Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6241
![]() | Today | 59 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 526 |
| 1992 - BSB |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI OMAR' ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA Y ANG KE-46 TAHUN DI BALAI SINGGAHSANA ISTANA NURUL IMAN, PADA 15 JULAI, 1992 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil' Alameen Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ' Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du. Beta bersyukur he hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya jua, dapatlah kita berkumpul sekali lagi di istiadat yang bersukut baik pada hari ini. Beta dengan segala tulus ikhlas dan bersih hati terlebih dahulu mengucapkan terima kasih serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada tetamu-tetamu beta daripada negara-negara jiran, yang telah berkesudian hadir untuk sama-sama merayakan hari keputeraan beta pada tahun ini. Demikian juga kepada semua dif-dif yang lain, serta semua pihak yang telah menghantarkan perutusan-perutusan ucap selamat mereka, bersempena dengan sambutan perayaan ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala jua yang akan mengurniakan balasan-Nya kepada mereka yang berkenaan itu. Dengan kehendak dan takdir Allah, Negara Brunei Darussalam tetap berkeadaan aman dan tenteram. Ianya tidak syak lagi merupakan nikmat yang tidak terhingga, yang mesti disyukuri oleh setiap lapisan rakyat dan penduduk. Perlu diingat, bahawa keamanan dan ketenteraman itu adalah merupakan jambatan yang boleh menyampaikan kita kepada berbagai rupa kejayaan di bidang-bidang rohani dan kebendaan. Tanpa adanya keamanan, bermakna segala rancangan akan tergendala dan terjejas. Oleh sebab itulah, soal keamanan ini sentiasa mendapat tempat dan perhatian di mana-mana sahaja, dibincang dan dibahaskan orang dalam forum-forum antarabangsa. Keamanan tidak sahaja bermakna sunyi daripada peperangan dan huru-hara, tetapi juga suasana yang selesa, yang membawa damai di mata dan di hati kita, adalah juga keamanan namanya. Kerana itulah, sejajar dengan kebimbangan antarabangsa mengenai dengan isu-isu alam sekitar, yang telah melahirkan Sidang Kemucak di Rio de Janeiro baru-baru ini, maka kerajaan beta turut mengambil perhatian berat untuk meningkatkan lagi usaha dan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya persekitaran yang bersih dan indah, yang jauh daripada sebarang pencemaran. Apa yang beta harapkan ialah, kefahaman dan penglibatan semua pihak mestilah serentak, terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang-bidang perindustrian dan pembinaan. Pihakpihak ini perlulah dikawal dengan peraturan, supaya sama-sama terbiasa pada menjaga dan memelihara persekitaran yang bersih. Kita tidak mahu adanya bangunan-bangunan yang tersergam indah, sedangkan persekitarannya kotor dan menyusahkan orang ramai. Ini termasuklah juga kedai-kedai dan restoran-restoran serta lain-lain, yang kelihatan bersih, tetapi di belakangnya bersepah segala sampa-sarap. Perkara ini dari sekarang mustahaklah diatasi, dan salah satu caranya ialah dengan menggubal undang-undang atau peraturan-peraturan yang bersesuaian mengenainya. Di samping, kita juga patutlah memikirkan apakah jenis teknologi yang selamat untuk digunakan. Untuk melaksanakan pembangunan negara dengan teratur dan lancar, maka kita bukan sahaja memerlukan keadaan yang aman, malahan juga perlu memiliki ekonomi yang mantap. Lalu atas asas inilah, beta pada bulan September 1991, telah memperkenankan penubuhan sebuah badan yang diberi nama Majlis Kemajuan Perusahaan dan Perdagangan. Matlamat utama majlis ini ialah untuk memikirkan dan menilai secara komprehensif cara-cara bagaimana memperbaiki lagi iklim perusahaan di negara ini, sehingga dapat menarik lebih banyak pelaburan dan perusahaan, termasuk penglibatan pelabur-pelabur daripada luar negeri. Penubuhan majlis ini, yang melibatkan beberapa pihak dalam kerajaan, seharusnyalah dapat dijadikan forum bagi memikirkan caracara dan tindakan-tindakan untuk memajukan lagi bidang perusahaan dan perdagangan kita. Langkah dan tindakan yang segera adalah diperlukan, bagi membolehkan kita turut sama bersaing di arena perdagangan antarabangsa. Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN yakni ASEAN Free Trade Area atau AFTA, yang mana kita juga selaku ahli turut menggerakkannya, adalah boleh dijadikan pendorong, untuk mempercepatkan lagi kemajuan pelbagai perusahaan produktif di negara ini. Demikian juga kerajaan beta melalui Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, sedang meneruskan usaha ke arah menggalakkan peningkatan pengeluaran di bidang pertanian dan perikanan bagi membantu memenuhi keperluan negara dalam bahagian perbekalan makanan. Beta suka rnengingatkan, bahawa berhubung dengan rancangan-rancangan kemajuan dan perindustrian ini pada khususnya, kita adalah memerlukan tenaga-tenaga kerja yang terlatih dan mahir. Oleh kerana itu, pada hemat beta, eloklah supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat nasional yang akan bertanggungjawab dalam hal-hal perancangan dan perkembangan sumber tenaga manusia, iaitu bagi memenuhi kehendak-kehendak negara dari masa ke semasa. Di bidang agama dan pendidikan pula, usaha-usaha sedang dibuat dengan mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak berkenaan di luar negeri bagi mewujudkan pusat pengajian tinggi lslam di negara ini. Kita bukan sahaja ghairah unutk mempunyai pusat pengajian yang demikian itu, tetapi juga ingin memastikan yang perjalanannya akan sentiasa lancar dan berjaya. Beta menyebutkan ini, adalah bersabit dengan beberapa perkara termasuklah soal-soal pengendalian di dalam dan juga masalah penyaluran atau penghantaran penuntut-penuntut keluar, adalah memerlukan kajian dan perundingan yang terperinci, supaya tidak akan berlaku keciciran-keciciran yang mengecewakan banyak pihak, serta juga mengorbankan banyak wang dan masa semata-mata. Beta percaya, di samping Institut Pengajian lslam dan Maktab Perguruan Ugama, juga Sekolahsekolah Menengah Arab dan Ma'had lslam Brunei, bolehlah menjadi asas yang baik ke arah ini. Cuma sahaja, dasar dan haluannnya perlulah kukuh dan mantap, untuk menyampaikan penuntutpenuntut Sekolah Menengah Arab dan Ma'had lslam khasnya, bukan sahaja untuk menjadi ulama dalam bidang agama, malahan juga ahli sains dan perubatan serta lain-lain yang berorientasikan lslam. Kita juga sedang menempah kebanggaan di bidang ekonomi lslam, iaitu dengan penubuhan Tabung Amanah lslam Brunei yakni TAIB. Kejayaannya sungguh menggalakkan dengan adanya sambutan orang ramai yang begitu besar. Berikutan dengan ini juga, beta sukacita memaklumkan, bahawa penubuhan bank lslam yang sedang diusahakan pada masa ini, insyaAllah akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa lagi. Beta juga ingin menyarankan, supaya langkah dapat diambil untuk mengkaji kemungkinan mengadakan sistem insurans secara lslam. Selain itu, suka pula beta menyebutkan berkenaan dengan rancangan tahfiz Al-Quran, bahawa sesudah kejayaan pertama Negara Brunei Darussalam melahirkan seorang hafiz, maka terdapat beberapa ramai anak-anak kita telah dihantar oleh ibu bapa mereka sendiri ke luar negeri, khasnya ke Semenanjung Malaysia bagi mengikuti kursus atau pengajian hafaz Al-Quran. Beta sangatlah mengkagumi dan bersimpati dengan langkah ibu bapa ini, yang mendorong anakanak mereka memasuki lapangan yang terpuji itu. Sambil menyambut baik hasrat ibu bapa ini, beta sukacita mengumumkan bahawa beta pada dasarnya, telah memperkenankan penubuhan sebuah Institut Tahfiz Al-Quran di negara ini, sebagai sumbangan peribadi beta sendiri. Ianya akan terletak di bawah Kementerian Pendidikan, sebagai suatu komplimanteri bagi melahirkan tenaga-tenaga yang hafaz Quran. Adapun lain-lain langkah untuk meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat dan penduduk, akan juga diusahakan terus oleh kementerian-kementerian berkenaan dalam kerajaan. Di bidang pembangunan, beta berharap Kementerian Pembangunan akan segera memikirkan tentang kemungkinan untuk membuka perkampungan-perkampungan baru di kawasan-kawasan yang tertentu, sebagai langkah untuk menyebar-ratakan keramaian penduduk negara ini supaya tidak terkumpul di satu-satu tempat sahaja, di samping bagi memastikan penggunaan kawasankawasan utama yakni "prime-area" dengan cara yang betul. Di bidang perhubungan pula, usaha sedang ditumpukan untuk meningkatkan perhubungan, sama ada bagi keperluan di dalam mahupun dengan dunia antarabangsa. Maka untuk ini, beberapa perancangan dan projek telah dan sedang dilaksanakan. Satu lagi usaha yang berkaitan dengan kebajikan rakyat yang selaras dengan perkembangan tenaga manusia, ialah penubuhan Tabung Amanah Pekerja. Pada masa ini, beta sudahpun memperkenankan penubuhan Lembaga Pengarah mengenainya, sementara jabatan yang akan mengendalikan pentadbirannya pula, insya-Allah akan ditubuhkan dalam sedikit masa lagi. Sasaran permulaan perlaksanaan skim tabung ini nanti, ialah kepada kakitangan kerajaan yang tidak berpencen dan pegawai-pegawai serta kakitangan yang baru berkhidmat. Kemudian, ianya akan dilaratkan lagi kepada sektor swasta yang belum mempunyai skim seumpama ini. Termasuk menjadi kewajipan utama kerajaan beta, ialah mengemaskinikan sistem pertahanan negara. Lalu ke arah ini pada bulan September tahun yang lepas, satu penyusunan semua Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah pun dilakukan. Di samping memberikan perhatian terhadap soal-soal dalaman dalam perkara pertahanan dan keselamatan ini, kita juga turut mementingkan persefahaman dan kerjasama dengan negaranegara jiran, iaitu demi untuk menjamin keselamatan dan keamanan serantau. Langkah yang seperti ini diambil adalah bersesuaian dengan perkembangan-perkembangan politik antarabangsa, yang. menghendaki kita bersikap lebih peka dan waspada. Adapun dasar luar kita memang mengambil kira perkara seumpama ini. Kita telah membuktikan yang Negara Brunei Darussalam turut melaksanakan peranannya selaku ahli masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab. Kita juga memberikan tumpuan untuk terus meningkatkan hubungan dengan negara-negara ASEAN sebagai dasar utama kita. Dalam masa suku abad menjalani usianya, pertubuhan kerjasama serantau ini telah berhasil mewujudkan suasana politik yang stabil di antara negaranegara ahli. Hal ini tidak syak lagi, telah dapat membantu usaha-usaha kita bagi membangunkan negara masing-masing dengan bebas dan aman. Juga berkait dengan dasar luar ini, Negara Brunei Darussalam terus mengambil langkah mengadakan hubungan mesra dengan negara-negara yang ingin berbaik-baik dengan kita. Sehingga kini, negara kita telah pun menjalin hubungan diplomatik dengan lebih daripada 70 buah negara, dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan mutakhir; iaitu serentak dengan tamatnya pertentangan ideologi. Pendeknya, dengan izin dan rahmat Allah serta berkat pegangan kita terhadap dasar-dasar MIB selama ini, maka Negara Brunei Darussalam terus menikmati keamanan, makmur dan bahagia, di bawah perlindungan dan inayah Allah Subhanahu Wataala. Beta dengan segala tulus ikhlas ingin mengulangi penghargaan dan ucapan terima kasih beta kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan sambutan yang meriah ke atas kepulangan beta dan keluarga beta daripada menunaikan ibadat haji di Tanah Suci. Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, dan dengan berkat serta syafaat Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, semoga rakyat dan penduduk yang beta kasihi akan sentiasa beroleh kajayaan, bersatu padu dan makmur di bawah panjipanji negara yang indah, yang aman bebas lagi selamat ini, Amin Ya Rabbal 'Alamin. Begitu juga, beta tidak lupa merakam ucapan terima kasih yang sama kepada seluruh kakitangan kerajaan di atas perkhidmatan mereka yang bersungguh-sungguh kepada negara. Kepada semua pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan seluruh rakyat serta penduduk negara ini, beta juga ingin mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan beta di atas kerjasama mereka dalam memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara. Juga kepada semua jawatankuasa perayaan, baik di peringkat kebangsaan mahupun daerah, kerana penat lelah mereka itu dalam menyusun dan menjalankan rancangan-rancangan perayaan. Semoga Allah jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran yang berlipat ganda. Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




