Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6547
TodayToday50
YesterdayYesterday95
This monthThis month832
1993 - BSB
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI ALMARHUM
SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-47 TAHUN
BERTEMPAT DI BALAI SINGGAHSANA, ISTANA NURUL IMAN

PADA l5 JULAI, 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil
Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ' Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een,
Waba'du.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, yang telah
mengurniakan rahmat dan izin-Nya kepada kita, sehingga dapatlah kita
berkumpul sekali lagi di istiadat yang berkebajikan ini.

Beta dengan ikhlas terlebih dahulu mengucapkan terima kasih dan penghargaan
yang setinggitingginya kepada Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Try
Sutrisno, wakil Presiden Republik Indonesia dan Ibu Tuty Try Sutrisno; Puan
Yang Terutama Mrs. Corazon C. Aquino, bekas Presiden Republik Filipina dan
lain-lain para tetamu beta daripada negara-negara jiran, yang telah sudi
hadir untuk samasama merayakan hari keputeraan beta pada tahun ini.

Demikian juga kepada sekalian dif-dif yang lain, serta semua pihak yang
telah menghantarkan perutusan-perutusan ucap selamat mereka, bersempena
dengan perayaan ini.

Semoga Allah jua yang akan membalas dengan ganjaran yang berlipat-ganda.

Ingin beta menyebutnya di sini betapa tinggi dan mulianya harga keamanan dan
ketenteraman itu yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk Negara Brunei
Darussalam semenjak sekian lama lagi.

Dengannyalah kita bergerak rancak ke arah pembangunan dan peningkatan taraf
hidup, selaras dengan tuntutan masa dan zaman.

Kita telah pun melihat dan bahkan turut memahami, bahawa sebarang
kacau-bilau atau gangguan-gangguan terhadap keamanan itu boleh membantutkan pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Hal ini alhamdulillah, tidaklah berlaku ke atas kita.

Kita, selaku bangsa yang lahir di arena merdeka, adalah silap sekali jika
menganggap bahawa kekayaan itu boleh menjanjikan segala-galanya. Kekayaan
akan terhakis apabila negara mengalami kemelut. Buktinya banyak sekali,
berlaku di hadapan mata, sama ada jauh mahupun dekat. Dan malahan, jika
kemelut itu berlarut-larut ianya boleh sahaja melumpuhkan sesebuah negara,
walaupun negara itu asalnya kaya dan mewah.

Maka mengingat inilah, setiap individu itu perlulah berjanji kepada diri
masing-masing untuk berbuat apa sahaja bagi mempertahan dan mengekalkan
keamanan.

Sejarah negara kita yang panjang telah membuktikan, bahawa orang-orang
Brunei itu semenjak zaman-zaman lagi, telah berjaya menjalani kehidupan yang
bahagia di bawah payung keamanan dan prinsip hormat-menghormati.

Lalu kerana itu, untuk hubungan yang lebih jauh dan terbuka dengan
rakan-rakan serantau mahupun lain-lain negara, kita akan tetap mengamalkan
prinsip ini, sebagai syarat persahabatan yang bersih daripada sebarang
campur tangan di dalam hal-ehwal negara masing-masing.

lnilah juga yang menjadi pegangan kita dalam menyertai perbincangan atau
forum-forum antarabangsa, khasnya akan menjadi asas terpenting bagi
kerjasama kita di bidang pertahanan melalui Memorandum Persefahaman, serta
juga lain-lain inisiatif menurut keperluan dan kesesuaiannya dari masa ke
semasa.

Di samping kita melihat ke dalam diri sendiri dan juga rakan-rakan dalam
ASEAN, kita juga tidak lupa mengharapkan perkembangan-perkembangan yang
positif di Indochina. Kerana secara rasionalnya, keamanan dan kestabilan
rantau ini, adalah juga turut ditentukan oleh keadaan di Indochina itu. Dan
bahkan bukan itu sahaja, malahan keadaan aman dan stabil di kawasan ini
juga, akan memberikan sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi
serantau secara keseluruhannya.

Menyebut aspek ekonomi ini, kerajaan beta adalah mengambil berat
perkembangan di bidangbidang perindustrian dan pertanian di negara ini. Pada
setakat ini, kita telah pun mencatatkan pertambahan pelaburan oleh
pengusaha-pengusaha tempatan sama ada ianya secara bersendirian mahupun
melalui usahasama dengan pengusaha-pengusaha luar negeri.

Kita amat menekankan kedua-dua bidang perindustrian dan pertanian sebagai
sama-sama mustahak untuk diteroka. Kita tidak mahu hanya pakaian sahaja yang cantik atau kereta sahaja yang mewah, sedangkan bahan makanan lebih
bergantung kepada pihak luar. Cubalah bayangkan, apa akan jadi jika
sekiranya tempat bergantung itu juga tidak dapat memenuhi keperluan kita
disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak diduga.

lnilah namanya kita merancang untuk masa depan yang panjang, berdasarkan
ungkapan, "Beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis".

Khusus di bidang perindustrian kita sudahpun mempunyai barangan keluaran
tempatan, yang mendapat pengiktirafan mutu piawaian antarabangsa. Kita telah
memulainya daripada perusahaan-perusahaan kecil dan pertengahan, bagi
dikembangkan menjadi perusahaan lebih maju untuk memenuhi pasaran luar atau "export market".

Kita perlu tahu bahawa akhir-akhir ini negara-negara besar perindustrian
telah membuat penilaian, bahawa rantau Asia dan Pasifik merupakan rantau
yang pesat membangun serta yang penuh dengan harapan untuk berkembang maju. Maka sehubungan inilah, kita mesti meneruskan usaha kita bagi sama-sama mendapatkan faedah daripada peluang-peluang yang ada itu.

Usaha yang beta maksudkan itu bukanlah semata-mata dari segi pentadbiran
sahaja, bahkan juga merangkumi soal-soal pembangunan infrastruktur yang
teratur dan mencukupi.

Dan ke arah ini, kerajaan beta telah menyediakan peruntukan yang besar,
sebagaimana terdapat dalam Rancangan Kemajuan Negara Yang Keenam, di mana peruntukan berjumlah $2.2 bilion sahaja adalah untuk sektor penggunaan awam, sektor pengangkutan dan perhubungan.

Demikian juga melalui rancangan yang sama, kerajaan beta akan terus
memberikan keutamaan terhadap peningkatan kesejahteraan rakyat, khasnya
melalui Rancangan-rancangan Perumahan Negara, di mana untuk ini sahaja,
lebih daripada $552 juta telah pun di peruntukkan.

Dan sehubungan dengan ini, beta sukacita mengumumkan bahawa syarat-syarat
Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan yang ada pada masa ini akan diubah.
Perubahan itu akan menjadikan jumlah bantuan kemudahan kewangan ialah 4
tahun gaji pemohon, dan akan dibayar balik dalam tempoh 30 tahun, atau pada
tarikh bersara mana-mana yang lebih awal.

Di samping itu pemohon juga tidak akan dikenakan faedah atau bunga dan
insurans gadaian, juga tidak diwajibkan.

Apabila pinjaman perumahan telah habis dibayar, permohonan bantuan kewangan yang kedua akan diteruskan, dan bolehlah ianya digunakan untuk membina atau membeli sebuah rumah di tempat lain daripada perumahan yang asal.

Adapun baki pinjaman yang ada sekarang bolehlah ditukar mengikut peraturan
baru ini dan Kementerian Kewangan akan mengeluarkan surat keliling yang
bersesuaian mengenainya.

Di samping berbelanja, kita juga mengambil langkah bagaimana hendak
meningkatkan pendapatan negara. Di antara langkah tersebut ialah dengan
memajukan industri petroleum kita.

Maka ke arah ini satu badan yang diberi nama Lembaga Minyak dan Gas Brunei
telah pun ditubuhkan pada awal tahun ini.

Langkah lain yang berikut, ialah perundingan dengan pembeli-pembeli LNG
Brunei di Jepun. Di dalam perundingan tersebut, kontrak pertama yang telah
berakhir telah diperbaharui semula bagi tempoh selama 20 tahun lagi.

Kita berkeyakinan, bahawa kontrak baru ini akan menjamin pembelian gas
cecair asli daripada Negara Brunei Darussalam bagi tempoh yang berpanjangan,
yang sudah barang tentunya akan turut menjadi puncak kemakmuran negara.

Bagaimana pun juga, perkembangan ini tidaklah akan mengubah "dasar berjimat
cermat" kita, yang kita amalkan selama ini. Kemerosotan dalam bidang
perdagangan masih lagi melanda dunia antarabangsa di mana harga-harga
komoditi utama termasuk petroleum masih lagi di peringkat yang rendah.

Keadaan ini, di samping memerlukan amalan berjimat cermat, juga memerlukan
supaya kita mempunyai pemikiran-pemikiran yang baru dan dinamik bagi
menambahkan lagi hasil dan pendapatan negara.

Kita pun tahu, suasana perdagangan yang tidak sunyi daripada persaingan,
adalah menghendaki langkah-langkah yang tegas serta strategi yang tepat,
antaranya, kita terpaksalah mengambil kira aspek-aspek peningkatan daya
usaha atau kreativiti, di samping tidak mengabaikan pengetahuan di bidang
sains dan teknologi.

Bidang-bidang yang disebutkan ini adalah merupakan aset utama dalam usaha
membangun negara, serta menjadi alat terpenting ke arah mencapai
kecemerlangan dalam banyak bidang.

Maka untuk tujuan pengusahaan sains dan teknologi itu, usaha yang gigih,
terutamanya di bidang pendidikan adalah sangat diperlukan. Insya-Allah,
rancangan kerajaan ke arah ini, akan terus menghala kepada melahirkan
generasi yang mahir dalam bidang-bidang berkenaan itu.

Tegasnya, turut menjadi dasar pendidikan kita, ialah menjurus kepada
memperkemaskan tenaga manusia. Kerana itulah baru-baru ini sebagai langkah
segera, sebuah jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Kebangsaan Sumber Tenaga Manusia telah beta perkenankan penubuhannya. Ia juga turut melibatkan perwakilan daripada sektor swasta, iaitu suatu bukti tentang kesungguhan kerajaan untuk memastikan bahawa kemampuan negara ini akan sama-sama ditangani oleh segenap lapisan rakyat.

Satu lagi objektif kerajaan, ialab untuk lebih mengenalkan lagi negara ini
kepada negara-negara luar, iaitu dengan melalui siaran rancangan-rancangan
televisyen menerusi satelit, yang akan kita mulakan, insya-Allah pada tahun
1994 ini secara berperingkat. Dengan perkhidmatan itu nanti dapatlah
menjangkau rantau sebelah sini.

Beta berharap, dengan perluasan perkhidmatan rancangan-rancangan televisyen
ini nanti, dapatlah kita menikmati banyak lagi faedah, termasuk juga nama
atau imej yang baik bagi negara, bukan sebaliknya.

Selama ini, nama yang baik itu telah kita perolehi melalui aktiviti-aktiviti
yang bermanfaat serta budaya yang luhur yang diamalkan oleh orang-orang
Brunei.

Beta amat bangga, dalam keadaan budaya moden begitu cepat mempengaruhi sikap manusia, rakyat Negara Brunei Darussalam masih sahaja menunjukkan
ciri-cirinya yang tersendiri, tidak mudah tunduk kepada pengaruh-pengaruh
yang negetif. Mereka tetap teguh, setia dan komited dengan kehidupan
beragama, beraja dan bernegara sebagaimana yang mereka jalani semenjak
turun-temurun lagi.

Di sinilah kelainan kita, dan dari sini juga kita maju dan berkembang
mengikut arus peredaran zaman. Kita bersahabat dan berhubung di mana-mana
sahaja dengan membawa identiti kebruneian yang tulen dan nampak-nampaknya
dunia telah pun menerima kita sebagai warganya yang baik dan layak untuk
dihormati.

Ini adalah kita dasarkan kepada beberapa pengalaman yang pernah kita tempuh
di dalam pertemuan-pertemuan dan persidangan-persidangan umat Islam dan
antarabangsa, yang selalunya menyebut kita selaku rakan yang baik. Dan
berpunca daripada sanjungan yang ikhlas inilah mereka kadang-kadang sampai
meletakkan kepercayaan yang begitu tinggi, sebagaimana baru-baru ini, oleh
pihak Akademi Fiqh Islam telah menyerahkan mandatnya kepada Negara Brunei
Darussalam untuk mengendalikan persidangannya yang ke-VIII.

Semoga keadaan harmoni dan persefahaman yang seumpama ini akan terus
berkembang dan tersebar luas.

Akhirnya, beta dengan ikhlas ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan
kerjasama serta sokongan mereka kepada kerajaan beta pada menjalankan
tanggungjawab yang besar terhadap negara.

Beta berdoa, dengan berkat serta syafaat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam, mudahmudahan rakyat dan penduduk yang beta kasihi sentiasa berada dalam makmur, bersatu padu, aman damai dan beroleh kebahagiaan.

Beta juga tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih yang sama kepada semua
kakitangan kerajaan di atas perkhidmatan mereka yang bersungguh-sungguh dan jujur.

Kepada semua pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,
Pasukan Polis Diraja Brunei serta orang ramai, beta juga ingin mencatatkan
setinggi-tinggi penghargaan di atas tanggungjawab dan kerjasama mereka dalam
memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara.

Akhir sekali, penghargaan ini juga beta tujukan kepada semua jawatankuasa
perayaan, baik di peringkat kebangsaan mahupun daerah, di atas penat lelah
mereka menyusun dan menjalankan rancangan-rancangan perayaan. Semoga Allah juga yang akan membalas mereka dengan ganjaran yang lumayan.

Sekian,Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.