Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6235
TodayToday53
YesterdayYesterday95
This monthThis month520
1997 - BSB
TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN

HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDlN WADDAULAH IBNI

AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIEN

SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA PERAYAAN HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-51

PADA 15 JULAI 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ' Aalameen, Wassalatu Wassalamu , Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa' Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.  

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah kurnia-Nya mengizinkan istiadat ini berlangsung dengan baik dan sempurna.  

Beta dengan ikhlas dan amat besar hati terlebih dahulu mengalu-alukan para tetamu khas beta, sama ada yang datang dari jauh mahupun dekat, atas kesudian mereka hadir bersama-sama merayakan Ulang Tahun Hari Keputeraan beta pada tahun ini.  

Demikian juga kepada dif-dif yang lain, serta semua pihak yang telah menghantar perutusan-perutusan ucap selamat bersempena dengan sambutan perayaan ini.  

Beta berdoa, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal di atas ingatan baik mereka itu.  

Berkat adanya perpaduan yang membuahkan kestabilan, keamanan dan ketenteraman sejauh ini, kita telah dapat menjalankan program-program pembangunan negara menurut kemampuan dan cara kita sendiri.  

Kita juga sedia menyedari bahawa dalam era globalisasi dan perubahan pesat yang dibawa oleh arus kemajuan sains dan teknologi menjelang abad yang baru ini, negara-negara dunia masing-masing bergiat menggabungkan diri dengan pelbagai bentuk kerjasama, baik yang bersifat ekonomi mahupun politik.  

Tujuannya tidak lain ialah untuk berusaha pada mencorakkan masa depan yang lebih terjamin bagi rakyat dan penduduk di negara-negara berkenaan melalui semangat kerjasama dan mengelakkan dari berlakunya konflik dan peperangan.  

Ancaman peperangan yang diakibatkan oleh fahaman politik atau ideologi yang bertentangan telah pun berkurangan, diganti dengan perlumbaan ekonomi serta persaingan perdagangan yang semakin sengit serta kompetitif. Kita berharap ianya akan dapat berlangsung secara sihat dan terkawal.  

Penglibatan negara kita dalam ASEAN akan terus mengambil tempat utama, yang juga akan membawa kita ke era kerjasama yang baru di rantau Asia Tenggara.  

Kita akan mengikuti segala arus perubahan dengan sikap yang berhati-hati serta bijaksana, sesuai dengan keperluan dan kepentingan kita. Maka untuk ini, kita adalah memerlukan persiapan diri yang sempurna.  

Persiapan itu terutamanya ialah, melalui pendidikan dan penguasaan ilmu. Kerana tidak ada negara yang dapat dibangun tanpa ilmu, maka demikian juga dengan negara kita, Negara Brunei Darussalam.  

Kerana itu usaha-usaha adalah terus diambil oleh kerajaan beta bagi menangani masalah-masalah pendidikan, termasuklah mengemaskinikan sistem dan kurikulum pendidikan di semua peringkat persekolahan, tidak terkecuali juga bidang pendidikan teknik dan vokasional.  

Di dalam bidang pengajian tinggi, Universiti Brunei Darussalam sudah pun melimpasi dekad pertama penubuhannya.  

Di samping ianya menjadi medan terbuka kepada anak-anak tempatan, pada masa ini juga peluang belajar di UBD telah pun diluaskan lagi kepada penuntut-penuntut luar negeri bagi kursus-kursus dari peringkat diploma hingga ijazah lanjutan. Dengan perkembangan ini, adalah kita sekarang turut memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan dari luar negeri.  

Menyebut mengenai usaha membangun negara dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, maka pengusaha-pengusaha kita kenalah pandai merebut peluang dari pertubuhan ekonomi di rantau ini terutama sekali yang terdapat meialui AFTA dan BIMP-EAGA.  

Dalam hubungan ini, kerajaan beta sedang mempergiat usaha untuk memperbaiki iklim perusahaan bagi menjadikannya lebih kompetitif.  

Hanya dengan iklim, perusahaan yang berdayasaing sahaja, negara ini akan dapat menarik pelaburan dari luar negeri dan sekaligus menggalakkan kemajuan perusahaan.  

Di samping itu, kerajaan beta juga sedang mempergiatkan usaha ke arah membaiki insentif-insentif perusahaan pada amnya dan insentif kewangan pada khususnya bagi menjadikan negara ini mampu bersaing untuk menarik pelaburan.  

Melalui penubuhan Tabung Kemajuan Perusahaan dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-7, pada misalnya, kita telah memperuntukkan kira-kira $132 juta bagi rangkaian kemudahan dalam bentuk Skim Jaminan Pinjaman Kewangan, Skim Perkembangan Perusahaan, Skim Kemudahan Kewangan bagi Penyertaan Kerjasama Serantau dan Skim Bantuan Penyediaan Kajian Kemungkinan.  

Rancangan Kemajuan Negara akan memperbaiki lagi kedudukan infrastruktur fizikal di mana tapak-tapak perusahaan dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan seperti air, elektrik, telefon dan jalan raya.  

Kerajaan beta juga menyediakan cadangan untuk memperbaiki insentif-insentif yang meliputi perkara-perkara seperti ekuiti, cukai, pemilikan tanah, galakan untuk eksport, galakan untuk sektor industri berteknologi tinggi, sektor penyelidikan dan kemajuan, galakan kemajuan tenaga manusia dan seumpamanya untuk diselaraskan dengan pihak yang berkenaan dalam kerajaan.  

Pelan Induk Pelancongan Negara pula kita usahakan supaya sebarang kemajuan dalam sektor pelancongan dan sektor-sektor yang lain akan lebih terarah dan positit.  

Dalam hubungan ini, sektor swasta dianggap dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam sama-sama menggerak dan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.  

Usaha bagi memperkembangkan sektor swasta itu, akan juga melibatkan rancangan penswastaan, perancangan belanjawan serta penyusunan semula perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan dan pengurusan ekonomi keseluruhannya.  

Perkembangan ini dihasratkan akan membawa kepada kemajuan ekonomi yang lebih seimbang dalam konteks peranan sektor minyak dan gas di tahun-tahun akan datang semakin menurun, sedangkan cabaran-cabaran ekonomi serta sosial dijangkakan semakin bertambah.  

Kerajaan beta adalah sangat giat berusaha ke arah menjadikan negara ini sebagai Pusat Perkhidmatan Perdagangan dan Pelancongan.  

Di bidang teknologi penyiaran dan maklumat, negara pada masa ini, turut terdedah kepada siaran-siaran televisyen satelit yang mempunyai aneka bentuk rancangan.  

Beta juga melalui Internet, berbagai bentuk dan jenis maklumat dapat diperolehi tanpa sebarang batas dan sempadan.  

Pada hemat beta, kemajuan dan perkembangan dalam bidang ini dapatlah kita terima sebagai ciri terkini, namun kehadirannya itu janganlah menyebabkan kita leka, tetapi marilah kita memanfaatkannya untuk menggarap pembangunan dan kemajuan yang sebenar-benarnya. Kita perlu berhati-hati terhadap elemen-elemen yang negatif yang bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam, nilai-nilai moral, budaya dan cara hidup kita yang baik.  

Kerana itu sehubungan dengan ini, beta telah meluaskan Akta Penyiaran yang bertujuan untuk memastikan mutu dan taraf penyiaran di negara ini adalah di tahap yang tinggi yang menepati falsafah dan matlamat memelihara serta mempertahankan nilai-nilai kebruneian iaitu kesucian agama, keluhuran budaya dan adat resam serta perpaduan bangsa.  

Setiap coarak penyiaran, termasuklah penyebaran maklumat oleh kerajaan atau swasta pelesenan dan juga garispandu penyiaran adalah semuanya tertakluk kepada kawalan-kawalan yang telah ditetapkan dalam Akta Penyiaran.  

Mengenai dengan teknologi maklumat, Perancangan Strategik Teknologi Maklumat Brunei Darussalam di kedua-dua sektor awam dan sektor swasta telah pun dilancarkan.  

Perancangan strategik ini akan menjadi garis pandu bagi tahun-tahun menjelang abad ke-21 dengan tujuan untuk memperluaskan penggunaan teknologi maklumat secara teratur bagi mempertingkatkan produktiviti dan mengelakkan duplikasi.  

Di sini ingin juga beta menyebut, bahawa di suatu masa dahulu beta pernah mengisytiharkan pengharaman kemasukan dan pengedaran minuman keras di negara ini. Maka di akhir-akhir ini, timbul pula kekhuatiran terhadap makanan dan minuman serta barang-barang gunaan yang dikhuatiri bercampur dengan bahan-bahan yang haram, termasukIah kekhuatiran khusus mengenai dengan daging-daging import yang sedang beredar di pasaran pada masa ini.  

Dalam konteks ini, sudah tiba masanya bagi pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan untuk mengkaji kemungkinan bagi mengadakan satu badan atau seumpamanya selaku pihak yang mengawal halal haram bahan-bahan makanan dan minuman, termasuk segala jenis daging serta lain-lain barang gunaan di negara ini.

Kewajipan ini menjadi prioriti, kerana kedudukan kita selaku sebuah negara Islam adalah wajib memelihara agama dan ibadat rakyat serta penduduk yang berada di dalamnya.  

Fatwa-fatwa dan panduan-panduan sudah pun sekian lama dikeluarkan, maka sepatutnya sudah lama juga perkara ini dapat diselesaikan.  

Saiz Negara Brunei Darussalam bukanlah besar, dengan jumlah penduduknya juga adalah sedikit.

Sepatutnya, bumi yang sebegini kecil adalah lebih mudah untuk menguruskannya serta lebih cepat juga untuk menyelesaikan masalah-masalahnya.  

Beta berharap, semua yang berkenaan di dalam kerajaan, tidaklah akan melupakan hakikat ini.  

Mengenai kesihatan, kerajaan beta juga tidaklah ketinggalan pada memberikan perhatian dan penekanan kepada Program Promosi Kesihatan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai peri mustahaknya mengamalkan cara hidup yang sihat sebagai usaha meningkatkan kualiti kehidupan di negara ini.  

Kerajaan beta adalah sedang melaksanakan dan seterusnya memperkembangkan sistem penjagaan kesihatan asasi dengan menambah pusat-pusat kesihatan.  

Langkah ini dihasratkan akan dapat mengurangkan kesesakan yang terdapat di hospital-hospital serta juga supaya kita dapat memberikan tumpuan kepada perkhidmatan pakar dan kes-kes rujukan.  

Demikianlah. Pada mengakhirinya, beta dengan segala tulus ikhlas ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan kerjasama dan sokongan mereka kepada kerajaan beta, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.  

Demikian juga kepada semua kakitangan kerajaan, selaku penggerak pentadbiran negara dan sektor swasta yang telah sama-sama menyumbangkan bakti kepada negara ini.  

Kepada semua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan pasukan-pasukan keselamatan yang lain serta orang awam, beta juga sukacita mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama mereka dalam sama-sama memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara.  

Beta juga sukacita merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa perayaan termasuk di daerah-daerah, diatas penat lelah mereka mengatur dan mengendalikan rancangan-rancangan perayaan.  

Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala dan dengan berkat syafaat Nabi kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, semoga sekalian rakyat dan penduduk yang beta kasihi akan senantiasa beroleh kejayaan, bersatu padu dan makmur di bawah panji-panji negara yang indah, yang aman bebas lagi sentosa ini, Aamin Ya Rabbal 'Alamin.  
Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu ' Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.