Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6221
TodayToday39
YesterdayYesterday95
This monthThis month506
1998 - BSB
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG KE-52 TAHUN

PADA 15 JULAI 1998.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil
Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa 'Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een,
Waba'du.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas
limpah rahmat-Nya mengizinkan istiadat ini berlangsung dengan baik dan
sempurna.

Beta terlebih dahulu sukacita mengalu-alukan para tetamu khas beta, ada yang
datang dari jauh mahupun dekat, atas kesudian mereka hadir bersama-sama
merayakan Hari Ulang Tahun Keputeraan beta pada tahun ini.

Demikian juga kepada dif-dif yang lain serta semua pihak yang telah
menghantar perutusan ucap selamat bersempena dengan sambutan perayaan ini.

Beta berdoa mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran
yang setimpal di atas ingatan baik mereka itu.

Alhamdulillah, Negara Brunei Darussalam telah dapat meneruskan
program-program kemajuannya terutama yang melibatkan kepentingan orang ramai
walaupun dalam suasana ekonomi menghadapi kesukaran di kebanyakan negara
serantau ini.

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu bagi
mengimbangi kesankesan daripada kegawatan ekonomi serantau ini.

Antara langkah tersebut ialah dengan penubuhan Majlis Ekonomi pada peringkat
Menteri yang meibatkan keahlian pihak-pihak kerajaan dan bukan kerajaan.

Dalam pada itu, kerajaan juga telah megadakan perundingan dengan beberapa
buah negara bagi tujuan mengadakan pengelakan cukai berganda dan perjanjian
perlindungan pelaburan dua hala. Apa jua yang telah dan sedang dilalui
negara ini, semuanya itu adalah sejarah. Kita tidaklah boleh menolaknya
begitu saja, sekalipun kadang-kadang kita tidak menyukainya.

Adapun orang menerima sejarah itu statusnya adalah patriot, sementara yang
ambil iktibar daripadanya pula adalah orang-orang yang bijaksana.

Salah satu contoh yang telah menjadi sejarah kepada negara ialah musibah
jerebu dan kemarau yang sangat-sangat membimbangkan kita.

Namun, banyaklah pengajaran yang dapat kita capai daripadanya.
Pengajaran-pengajaran itu meliputi aspek-aspek kerohanian dan juga aspek
pengalaman dari sudut cara-cara bagaimana mengatasinya bagi pihak-pihak yang
berkenaan.

Maka dalam hubungan ini, beta tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua peringkat rakyat dan penduduk,
khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam usaha mengatasi masalah
ini.

Pengalaman ini telah benar-benar menampakan peranan yang dimainkan oleh
pihak-pihak agama dan juga pihak angkatan bersenjata yang sifatnya sebagai
tonggak keselamatan dan keamanan. Pihak angkatan bersenjata, di samping
peranan asasinya, ianya juga dapat memberikan sumbangan di dalam
bidang-bidang awam yang lain.

Anggota angkatan bersenjata telah dapat dilihat boleh bekerjasama bukan saja
dengan pihak polis, tetapi juga bersama-sama dalam operasi bersepadu dengan
pihak bomba, Jabatan Kerja Raya, Kesihatan, Perhutanan dan lain-lain.

Kerjasama yang indah ini tidak syak lagi, telah menjadi sebahagian daripada
sejarah kita. Oleh kerana itu, kewajiipan kita ialah mencipta sejarah yang
terbaik bagi negara, menerusi dukungan rakyat dan kerajaan secara berganding
bahu.

Kita akan memasuki abad ke-21 dengan azam, untuk terus bekerja dan berfikir
bagi kemuliaan dan kesejahteraan bangsa. Dan dengan asas ini jugalah, kita
akan membina masyarakat yang makmur lagi bersatu padu.

Ke arah ini, semua kita sama-sama bertanggungjawab sama ada dari pihak
kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Dalam keadaan krisis ekonomi melanda rantau Asia Tenggara pada masa ini,
negara kita juga tidak terkecuali turut merasakan kesannya.

Perkara ini hendaknya membawa kita lebih berhati-hati dengan mengambil
langkah-langkah yang bersifat "preventive" termasuklah berjimat cermat di
dalam perbelanjaan.

Menyedari hakikat untuk menampung sara hidup serta gaji pegawai-pegawai dan
kakitangan kerajaan beta, terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah,
maka mulai l Julai 1987, beta telah menganugerahkan elaun kurnia khas kepada
pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan beta daripada Bahagian II ke bawah
sebanyak $100 sebulan, dan mulai l haribulan Mei, 1991, dinaikan kadarnya
kepada $150 sehingga $200 sebulan dengan melaratkannya kepada pegawaipegawai
dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja
Brunei dan Jabatan-jabatan Bomba dan Penjara yang sudah menerima Elaun 'P'.

Maka demi hasrat itu untuk terus membantu sara hidup dan gaji
pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan beta, termasuk orang-orang yang
berpencen atau menerima elaun mengumumkan, bahawa mulai l haribulan Julai
1998, elaun sara hidup yang berikut akan dihulurkan kepada pegawai-pegawai
dan kakitangan kerajaan beta, termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,
Polis Diraja Brunei, pekerja-pekerja bergaji hari dan 'open vote',
pekerja-pekerja ambilan tempatan di misi-misi Negara Brunei Darussalam di
luar negeri yang tidak menerima elaun sara hidup setempat kecuali
pegawai-pegawai yang menerima gaji pokok melebihi $6,800 sebulan dan
pegawai-pegawai yang menerima elaun semasa berkhidmat atau mengikuti Latihan
Dalam Perkhidmatan Secara Penuh di luar negeri:

Bahagian l - $80 sebulan

Bahagian II - $100 sebulan

Bahagian III - $120 sebulan

Bahagian lV dan ke bawah - $140

Walau bagaimanapun, elaun sara hidup ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 75
peratus tiap-tiap bulan dan bakinya akan disimpan oleh kerajaan di mana
hasil pulangan simpanan itu akan diberikan pada tiap-tiap tahun mengikut
kadar pulangan Tabung Amanah Pekerja. Tabung simpanan 25 peratus pada
tiap-tiap bulan daripada elaun sara hidup ini adalah dihasratkan bagi
kegunaan di hari tua dan hanya akan dikeluarkan apabila berpencen atau tamat
bekhidmat dengan kerajaan.

Elaun sara hidup yang tersebut juga dihulurkan kepada semua pegawai dan
kakitangan kerajaan beta yang telah bersara dan menerima pencen bulanan
mengikut Akta Pencen bulanan mengikut Akta Pencen seperti berikut: Bagi yang
menerima pencen bulanan $ 1,000 ke bawah, elaun sara hidup ialah $140
sebulan; bagi yang menerima pencen bulanan $1,000 hingga $2,000 ke bawah,
elaun sara hidup ialah $120 sebulan; bagi yang menerima pencen bulanan
$2,000 hingga $3,000 ke bawah elaun sara hidup ialah $100 sebulan; bagi yang
menerima pencen bulanan $3,000 hingga $4,000 ke bawah elaun sara hidup ialah
$80 sebulan; dan bagi yang menerima pencen bulanan $4,000 dan lebih akan
menerima elaun sara hidup $50 sebulan.

Elaun Pencen Negara dan Bantuan Kebajikan juga akan dinaikkan yang antara
lain, kadar baru pencen umur tua 60 tahun, orang-orang cacat, bantuan
kebajikan kepada kepala keluarga dan isteri ialah $200 sebulan dan elaun
anak $65 sebulan tidak dihadkan bilangan anak dan anak yang bersekolah
sehingga umur 18 tahun akan diberikan elaun pelajaran anak $60 sebulan.
Pencen politik akan juga dinaikkan sebanyak $140 sebulan dan elaun
orang-orang bergelar akan dinaikkan antara $80 hingga $140 sebulan.
Sementera itu, kebanyakan mata gaji yang ada pada masa ini, insya-Allah akan
dilanjutkan mula l Januari, 1999.

Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan surat keliling mengenai pemberian
elaun sara hidup serta perubahan elaun-elaun berkenaan bagi pembayaran dalam
bulan Ogos tahun ini, insya- Allah.

Beta ingin menyampaikan ingatan di sini bahawa bersabit dengan pengurniaan
elaun-elaun ini, maka janganlah ada di kalangan pihak pihak tertentu yang
ingin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang dengan sesuka
hati. Jika ini berlaku, maka kerajaan tidaklah akan berdiam diri begitu
saja.

Demikianlah. Pada mengakirinya beta sukacita merakamkan penghargaan dan
terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa tertinggi serta segenap peserta
dalam semua acara yang dikendalikan.

Semoga Allah Subhanahu Wataala jua akan memberkati sumbangan ikhlas semua
pihak yang menjayakan ulang tahun Hari Keputeraan pada kali ini.

Beta juga tidak lupa merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada seluruh
rakyat serta penduduk, dan semua peringkat dalam perkhidmatan awam,
pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta,
atas usaha ikhlas mereka di bidang masing-masing.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.