Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6541
TodayToday44
YesterdayYesterday95
This monthThis month826
1991 - BSB
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM
SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA
YANG KE-45 TAHUN DI BALAI SINGGAHSANA, ISTANA NURUL IMAN

PADA 15 JULAI, 1991

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tuhan Yang Maha Memelihara dan
Mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Nabi kita. Sayidina
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para
pengikut Baginda yang taat lagi jujur, serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah rahmat-Nya yang tidak terhingga, yang telah mengizinkan istiadat seperti ini berulang lagi.
Mudah-mudahan ianya akan berjalan dengan sempurna di bawah inayah dan
pemeliharaan Allah.

Beta dengan segala tulus ikhlas terlebih dahulu mengucapkan terima kasih
serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada sekalian dif-dif yang
hadir, dan juga kepada semua pihak yang telah menghantar utusan-utusan ucap
selamat bersempena dengan sambutan perayaan hari ini.

Beta akan sentiasa mengenangnya. dan sambil itu juga berharap, semoga Allah
akan membalas mereka dengan ganjaran yang lebih baik lagi.

Satu perkara yang sungguh menggembirakan ialah, bahawa perayaan ini dapat
berjalan dalam suasana yang aman dan tenteram. Sebab bukanlah mudah untuk
mendapatkan nikmat keamanan itu, khususnya di masa-masa yang akhir ini, yang
banyak mencetuskan kekecuhan dan kebimbangan di merata dunia, sama ada
kekecuhan yang boleh dikawal ataupun tidak.

Tetapi kita bersyukur kerana terlepas daripada penyakit yang merunsingkan
ini, dan sebaliknya berhasil menciptakan suatu 'gaya hidup' yang terbaik,
yang bebas dari sebarang kebimbangan dan ancaman dengan izin Allah jua.

Lebih jauh tentang keselamatan ini, kerajaan beta telah mengambil
langkah-langkah yang penting, antaranya termasuklah mengemaskinikan
undang-undang yang berhubung dengan pemilikan senjata merbahaya secara
haram. iaitu dengan mempertingkatkan lagi hukuman mengenainya.

Beta percaya, negara ini akan terus stabil dan selamat, ialah kerana
kesediaan kita untuk sentiasa mencari sumber-sumber kebajikan seberapa yang
banyak, di samping tidak berdiam diri membiarkan sesuatu yang patut diubah
atau diperbaiki, sekiranya perkara itu boleh mendatangkan kerugian atau
kemudaratan.

Maka atas asas inilah, kita telah mengadakan berbagai projek dan gerakan
yang teratur untuk kepentingan keamanan dan keharmonian negara serta
kesejahteraan rakyat dan penduduk, seperti projek 'Kejiranan Kampung' yang
telah diperkenalkan itu, dan kemudian terhadap Penghulupenghulu Mukim,
Ketuaketua Kampung dan Ketua-ketua Rumah juga telah diberikan latihanlatihan
melalui beberapa cara, seperti melalui taklimat-taklimat dan penerangan-penerangan yang berkaitan dengan keamanan, pentadbiran kerajaan, dan sekaligus memperkenalkan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pemimpin dan ketua masyarakat di tempat atau kampung masing-masing.

Langkah ini wajar, bagi mengesankan budaya berjiran dan berketua di kalangan
rakyat, kerana apabila budaya yang baik ini diterima dan diamalkan. maka
semua kebajikan akan dapat sahaja dicapai, dan dengan sendirinya akan
tertutuplah segala pintu huru-hara dan kekacauan.

Beta sendiri melihat, bahawa segala unsur dalaman yang berkaitan dengan
kesedaran rakyat mestilah diutamakan. Ianya sangat perlu dipupuk dan diasuh
sehingga menjadi sikap. Kerana daripadanya kita akan mengetahui dan
mengenali perkara-perkara yang baik mahupun yang sebaliknya. Sebab itu beta
sangatlah menekankan tentang dakwah, muzakarah dan mesyuarat hendaklah
ditingkatkan, kerana semua ini boleh mendatangkan keinsafan dan kesedaran
bagi menghayati dan mencari kebajikan seberapa yang banyak, atau jika
sesuatu itu kurang elok dan tidak menguntungkan, maka akan datang idea atau
pemikiran untuk memperelok dan mengubahsuainya.

Sebagai contohnya, antara perkara yang memerlukan ubahsuai itu ialah format
sambutan perayaan hari keputeraan beta pada tahun ini. Kita tidak akan
mengadakan lagi perarakan tanglung berjalan kaki pada waktu malam, sebab
sudah terbukti ianya kurang sesuai dan bahkan boleh mendatangkan mudarat.
lanya akan kita gantikan dengan yang lebih munasabah dan selamat.

Kita semua hendaklah sedar, bahawa apa jua sambutan dan perayaan yang
dikendalikan oleh kerajaan adalah merupakan projek nasional yang bertujuan
untuk menarik masyarakat ke arah perpaduan dan keselamatan sebagai suatu
cara mewujudkan komunikasi yang sihat lagi bermakna. bukan semata-mata
bersifat 'pesta-pestaan' yang melulu.

Negara Brunei Darussalam, dalam menempuh masa depannya yang panjang,
perlulah bersedia menyiapkan diri dengan berbagai-bagai rancangan
pembangunan yang dilengkapi dengan strategi-strategi yang jelas.

Pada setakat ini, kerajaan beta telah menyediakan satu Pelan Induk Negara
Brunei Darussalam yang menggariskan beberapa rancangan kemajuan bagi jangka waktu 20 tahun ke hadapan yang akan berakhir pada tahun 2005. Ianya antara lain adalah untuk mengenal pasti tentang penggunaan tanah-tanah di seluruh negara termasuklah bagi menyediakan kemudahankemudahan asas infrastruktur serta keperluan yang dianggap prioriti oleh kerajaan iaitu perkara
perumahan. Sejak beberapa tahun ini, berbagai usaha telah dibuat untuk
mencepatkan lagi pembinaan rumah-rumah melalui skim-skim yang telah
diperkenalkan.

Juga kawasan-kawasan yang akan turut dikenalpasti ialah kawasan yang
diduduki secara Lesen Tumpang Sementara yakni T.O.L. yang telah menjadi
kawasan perkampungan yang tersusun serta mempunyai kemudahan-kemudahan asas, seperti air, elektrik dan jalan raya.

Demikian pula. perhatian akan sama-sama diberikan terhadap penyusunan semula ke atas perumahan di Kampong Ayer, sebagai langkah untuk mewujudkan,keselesaan dan keselamatan di samping mengekalkan identitinya sebagai,kawasan yang bersejarah di negara ini.

Dan selari dengan usaha-usaha menyelesaikan masalah perumahan, kerajaan juga mengatasi beberapa perkara yang kadang-kadang merunsingkan kita, di
antaranya ialah mengenai bekalan tenaga elektrik yang belum stabil,
khususnya bagi setengah-setengah tempat di negara ini. Maka ke arah ini,
suatu rancangan dan langkah telah pun dibuat bagi mendapatkan
kelengkapankelengkapan yang kompeten dan selaras dengan standard-standard
antarabangsa. yang dipercayai akan dapat mengurangkan gangguan-gangguan
penggunaan bekalan elektrik itu.

Demikian juga kerajaan beta sentiasa menyedari akan keperluan dan hajat
rakyat terhadap bekalan air. Maka untuk ini, satu Skim Perbekalan Air telah
pun disediakan. dan sebahagian daripadanya telah pun siap dan mula
beroperasi pada tahun 1991 ini. Projek ini termasuklah pembinaan Loji
Penapisan Air di Bukit Barun dan pemasangan talian paip air baru dari Bukit
Barun ke kawasan bandar.

Di samping mengemaskinikan kemudahan-kemudahan asas infrastruktur serta
lain-lain kemudahan awam kerajaan juga amat menitikberatkan pencapaian kita
di bidang ekonomi.

Pembangunan negara tidak boleh tidak mestilah melalui proses ekonomi yang
dinamik dan terbuka.

Kerana itu kerajaan. melalui Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber
Utama, akan terus berusaha bagi mewujudkan asas-asas dan sumber-sumber yang kukuh untuk perindustrian produktif.

Maka sehubungan ini. kerajaan sedang menggalakkan pertumbuhan industri baru di samping terus memajukan industri-industri yang sedia ada pada masa ini.
Kerajaan juga telah mengenal pasti ciri-ciri perusahaan dan pelaburan yang
kompetitif sebagai asas perkembangan industri. Setakat ini, di dalam bidang
Industri Eksport kita ada mempunyai 3 buah syarikat tempatan yang beroperasi
mengeluarkan pakaian-pakaian untuk dieksport.

Sementara bagi pasaran tempatan pula, beberapa kegiatan perindustrian sedang
berjalan, seperti pengeluaran dan pengedaran minuman-minuman dalam tin dan
minuman air galian, barangbarang plastik dan juga pembuatan atap daripada
besi waja.

Tetapi walaupun begitu, kita masih belum dapat berpuas hati sekiranya
syarikat-syarikat berkenaan masih lagi bergantung kepada bahan-bahan import
seratus peratus, sementara pekerjapekerjanya pula terdiri daripada
orang-orang luar. Adapun perindustrian dan perdagangan yang menjadi pilihan
kita ialah yang dapat memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak
tempatan.

Suatu hakikat, bahawa negara kita masih merupakan sebuah negara pengimport
paling besar barang-barang komoditi untuk keperluan rakyat dan penduduk.
Boleh dikatakan, kebanyakan negara-negara rakan dalam ASEAN mempunyai
perindustrian dan perdagangan yang dapat menampung keperluan para pengguna di rantau ini, termasuklah juga kita sebagai pengguna tersebut. Dan hatta barang-barang komoditi mereka juga sudah sampai ke Eropah dan Amerika. Sementera Brunei Darussalam masih sahaja bergantung semata-mata kepada minyak dan gas.

Maka atas asas inilah, kita perlu lebih cekal dan bersikap terbuka, dalam
makna tidak menolak kemungkinan mendapatkan latihan-latihan, pertukaran
teknologi dan bantuan kepakaran daripada rakan-rakan serantau dan
antarabangsa. Tetapi ini hanyalah sekadar untuk melengkapkan diri atas nama
dan semangat kerjasama biasa.

Setakat ini, kita berhajat untuk meningkatkan pengeluaran hasil-hasil
pertanian, khususnya padi. Salah satu caranya ialah, dengan menswastakan
Projek Penanaman Padi Wasan kepada sebuah syarikat usahasama di antara
pengusaha tempatan dan pengusaha luar negeri. Cara ini dipercayai akan dapat
mendatangkan hasil yang tinggi, serta juga menjadi pendorong ke arah
penanaman padi secara komersial.

Menyentuh tentang usahawan-usahawan ini, beta inginlah mengingatkan bahawa
menjelang abad ke-21 ini, persaingan dalam dunia perniagaan adalah
dijangkakan amat sengit dan mencabar.

Oleh itu bagi usahawan-usahawan tempatan pada khususnya, kunci kejayaan
mereka ialah kecekapan bersaing serta pandai merebut peluang-peluang yang
ada. Di samping, mereka juga mestilah bijak mengatur strategi serta
mempunyai berbagai pengetahuan termasuklah kemahiran.

Kita sedar, bahawa untuk sampai ke peringkat ini bukanlah mudah, ianya
memerlukan masa yang panjang, yang asasnya tidak lain ialah pendidikan yang
sempurna yang mengandungi dasar dan falsafah ke arah itu. Ertinya tumpuan
dan harapan kita yang utama ialah kepada generasi baru yang mungkin akan
lahir dalam dekad 90an ini dan seterusnya.

Atas asas inilah, yakni bagi memenuhi keperluan industri dan perniagaan
jangka panjang di negara ini, maka kerajaan beta akan mewujudkan satu sistem
pelajaran teknik dan vokasional melalui satu badan yang akan diberi nama
sebagai 'Majlis Pelajaran Teknik dan Vokasional Negara Brunei Darussalam'.

Pada masa yang lalu kita masih turut bergantung kepada badan-badan pelajaran
teknik luar negeri. Tetapi insya-Allah. dengan penubuhan majlis ini nanti,
dapatlah kita mengurus sendiri segala isi kursus. termasuk peperiksaan dan
sijil yang berkenaan.

Di bidang pendidikan yang mengarah keugamaan pula, kerajaan beta melalui
Kementerian Pendidikan sedang membuat beberapa rombakan serta
mengemaskinikan seluruh kurikulum sekolah-sekolah, terutama sekali sekolah
rendah bagi memastikan bahawa pelajaran tulisan jawi dan Al-Quran akan
diberikan penekanan, supaya pelajar-pelajar dan guru-guru mempunyai
kemahiran menulis jawi dan pandai membaca Al-Quran.

Bagaimanapun. perkara ini tidaklah akan menjejaskan perjalanan
sekolah-sekolah ugama yang ada, malahan beta berharap pelajaran ugama dan
dakwah Islamiah mestilah terus dimaju dan dipertingkatkan dari masa ke
semasa. Dan ke arah ini, dasar serta strategi yang lebih sempurna adalah
mustahak.

Dalam mempraktikkan Islam sebagai cara hidup, kita adalah
bersungguh-sungguh. Kita tingkatkan ibadat, dan di samping itu kita juga
membangun berlandaskan ajaran-ajaran Islam.

Sebagai contoh, beta sukacita menyebutkan di sini, bahawa Kementerian
Kewangan bersamasama Kementerian Hal Ehwal Ugama telah ditugaskan untuk
mengkaji penubuhan institusi kewangan yang akan beroperasi menurut
hukum-hukum Islam. Hasil daripada usaha ini telah melahirkan sebuah Tabung
Kewangan yang diberi nama Tabung Amanah Islam Brunei, yang akan mula
beroperasi sedikit masa lagi insya-Allah.

Tabung tersebut bertujuan menggalakkan masyarakat Islam di negara ini untuk
mengumpul wang bagi membolehkan mereka menunaikan ibadat haji di samping
membuat pelaburan dalam bidang-bidang yang cucuk dengan prinsip-prinsip
syariat Islam.

Pada hemat beta, apa yang ada berupa pengalaman kita berpuluh tahun dalam
mengendalikan pentadbiran ugama adalah memadai, untuk jadi tapak dan asas
bagi kita melangkah lebih ke hadapan. Ianya telah memberikan kepada kita
kemahiran-kemahiran yang tidak boleh dicabar.

Hanya tinggal sahaja lagi bagaimana kita menggunakan pengalaman itu untuk
menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna, selaras dengan tuntutan-tuntutan
zaman dan keadaan.

Satu usaha lagi yang berkaitan dengan kebajikan rakyat, serta selaras dengan
perkembangan tenaga manusia, maka kerajaan beta akan menubuhkan satu Skim
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Penubuhan skim ini antara lain bertujuan, untuk memberikan kemudahan
perlindungan sosial, bagi menampung keperluan 'hari tua' rakyat dan penduduk
negara ini, sama ada mereka yang berkhidmat di sektor awam ataupun sektor
swasta.

Dan yang berikut dari langkah untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan
rakyat juga, ialah usaha kerajaan beta yang berterusan pada mengendalikan
perkara-perkara kesihatan dan kebersihan. Dasar-dasar kesihatan kita adalah
selaras dengan dasar-dasar Pertubuhan Kesihatan Sedunia yakni WHO, di mana
kita juga adalah ahlinya. Dasar utama WHO yang kita amalkan ialah:
"Pencapaian kesihatan untuk semua penduduk menjelang Tahun Masihi 2000",
iaitu untuk ke satu tahap yang akan membolehkan kita menikmati penghidupan
yang produktif dalam bidang sosial dan ekonomi.

Hasrat ini sudahpun menemui petanda yang baik, apabila kita mengetahui
bahawa Negara Brunei Darussalam adalah satu-satunya negara yang bebas
daripada beberapa jenis penyakit menular di dunia.

Apa-apa yang disebut sebagai 'dasar dalaman' yang merupakan penggerak ke
arah pembangunan nasional, maka demikian jugalah dengan 'dasar luar' kita
adalah sentiasa teguh dan dinamik. Ia tidak akan sekali-kali tunduk kepada
arahan-arahan ataupun mengikut sebarang telunjuk manamana pihak tetapi
sebaliknya berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dengan berpandukan kretiria
kebruneian yang tulen tanpa mengorbankan prinsip-prinsip mengawal dan
memelihara kepentingan negara.

Walaupun negara kita kecil, tetapi tidak bermakna jiwa dan semangat kita
juga sekecil itu. Dasar yang kita jalankan di luar negara ialah dasar tuan
sama tuan, dasar bersahabat dan duduk semeja, bukan dasar memperjudikan
kepentingan-kepentingan nasional dan negara.

Jadi matlamat ini, bererti dasar di dalam dan dasar di luar itu adalah
berkaitan antara satu sama lain, bukannya terpisah.

Dunia sekarang sedang memasuki era baru. Perang dingin telah berakhir
digantikan oleh kecenderungan mengadakan hubungan-hubungan kerjasama ekonomi yang meluas.

Dan dari sikap yang terbaharu ini, menampakkan adanya keinginan untuk
menjaga kepentingan ekonomi itu lebih daripada masa-masa yang lalu. sehingga
akibatnya lahirlah blok-blok ekonomi serta pakatan-pakatan di antara
pihak-pihak tertentu.

Kita sebagai bangsa yang merdeka. adalah menghendaki supaya perkembangan ini
sentiasa dinilai dan jika ianya munasabah, maka mestilah kita hormati.
Demikian juga orang lain, patutlah berpendirian yang sama dengan kita
apa-apa juga yang menjadi pilihan kita secara bersendiri, atau sesama
serantau umpamanya, maka orang yang di luar rantau kita mestilah turut
menghormatinya, lebih-lebih lagi jika yang menjadi pilihan kita itu tidak
menjejaskan manamana pihak.

Pada hemat beta, dengan cara yang demikian inilah sahaja kestabilan politik
antarabangsa akan menjadi kenyataan, iaitu dengan tidak mengira apa jua
jenis ideologi. Di samping itu kegiatankegiatan ekonomi dunia pun, barulah
akan lebih rancak, bersemarak dan menguntungkan semua pihak.

Inilah konsep dan pendirian negara kita yang juga merupakan sebahagian
daripada konsep dan pendirian ASEAN, iaitu ingin mengamalkan sikap
hormat-menghormati di dalam usaha mencapai matlamat bersama ke arah
kestabilan serantau dan antarabangsa.

Untuk akhirnya. beta sekali lagi bersyukur kerana secara kebetulan jua,
ulangtahun puja usia beta pada kali ini disambut dalam suasana beta baharu
sahaja kembali daripada Tanah Suci Mekah.

Adalah dengan izin Allah dan berkat doa rakyat beta sekalian, maka beta
telah dapat menunaikan ibadat haji sebagaimana yang beta hajati.

Sehubungan ini, beta adalah tidak lupa mengucapkan terima kasih atas
sambutan yang meriah yang telah diberikan oleh segenap lapisan rakyat dan
penduduk ke atas kepulangan beta daripada Tanah Suci itu.

Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, dengan berkat dan syafaat
Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, semoga rakyat dan
penduduk yang beta kasihi akan sentiasa beroleh kejayaan, bersatu padu dan
makmur dI bawah pimpinan kerajaan yang baik, serta Negara Brunei Darussalam menikmati keamanan dan kebebasan yang berkekalan di bawah perlindungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wataala. Amin.

Beta juga tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan di atas perkhidmatan cemerlang mereka kepada negara.

Kepada semua pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,
Pasukan Polis Diraja Brunei dan seluruh rakyat serta penduduk negara ini,
beta ingin mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan beta di atas kerjasama
mereka dalam memelihara serta mempertahankan keselamatan, keamanan dan
ketenteraman negara.

Beta juga seterusnya ingin menyatakan penghargaan kepada semua jawatankuasa perayaan, baik di peringkat kebangsaan mahupun daerah di atas penat lelah mereka dalam menyusun dan melaksanakan rancangan-rancangan perayaan. Semoga Allah juga yang akan membalas mereka dengan ganjaran-Nya yang berlipatganda.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.