Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6229
![]() | Today | 47 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 514 |
| 2001 - BSB |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA PERAYAAN HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE-55 TAHUN PADA 15 JULAI 2001 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillaahi, Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa'alaa 'Alihee Wasahbihee Ajma'een Waba'du. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan isti'adat ini berlangsung dengan baik dan sempurna. Beta sukacita mengalu-alukan para tetamu khas beta yang samasama hadir dan merayakan hari ulang tahun Keputeraan beta pada tahun ini dan begitu juga kepada dhif-dhif yang lain serta semua pihak yang telah menghantar perutusan ucap selamat sempena sambutan perayaan ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala jua yang akan mengurniakan ganjaran yang setimpal di atas ingatan baik mereka itu. Dari setahun ke setahun negara kita dapat menjalankan usaha-usaha pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini. Begitujuga negara terus memainkan peranannya selaku anggota masyarakat antarabangsa, sama ada dalam forum dan kerjasama yang bersifat serantau mahupun yang bersifat global, sesuai dengan kemampuannya seperti dalam Sidang Kemuncak Ketua-ketua Ekonomi APEC pada tahun lalu dan Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di negara kita sebelum akhir tahun ini nanti. Semuanya ini dapat dilaksanakan dengan adanya kerjasama dan semangat persefahaman di antara semua pihak, di samping juga terdapatnya hubungan berbaik-baik dengan negara-negara sahabat. Usaha-usaha sedemikian ini tentulah besar sumbangannya kepada kestabilan dan kedamaian serantau serta menjadi asas bagi membolehkan projek-projek kerjasama di bidang ekonomi dan sosial dijalankan dan manfaatkan dengan sebaiknya. Kita juga akan meneruskan usaha-usaha bagi meningkatkan kerjasama dan dialog, sama ada dalam konteks hubungan dua-hala atau antarabangsa. Perkara ini mustahak dalam usaha kita melaksanakan dasar luar yang dapat menjamin kesejahteraan serta masa depan negara. Melaluinya, kita juga dapat mempersiapkan negara untuk menghadapi cabaran globalisasi, terutama sekali dari segi meningkatkan keupayaan rakyat dan penduduk untuk sama-sama bersaing di arena antarabangsa. Dalam usaha yang berkaitan, negara perlu melahirkan generasi yang tangkas lagi berkualiti, di mana bagi tujuan ini, pendidikan adalah alat utama untuk diterokai. Ia akan memberikan jawapan kepada apa saja yang kita inginkan. Namun begitu untuk menghasilkan sistem pendidikan yang terbaik khasnya kurikulum yang dapat menepati semua matlamat, bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia memerlukan usaha gigih semua pihak, khasnya mereka yang berkenaan di bidang pendidikan serta juga lain-lain bidang yang ada berkaitan seperti bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Maka sehubungan ini, kerajaan beta telah memperuntukkan lebih $11 juta bagi perlaksanaan projek komputer di sekolah-sekolah rendah dan menengah kerajaan di seluruh negara dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah. Program Kesedaran Keusahawanan dan Incubator Perniagaan juga telah mula diperkenalkan kepada lepasan institusi teknikal. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan dan pengetahuan, bagaimana lepasan institusi teknikal menceburi bidang perniagaan. Dalam usaha untuk memperkembangkan teknologi info-komunikasi kerajaan beta melalui Kementerian Kewangan telah meluluskan penubuhan sebuah syarikat kerjasama dengan pihak swasta dalam perlaksanaan projek Integrated Computerized Electronic Government Accounting and Information Financial System yakni TAFIS. Dengan perlaksanaan projek ini secara berperingkat, dapatlah diharapkan untuk. meningkatkan lagi sistem accounting dan kewangan kerajaan dan juga meningkatkan usahasama dengan sektor swasta bagi mendapatkan teknologi terkini. Kemudian dalam masa yang panjang akan membolehkan pengalihan kemahiran dan pengetahuan teknikal serta dapat pula memberikan peluang pekerjaan. Dengan tertubuhnya syarikat usahasama ini nanti, fokus perniagaan kita tidaklah tertumpu hanya di dalam negeri sahaja, malahan juga akan membolehkan kita membuat perniagaan di luar negeri. Kerajaan beta berazam untuk terus menggerakkan usaha-usaha memulih dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara. Di samping meneruskan tindakan-tindakan pemulihan ekonomi jangka pendek, kerajaan juga sedang giat memperbaiki lagi suasana pelaburan dan perniagaan secara am. Secara lebih pragmatik, Kerajaan juga sedang menyesuaikan peranan dan tanggungjawabnya untuk lebih fokus kepada langkah menggerakkan ekonomi dan membantu sektor swasta yang pada masa ini kecil untuk lebih dapat berkembang. Maka sehubungan dengan ini, kerajaan telah mengambil beberapa langkah utama untuk lebih memantapkan lagi perancangan ekonomi dan juga untuk penyelarasan perlaksanaannya dengan menempatkan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan pengluasan bidang tugas yang bersesuaian. Melalui jabatan ini, kerajaan akan membuat perubahan-perubahan yang bersesuaian ke atas kaedah rancangan, kandungan perancangan dengan menjurus kepada wawasan negara dan sistem perlaksanaan yang lebih pragmatik. Kesemua pembaharuan ini insya Allah akan menjadikan Rancangan Kemajuan Negara ke-8 lebih berupaya lagi untuk menepati sasaran dari segi jangka-waktu dan nilai pencapaian mengikut perbelanjaan. Sejajar dengan hasrat untuk menarik lebih banyak pelaburan, kerajaan juga telah meluluskan pindaan ke atas Akta Lembaga Kemajuan Ekonomi yang bertujuan untuk meluaskan skop bidang tugas ke arah memajukan tapak-tapak perindustrian mempromosi pelaburan, memajukan perusahaan melalui ekuiti, menyelaras dan memudahkan penubuhan perusahaan. Sebagai sebuah badan berkanun, lembaga tersebut mempunyai atonomi dan tabung kewangannya yang berfungsi sebagai instrumen kerajaan di bawah Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. Sebagai pelengkap kepada usaha ini, kerajaan juga telah meluluskan pindaan ke atas Akta Insentif Pelaburan untuk meluaskan lagi skop galakan, meningkatkan daya tarikan dan memudahkan tatacara perlaksanaan. Sementara tujuan penyelarasan dan juga peningkatan galakan, kerajaan juga telah meluluskan pindaan Akta Cukai Pendapatan, khusus mengenai dengan cukai-cukai yang dikenakan kepada syarikat-syarikat, yakni 'corporate tax'. Sebagai usaha untuk mempastikan kemajuan perindustrian berjalan dengan teratur dan lancar, di mana kepentingan semua pihak terus terpelihara, maka kerajaan juga telah meluluskan sebuah undang-undang baru iaitu Akta Penyelarasan Perindustrian yang antara lain akan memudahkan perlesenan kegiatan perindustrian dan pemantauan kegiatan perindustrian. Selaras dengan amalan yang lazim, bidang keugamaan juga mendapat perhatian yang khusus, di mana kerajaan beta telah mengambil beberapa langkah menyusun semula dan mempertingkatkan Mahkamah-Mahkamah Syari'ah di bawah Akta Mahkamah-Mahkamah Syari'ah penggal 184. Langkah ini termasuklah perlantikan Ketua Hakim Syarie, Panel Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi Syari'ah serta pegawai-pegawai lain untuk menjalankan kehendakkehendak undang-undang tersebut. Dengan langkah-langkah yang ada ini, diharapkan agama Islam akan lebih bersinar dan umat Islam bertambah kuat berpegang kepada akidah yang betul, bukannya menerima-pakai khurafatkhurafat batil yang menyeleweng lagi menyesatkan. Umat lslam, mesti tahu dan mengamalkan asas-asas keagamaan supaya tidak terjebak ke dalam perangkap-perangkap dakyah anti lslam yang datang dalam berbagai-bagai cara. Kerajaan beta insya-Allah akan terus menjaga dan memelihara kegemilangan agama lslam di negara ini sebagaimana yang selayaknya. Sebagai contoh, kerajaan beta melalui Jabatan Mufti Kerajaan alan mengadakan Ekspo Islam Antarabangsa Pertama yang julung-julung kali seumpamanya diadakan di negara ini yang dijangkakan akan menarik ramai pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Beta yakin, kelangsungannya kelak akan dapat menonjolkan imej gemilang tentang lslam dan umat Islam di negara ini pada khususnya. Beralih pula kepada isu-isu sosial. Dalam sebuah negara yang sedang pesat membangun seperti negara kita, tidak dapat dielakkan bahawa di samping unsur-unsur positif yang dibawa oleh arus pembangunan akan tersisip pula unsur-unsur negatif yang mana jika tidak ditangani dengan bijaksana, lambat laun akan merosakkan sendi-sendi keharmonian masyarakat. Unsur-unsur negatif tersebut dapat dikesan daripada isu-isu sosial yang sedang melanda para belia dan remaja kita, di mana setengahnya itu sedang terperangkap oleh budaya global yang bercanggah dengan tatasusila yang sempuma. Maka untuk ini, sebuah Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Bagi Menangani Isu-Isu Sosial telahpun ditubuhkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang keanggotaannya termasuklah agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Jawatankuasa berkenaan mempunyai tugas antara lain untuk menyediakan Plan Bertindak ke atas isu-isu sosial agar ianya dapat diatasi, ataupun setidak-tidaknya dikurangkan ke tahap yang minima. Jawatankuasa ini juga menyediakan program-program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan juga untuk mewujudkan masyarakat prihatin terhadap isu-isu sosial itu. Kita sama-sama menyedari, bahawa para belia tidaklah wajar diabaikan kerana mereka itu adalah aset negara dan mempunyai sumbangan paling besar terhadap nation-building. Di samping belia, penglibatan semua lapisan masyarakat dalam segala kegiatan dan usaha hendaklah juga ditingkatkan. Maka dalam hubungan ini, Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di seluruh negara turut bergerak memperluaskan lagi usahanya dalam semua lapangan kebajikan termasuklah di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk setempat. Selain menitikberatkan aspek-aspek kemajuan dan pembangunan biasa, negara juga tidak ketinggalan dari segi kemajuan perhubungan dan pengangkutan. Perkhidmatan telekomunikasi di negara ini akan terus diperluaskan, termasuklah bagi kawasankawasan di pedalaman supaya rakyat dan penduduk di kawasan-kawasan berkenaan dapat samasama menikmati hasil kemajuan dan pembangunan negara, serta juga untuk tujuan merapatkan jurang digital yang mungkin wujud di antara penduduk bandar dan luar bandar. Kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan yakni BIT Council bagi membantu menerapkan strategi-strategi dan rancangan tindakan kebangsaan dalam industri infokomunikasi. Kerajaan beta tidak pemah lalai dari memberikan perhatian ke atas kelicinan jentera pentadbiran kerajaan dengan menumpukan kepada keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada pelanggan. Dan untuk ini kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan mestilah terus memberikan tumpuan dan komitmen ke arah meningkatkan prestasi organisasi dan sumber tenaga manusia. Semangat berpasukan, berdisiplin dan etika kerja yang tinggi serta sentiasa komited kepada tugas dan tanggungjawab hendaklah sentiasa ditanam dalam diri individu pegawai dan kakitangan. Dalam usaha untuk melicinkan jentera pentadbiran dan mewujudkan perkhidmatan yang lebih 'customer-focused', usaha ke arah memperkenalkan E-Government telahpun dilaksanakan melalui penubuhan Jawatankuasa Eksekutif E-Government. Dengan penubuhan ini, satu perubahan sikap kerja dan kemahiran menggunakan teknologi informasi dan komunikasi hendaklah dapat dihasilkan. Manakala dalam bidang pengangkutan pula, kerajaan telah mengadakan perjanjian dengan sebuah negara sahabat bagi memajukan Terminal Kontena di Pelabuhan Muara. Kita percaya perkongsian strategik ini akan mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua pihak serta akan lebih menghampirkan lagi ke arah menjadikan pelabuhan kita sebagai Pelabuhan 'Hub' di rantau BIMPEAGA. Selari dengan usaha menjana kemajuan dan kemakmuran negara, kita juga perlu bertanggungjawab untuk memelihara apa yang ada dalam makna, bahawa semua kementeriankementerian, jabatan-jabatan, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat dan agensi-agensi kerajaan hendaklah bertanggungjawab penuh ke atas penjagaan serta penggunaan harta benda dan juga pengutipan hasil kerajaan seperti yang diamanahkan mengikut kuasa-kuasa yang telah ditentukan. Dalam hal ini, ketua kepada setiap organisasi kerajaan dan badan-badan berkanun itu hendaklah bersikap lebih 'accountable', bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya menyerahkan tugas yang diamanahkan kepada pegawai bawahan supaya keselamatan harta benda kerajaan akan lebih terjamin, tidak disalahgunakan atau diselewengkan untuk kepentingan peribadi. Di samping menerapkan 'Value for Money' ke atas penggunaan peruntukan kerajaan, segala bentuk pembaziran juga hendaklah diatasi dan dielakkan. Begitujuga hasil-hasil kerajaan hendaklah dikutip dan diperhitungkan dengan jujur dan amanah supaya dinikmati bersama oleh generasi-generasi yang akan datang. Bagi mencapai tujuan ini, kerajaan telahpun menubuhkan, Jawatankuasa Audit yang antara lain bagi memastikan segala prosedur dan pengendalian hal-ehwal kewangan dan harta benda kerajaan dipatuhi menurut peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasakan. Mudah-mudahan berkat adanya perpaduan, kerjasama dan persefahaman di semua pihak seperti yang sedia kita amalkan selama ini serta dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua, maka negara kita akan terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini dari segi ekonomi, sosial, mahupun yang lain-lain dan akan berterusan kekal dalam aman, stabil lagi sejahtera. Pada mengakhirinya, beta sukacita merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan ahli-ahli Jawatankuasa lain yang berkenaan serta segenap peserta dalam semua acara yang dikendalikan. Semoga Allah Subhanahu Wataala jua akan memberkati sumbangan ikhlas pihak-pihak yang menjayakan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan beta pada kali ini. Beta juga tidak lupa merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada seluruh rakyat dan penduduk, termasuk semua peringkat dalam perkhidmatan awam kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta atas usaha mereka yang ikhlas di bidang masingmasing. Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




