Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6212
TodayToday30
YesterdayYesterday95
This monthThis month497
1987 - BSB
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DI ISTIADAT MENGADAP DAN MENGURNIAKAN BINTANG-BINTANG
DAN PINGAT-PINGAT KEBESARAN BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-41 DI LAPAU, BANDAR SERI BEGAWAN,

PADA HARI RABU, 15 JULAI, 1987

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat dan salam kepada
junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, serta
kerabat, sahabat-sahabat dan pengikutpengikut Baginda yang jujur lagi setia
hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas
segala rahmat dan izin-Nya jua yang membolehkan kita sekali lagi hadir
beramai-ramai di istiadat yang permai ini. Beta mengucapkan terima kasih
pada semua dif-dif yang hadir pada meraikan ulangtahun hari keputeraan beta
tahun ini. Beta juga ingin mengucapkan terima kasih yang ikhlas dan
setinggitinggi penghargaan kepada semua yang berkenaan yang telah menghantar utusan-utusan ucap selamat sempena perayaan ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan balasan yang seimbang di atas ingatan baik dari semua pihak yang berkenaan itu.

Beta sekali lagi bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah
rahmat-Nya yang membolehkan kita menikmati suasana aman dan tenteram serta dapat pula melaksanakan rancangan-rancangan untuk kemajuan dan kebajikan rakyat dan penduduk di negara ini. Keadaan yang stabil, aman dan terteram yang sedang kita nikmati ini juga adalah berkat daripada persefahaman dan kerjasama yang erat di antara pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan beta di semua peringkat dan juga seluruh rakyat dan penduduk negara ini.

Dalam tempoh satu tahun yang lalu kita telah dapat menyaksikan berbagai
perkembangan di negara ini antaranya termasuklah usaha-usaha mengemaskinikan lagi penyusunan kementeriankementerian yang mana kesemua ini adalah dihasratkan bagi menuju ke arah pentadbiran yang cekap, berkesan, bersih lagi amanah.

Sejak beta mula-mula menyatakan hasrat untuk mewujudkan sistem pentadbiran
yang cekap, berkesan, bersih lagi amanah iaitu enam tahun yang lalu,
berbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak-pihak yang
tertentu dalam kerajaan beta. Rancangan-rancangan tersebut hanya akan
menghasilkan kejayaan yang diharapkan dengan adanya kerjasama, sokongan dan yang paling mustahak komitmen yang mendalam dari mereka yang
melaksanakannya. Oleh itu beta berharap kepada semua ketua jabatan kerajaan
dan pegawai-pegawai kanan serta seluruh kakitangan kerajaan supaya akan
dapat mengukuhkan lagi azam dan tekad pada menuju matlamat pentadbiran yang dimaksudkan itu.

Dalam usaha untuk membentuk sebuah pentadbiran yang efisien dan berkesan,
maka beta ingin mengingatkan kepada semua ketua-ketua jabatan supaya
mengambil perhatian yang berat terhadap kakitangan di bawah mereka, kerana
kakitangan di sesebuah jabatan itu memainkan peranan yang penting dalam
kelicinan dan keberkesanan sesuatu pentadbiran. Perhatian ini tidak sahaja
yang berkaitan dengan hal-ehwal kebajikan kakitangan itu tapi juga perkara
yang melibatkan 'career development' mereka seperti menentukan kesesuaian
pekerjaan dengan kebolehan dan kelulusan mereka masing-masing, serta
memberikan pendedahan kepada pengalaman bekerja dan peluang-peluang latihan di dalam mahupun di luar negeri. Sehubungan dengan ini adalah beta hasratkan supaya ketua-ketua jabatan akan memberikan pertimbangan dan perhatian yang sama kepada semua pegawai dan kakitangan tanpa membezakan di antara wanita dengan lelaki.

Beta juga ingin menarik perhatian dan memberikan peringatan kepada semua
ketua jabatan bahawa kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai dan kakitangan
bukanlah dibuat semata-mata bersandarkan kepada kelamaan atau seniority
pegawai-pegawai dan kakitangan berkenaan ataupun dialaskan kepada
rakan-rakan mereka telah dinaikkan pangkat tetapi ianya adalah dibuat
mengikut merit dari segi prestasi, produktiviti dan kecekapan serta kaliber
pegawai-pegawai dan kakitangan berkenaan. Dalam hal ini ketua-ketua jabatan
hendaklah sentiasa membuat penilaian yang jujur dan teliti ke atas
pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah mereka.

Kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan beta, beta ingin mengingatkan
akan peri mustahaknya bagi mereka untuk lebih berdisiplin dan berdedikasi
serta mematuhi peraturanperaturan bekerja yang telah ditetapkan serta
mengamalkan sikap pemedulian dan bersopansantun sejajar dengan ciri-ciri
kebruneian kita. Berkaitan dengan disiplin ini, beta ingin mengingatkan
kepada semua kakitangan kerajaan beta akan peri mustahaknya meningkatkan
kesedaran dan mematuhi serta membiasakan diri dengan peraturan-peraturan
keselamatan khususnya menjaga keselamatan dokumen-dokumen yang dinilaikan sebagai sulit dan rahsia. Ini adalah bertujuan bagi memelihara keselamatan dokumen-dokumen berkenaan terlepas ke tangan mereka yang tidak bersangkut-paut dengan tugas mereka.

Di dalam bidang ekonomi, kita juga sedikit sebanyak mengalami kesan dari
kejatuhan harga minyak dunia pada masa ini. Walaupun demikian keadaan ini
tidak pula menjejaskan perlaksanaan rancangan-rancangan yang telah disusun
dalam Rancangan Kemajuan Negara kita malah telah menguatkan lagi azam kita
untuk mencapai matIamat mempelbagaikan dan mengukuhkan sumber ekonomi
negara. Ke arah ini penubuhan syarikat seperti Brunei Shell Tankers yang
mana diikuti dengan penyusunan semula penyertaan saham di dalam Syarikat LNG dan Brunei Coldgas pada tahun lepas telah menjadikan kerajaan beta sebagai pemegang saham yang terbesar sekali dalam syarikat -syarikat berkenaan. Di samping itu penyediaan bagi kemudahan-kemudahan bagi industri-industri ringan adalah juga antara lain menandakan kesungguhan kerajaan beta di dalam bidang ini. Selaras dengan perkembangan ini kerajaan beta akan meneruskan usaha memajukan bidang lain yang sentiasa dihasratkan untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk di negara ini, iaitu pembinaan lebuhraya dan meninggikan taraf jalan raya di negara ini, manakala rancangan-rancangan perpindahan negara dan pemberian tanah kepada rakyat jati dan rancangan-rancangan infrastruktur juga sedang rancak dilaksanakan.

Di bidang pelajaran, kerajaan beta sedang berusaha untuk meningkatkan lagi
taraf pencapaian pelajaran di negara ini. Sehubungan dengan ini beta ingin
menyatakan bahawa perancangan pelajaran yang tersusun rapi dan teliti lagi
consistent adalah mustahak dalam usaha untuk melahirkan tenaga manusia yang
berkemahiran dan bersesuaian dengan keperluan negara. Di bidang kesihatan
pula, usaha-usaha sedang dilaksanakan bagi negara kita menuju ke matlamat
tahun 2000. Begitu juga kita sedang dan akan terus berusaha dalam
memperkembang dan meningkatkan lagi perkhidmatan-perkhidmatan perhubungan dalam dan luar negeri. Semoga usaha-usaha yang berkaitan ini disertai dengan kemantapan ekonomi negara serta keadaan yang terus aman dan tenteram akan dapat membantu perkembangan di bidang-bidang yang lain selaras dengan matlamat Rancangan Kemajuan Negara.

Keselamatan Negara Brunei Darussalam adalah juga satu-satunya aspek yang
diberikan perhatian berat oleh kerajaan beta, terutama sekali dalam
mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan bangsa dan negara serta kesucian
agama. Dalam hubungan ini, kerajaan beta menerusi Kementerian Pertahanan
sedang membuat segala persiapan yang terperinci bagi membolehkan satu rang
undangundang digubal, bagi tujuan penubuhan Pasukan Tentera Simpanan. Pada
peringkat awal nanti Pasukan Tentera Simpanan ini akan dianggotai oleh bekas
perajurit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Insya-Allah, keanggotaan
Pasukan Tentera Simpanan ini adalah dihasratkan untuk dilaratkan secara
berperingkat-peringkat kepada rakyat negara ini secara umum bersesuaian
dengan kehendak dan keperluan pertahanan negara. Dalam pada itu juga
berbagai-bagai langkah sedang diambil oleh Kementerian Pertahanan untuk
memodenkan serta mengemaskinikan lagi sistem pertahanan negara. Ini adalah
termasuk penilaian-penilaian serta penggunaan alat-alat kelengkapan baharu
dan sophisticated bagi maksud melengkapkan lagi unit-unit ketumbukan dalam
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di dalam menjalankan peranan-peranan
mereka, terutama sekali dalam mempastikan keberkesanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dalam mempertahankan keselamatan perbatasan, dan pengawalan perairan Negara Brunei Darussalam. Bagi tujuan yang sama telah banyak pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dihantar untuk menjalani kursus di berbagai-bagai bidang teknikal dan professional di negara-negara yang bersahabat. Penghantaran pegawaipegawai ini akan sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa sejajar dengan hasrat beta untuk menambahkan lagi tenaga-tenaga dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang bertauliah dan berkemahiran terutama sekali dalam mengendalikan alat-alat kelengkapan dan senjata-senjata yang moden lagi sophisticated.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperlengkapkan serta mengemaskinikan lagi sistem pertahanan negara maka beta ingin menyeru kepada semua rakyat dan penduduk negara ini supaya akan melibatkan diri di dalam mempertahankan keselamatan negara. Soal mempertahankan keselamatan negara bukanIah semata-mata dipikul dan dipertanggungjawabkan kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sahaja dan juga pasukan-pasukan keselamatan yang lain, akan tetapi setiap rakyat yang berada dalam lingkungan umur yang dikira aktif dan diakui sihat adalah juga sama-sama mempunyai tanggungjawab dalam memberikan sumbangan untuk menjaga keselamatan dan pertahanan Negara Brunei Darussalam yang sama-sama kita cintai ini. Di peringkat perhubungan antarabangsa, Negara Brunei Darussalam telah dan akan terus memainkan peranan yang aktif menurut keupayaan kita. Negara Brunei Darussalam telah menyuarakan dengan tegas dan lantang pendiriannya ke atas isu-isu serantau dan antarabangsa di forum-forum serantau dan antarabangsa. Kita akan meneruskan sikap berbaik-baik dengan semua negara sahabat yang berlandaskan kepada pnnsip saling hormat-menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan integrity wilayah, bebas dari campur tangan akan halehwal dalam negeri. Sehubungan dengan ini juga negara-negara luar telah bertambah yakin dengan kemampuan Negara Brunei Darussalam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli kepada pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Di dalam hasrat kita untuk membentuk sebuah negara yang aman, tenteram,
pesat membangun dan digalati, maka adalah beta harapkan supaya seluruh
rakyat dan penduduk di negara ini akan sentiasa mematuhi dan menghormati
setiap peraturan dan undang-undang negara ini, dan seterusnya memberikan
kerjasama sepenuhnya kepada pihak yang berwajib di dalam melaksanakan
peraturan-peraturan dan undang-undang itu.

Sepertimana juga yang beta sering nyatakan, beta dan kerajaan beta adalah
sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan
penduduk negara ini. Salah satu cara beta untuk mengetahui terlebih dekat
mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk ialah
melalui lawatan-lawatan beta ke mukim-mukim dan kampung-kampung. Hasil dari beberapa lawatan yang telah beta buat itu beta mendapati bebanan sara hidup adalah merupakan masalah yang dihadapi oleh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan beta yang berpendapatan sederhana dan rendah. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini beta telah pun mengarahkan kerajaan beta membuat pengkajian dan penelitian.

Hasil dari pengkajian penelitian yang dibuat maka beta dengan perasaan
sukacita mengumumkan pemberian oleh kerajaan beta satu 'elaun khas' sebanyak seratus ringgit sebulan pada pegawaipegawai dan kakitangan dalam
perkhidmatan awam yang berjawatan tetap dengan kerajaan mulai daripada
divisyen dua ke bawah. Ini juga termasuk bagi pegawai-pegawai dan kakitangan
yang dilantik di dalam jawatan dari sebulan ke sebulan, open-vote dan yang
bergaji hari, serta juga sebahagian daripada pegawai-pegawai dan kakitangan
yang berkontrak. Pembayaran elaun khas ini bermula daripada 1 Julai tahun
ini yakni tahun 1987.

Pemberian elaun khas ini adalah dibuat dengan tulus ikhlas kerana Allah
sebagai pertimbangan untuk menimba sedikit sebanyak bebanan sara hidup yang
dihadapi oleh sebilangan rakyat dan penduduk. Mudah-mudahan ianya akan
mendapat sambutan yang baik dan dimanfaatkan oleh pegawai-pegawai dan
kakitangan kerajaan beta.

Adalah juga diharapkan ianya akan menjadi pendorong kepada pegawai-pegawai
dan kakitangan kerajaan beta untuk lebih produktif dan dedikasi di dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Dalam perayaan tahun ini, beta tidak akan berkesempatan menghadiri perayaan
sempena ulangtahun hari keputeraan beta yang akan diadakan di daerah-daerah,
oleh kerana beta berhajat menunaikan rukun Islam yang kelima yakni
menunaikan Fardu Haji dan dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua beta
bercadang akan berangkat ke tanah suci dalam beberapa hari lagi. Walau
begaimanapun beta akan menghantarkan wakil peribadi beta untuk menghadiri
perayaanperayaan di daerah-daerah itu.

Di samping itu, insya-Allah, sekembali beta daripada menunaikan Fardu Haji
nanti, beta akan mengadakan majlis jamuan dan beramah-mesra di semua daerah.

lni adalah bertujuan untuk mengucapkan kesyukuran dan terima kasih beta
kepada pihak-pihak yang terlibat yang mana telah bersusah-payah di dalam
menjayakan sambutan ulangtahun hari keputeraan beta yang ke- 41.

Bagi mengakhiri ucapan ini, beta dengan ikhlas ingin mengucapkan terima
kasih kepada semua kakitangan kerajaan beta di atas khidmat cemerlang yang
telah mereka berikan dan berharap semoga akan dapat meningkatkan lagi
kecemerlangan mereka itu di masa-masa yang akan datang.

Beta juga ingin mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pegawaipegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan
Pasukan Polis Diraja Brunei, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan serta
seluruh rakyat dan penduduk negara ini, di atas kerjasama mereka dalam
mempertahankan keselamatan dan memelihara keamanan dan ketenteraman Negara Brunei Darussalam yang sama-sama kita cintai ini. Begitu juga, beta ingin merekodkan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Jawatankuasa Perayaan Hari Keputeraan beta di atas penat-lelah mereka pada menyusun dan melaksanakan acara-acara perayaan pada tahun ini. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada mereka semua.