melalui Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi telah menyediakan Pelan Tindakan Perangkaan. Antara lain ianya untuk memperbaiki perangkaan kira-kira negara, menukar tahun asas supaya lebih terkini, mengira Keluaran Dalam Negara Kasar, yakni GDP, berasaskan perbelanjaan dan sekaligus pengeluaran, dan menjalankan Banci Ekonomi Kebangsaan yang baru. Hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2001 sudahpun mula dikeluarkan secara berperingkatperingkat. Di samping itu, Kerajaan beta akan memperbadankan Jabatan Telekom Brunei mulai l hb April, 2003. Dengan pengkorporatan JTB ini, Kerajaan mempunyai satu lagi asas pertimbangan bagi melihat seterusnya kemungkinan pengkorporatan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang bersesuaian. Kerajaan beta juga telah menyediakan peruntukan undang-undang pada menjaga kesejahteraan orang ramai, misalnya Perintah Bank (Pindaan) tahun 2002 telah dikuatkuasakan sejak bulan Mac lalu yang bertujuan untuk menangani masalah pengambilan wang atau 'illegal deposit taking' dan seterusnya melindungi orang ramai daripada tertipu dengan skim cepat kaya. Dalam sektor kewangan antarabangsa, Pusat Kewangan Antarabangsa Brunei telah mencatatkan beberapa kemajuan yang menggalakkan. Bilangan syarikat antarabangsa yang berdaftar di Pusat Kewangan Antarabangsa Brunei semakin meningkat, berserta dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan diberikan di berbagai sektor kewangan yang bersifat antarabangsa. Baru-baru ini Kerajaan beta telah mengeluarkan lisen kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berdaftar dengan Pusat Kewangan Antarabangsa Brunei iaitu International Brunei Exchange Ltd untuk menjalankan perniagaan Securities Exchange di negara ini. International Securities Exchange ini akan membolehkan pedagang-pedagang antarabangsa, atau international dealers untuk berurusniaga produk-produk kewangan konvensional serta juga yang berlandaskan prinsip syariah. Kita berharap dengan adanya international exchange ini akan menampilkan lagi peranan negara dalam pasaran kewangan global di samping memberikan faedah-faedah kepada ekonomi setempat termasuk membukakan lagi peluang-peluang pekerjaan dan juga kesan positif kepada sektor ekonomi yang lain. Pihak antarabangsa juga dilibatkan dalam satu lagi bidang berkemahiran tinggi iaitu dalam tawaran penerokaan minyak dan gas di kawasan Laut Dalam Economic Exclusive Zone negara kita. Penerokaan berkenaan adalah sebagai usaha Kerajaan beta bagi meningkatkan dan memanjangkan lagi hayat reserve minyak dan gas negara, yang mana mudah-mudahan dengan izin Allah jua akan meningkatkan lagi kemantapan ekonomi negara. Sehubungan dengan ini juga, Kerajaan beta telah mendaftarkan Syarikat Petroleum Kebangsaan Brunei atau 'Petroleum BRUNEI' yang merupakan sebuah syarikat petroleum yang akan menjadi nadi penggerak kepada pembangunan industri minyak dan gas negara, di dalam dan luar negeri. Beralih kepada Perkhidmatan Awam, Kerajaan beta telah memperkenalkan banyak strategi dan program serta kaedah yang berupa pembaharuan dan usaha untuk memperbaiki pentadbiran dan pengurusan. Antaranya termasuklah Wawasan Perkhidmatan Awam Abad ke 21, Tekad Pemedulian Orang Ramai, Manual Prosedur Kerja, dan Rukun Akhlak dan Etika Kerja. Semua ini adalah untuk membolehkan kita mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang berwawasan dan mempunyai hala tuju, serta menjadikannya lebih cekap, produktif, sistematik, dan pemedulian, lagi boleh dipercayai. Di samping itu, dengan pendedahan teknologi inforkomunikasi atau ICT dalam perkhidmatan awam, adalah diharapkan ianya akan dapat meningkatkan lagi keupayaan jentera pentadbiran Kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih mudah dan berkesan kepada orang ramai. Dalam masa yang sama juga, keupayaan jentera pentadbiran Kerajaan itu haruslah dimantapkan dengan kecekapan, ilmu pengetahuan serta kemahiran setiap anggota dalam perkhidmatan awam, sesuai dengan zaman yang mementingkan ilmu pengetahuan atau k-ekonomi ini. Di dalam meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan mutu perkhidmatan Negara Brunei Darussalam di samping tumpuan diberikan kepada aspek-aspek kualiti dan produktiviti, yang penting sekali bagi mencapai matlamat ini ialah disiplin dan komitmen yang tinggi di kalangan anggota perkhidmatan awam. Semangat berpasukan, hormat menghormati, patuh kepada peraturan dan etika kerja perlulah sentiasa dipraktikkan oleh anggota perkhidmatan awam di semua peringkat. Kerajaan beta juga tidak kurang memberikan perhatian dalam aspek penjagaan kesihatan. Salah satu daripada matlamat strategik Rancangan Penjagaan Kesihatan Negara 2000 - 2010 ialah meningkatkan penjagaan kesihatan asasi di negara ini. Keutamaan telah diberikan pada penjagaan kesihatan asasi kerana ianya telah terbukti lebih berkesan dari segi penggunaan sumber dan terhadap kesihatan penduduk umumnya melalui kajian-kajian yang telah dijalankan. Pada masa ini bermacam-macam penyakit kronik telah muncul di tengah-tengah kehidupan kita seperti penyakit jantung koronari, buah pinggang, barah dan lain-lain, termasuk yang dikatakan berpunca daripada tabiat merokok. Di antara langkah Kerajaan dalam menangani masalah ini ialah dengan mendatangkan ulama dan pakar sains antarabangsa dalam satu seminar antarabangsa mengenai rokok yang dikendalikan oleh Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. Antara lain ianya bertujuan untuk mencari formula alternatif serta bagi melahirkan generasi baru yang sihat dan cergas yang sangat diperlukan dalam memberikan sumbangan ke arah pembangunan bangsa dan sosio-ekonomi negara. Di samping itu, dasar-dasar kesihatan sekolah juga dilaksanakan melalui langkah-langkah tertentu, yang antara lain dengan membenarkan penjualan dan pembekalan makanan dan minuman yang dibenarkan sahaja, berdasarkan garispanduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Tahap kesihatan pelajar-pelajar juga akan dapat diawasi melalui program yang akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan iaitu Ujian Kecergasan Jasmani dan mendapatkan Status Indeks Jisim Tubuh kepada semua penuntut sekolah. Selain itu, piagam sekolah mengenai kesihatan juga akan dibentuk sebagai pegangan dan panduan pihak sekolah dalam melaksanakan komitmen masyarakat sekolah dan menjadi petunjuk ke arah meningkatkan kesihatan para pelajar. Kesihatan dan kesejahteraan negara juga berkait-rapat dengan kebersihan alam sekitar. Ke arah itu, Kerajaan telah mengadakan banyak usaha untuk memelihara alam sekitar yang bersih serta berkualiti. lni termasuklah langkah Kerajaan beta mengadakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar iaitu dengan menaikkan taraf Unit Alam Sekitar sebagai jabatan penuh, yang sekarang dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi. Kemajuan teknologi dan infrastruktur moden dalam industri telekomunikasi telah membolehkan negara kita meraih hasil dan faedah daripada perkhidmatan dan sistem telekomunikasi yang efisien dan boleh dipercayai. lni adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan negara ini sebagai pusat bagi perdagangan dan pelancongan di kawasan pertumbuhan BIMP-EAGA. Ke arah usaha untuk mempelbagaikan lagi ekonomi melalui bidang pengangkutan darat di negara ini, usaha-usaha sedang dijalankan bagi memudahcara pengangkutan barang dan pengangkutan umum secara lintas batas di antara negara ini dengan negara jiran. Kita sama-sama berdoa semoga dengan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala jua, serta berkat perpaduan, kerjasama dan persefahaman di semua pihak, seperti yang sedia diamalkan selama ini, akan memberikan perlindungan kepada negara kita daripada perkara-perkara yang tidak diingini, dari segi ekonomi, sosial, maupun yang lain, dan seterusnya mengekalkan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan di negara kita ini. Pada mengakhirinya, beta sukacita merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa yang berkenaan serta sekalian peserta dalam seluruh acara yang dikendalikan. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala jua yang akan memberkati sumbangan ikhlas pihak-pihak yang menjayakan sambutan U lang Tahun Hari Keputeraan beta pada kali ini. Beta juga tidak lupa merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas kepada seluruh rakyat dan penduduk, termasuk semua peringkat dalam Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, atas usaha mereka yang ikhlas dibidang masingmasing. Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




