Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6241
TodayToday59
YesterdayYesterday95
This monthThis month526
1995 Tutong
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM
SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,
SULTAN DAN Y ANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA HARI KEPUTERAAN Y ANG KE-49 TAHUN
BERTEMPAT DI DEWAN KEMASYARAKATAN, DAERAH TUTONG

PADA 18 JULAI, 1995

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil
Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa 'Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een,
Waba'du.

Marilah kita sanla-sama merafakkan puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu
Wataala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua dapatlah kita berkumpul pada
pagi ini seperti yang lazim.

Beta dengan tulus ikhlas dan sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama terlibat mengusaha
dan menjayakan aturcara sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan beta
yang ke-49 tahun bagi daerah ini.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala jua akan membalas dengan balasan yang
baik kepada sekalian yang berkenaan itu.

Beta telah banyak kali menyentuh perkara-perkara keamanan untuk negara ini.
Walaupun ia di tahap yang memuaskan, namun bukan bermakna kita tidak perlu
berbuat apa-apa mengenainya.

Semua orang mestilah memiliki semangat dan perasaan untuk memelihara dan
mempertahankan keamanan. Kita tidak boleh lupa dan lalai, walau sekejap,
kerana keamanan adalah modal dan aset yang menentukan kebahagiaan bangsa.

Kita sudah belajar daripada sejarah dan juga daripada kejadian-kejadian
semasa, betapa kemewahan dan kemakmuran sahaja tidaklah dapat memberikan
kebahagiaan tanpa keamanan itu.

Berapa banyak negara-negara yang mewah dan maju, tetapi kehidupan mereka
tidak tenteram kerana diburu oleh bermacam-macam ketakutan. Mereka terpaksa
mengelak dan melawan jenayah-jenayah yang datang daripada berbagai sudut,
dan daripada berbagai pihak. Itu, belum lagi krisis-krisis yang lain yang
datang silih berganti atau timpa-bertimpa.

Sebab itu beta ingin mengingatkan, bukanlah masanya untuk kita banyak ketawa
dan leka, tetapi bina sikap berhati-hati dan gandakan usaha mengawal
keamanan, cari dan ciptalah kaedah yang terbaik bagi memastikan keamanan dan
ketenteraman itu benar-benar wujud dan terkawal, serta terjamin buat negara
ini.

Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, hendaklah mengemaskan diri dan
mengemaskan rancangan-rancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi
keamanan itu. Mereka jangan menunggu sampai luka menjadi parah, tetapi
ubatilah cepat-cepat kulit yang terguris duri.

Semua "mechanism" bergerak, berkhidmatlah dengan jujur, taat dan sepenuh
hati, supaya kita dapat meraih kejayaan dalam perkhidmatan dan pengorbanan
kita, insya-Allah.

Hanya dengan kesedaran yang tinggi dan pengorbanan yang ikhlas, kita dapat
mencorakkan masa depan negara yang indah, serta mencapai apa-apa jua yang
kita kehendaki menurut acuannya, iaitu dengan izin Allah Subhanahu Wataala.

Beta yakin, rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya, adalah mampu untuk
memikul tanggungjawab bersama memelihara keamanan dan keselamatan negara
yang sama-sama kita cintai ini.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga apa jua limpah kumia Allah kepada
daerah ini khasnya, dan kepada negara amnya akan berterusan dari generasi ke
generasi.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.