Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6229
TodayToday47
YesterdayYesterday95
This monthThis month514
1994 Tutong
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG KE-48 TAHUN
BERTEMPAT DI DAERAH TUTONG

PADA 19 JULAI, 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ' Aalameen, Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil
Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa' Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een,
Waba'du.

Segala syukur dan pujian bagi Allah Subhanahu Wataala kerana mengizinkan
kita hadir di istiadat yang permai pada pagi ini.

Beta tidak lupa mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat menyumbangkan buah fikiran dan tenaga masing-masing untuk
mengatur Rancangan-rancangan Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan beta yang
ke-48 tahun di daerah ini.

Beta berdoa semoga Allah jua yang akan memberkati mereka dengan
ganjaran-Nya.

Dalam istiadat yang bersukut mulia ini, beta suka menyebut mengenai dengan
pembentukan sebuah jawatankuasa yang diberi nama "Jawatankuasa Kemajuan
Pertanian Luar Bandar".

Jawatankuasa ini telah dibentuk di bawah Kementerian Perindustrian dan
Sumber-Sumber Utama, bagi semua usaha ke arah penggalakan penghasilan
tanaman buah-buahan di negara ini.

Beta percaya, projek ini sungguh menarik, dan insya-Allah, ianya boleh
berjaya dengan sokongan padu oleh semua pihak.

Selain Daerah Tutong, daerah-daerah lain juga pada hemat beta, adalah
sama-sama mempunyai potensi yang tinggi untuk memajukan tanah masing-masing,
khasnya dalam bidang penghasilan buah-buahan.

Memang masih banyak tanah-tanah yang belum diteroka, khasnya di Daerah
Tutong ini.

Padahal, inilah masanya untuk kita menabur budi di atas tanah-tanah yang
luas dan subur itu.

Jika ini dilakukan, maka sedikit sebanyak dapatlah kita mengurangkan
pergantungan kita kepada import buah-buahan daripada luar negeri.

Bagi memastikan penghasilan yang lumayan, maka sokongan dari pihak-pihak
berkenaan di dalam kerajaan amatlah diperlukan. Sokongan tersebut hendaklah
bermula dari penanaman pokok-pokok itu, sampailah ianya mendatangkan hasil,
dan hasilnya pula dipasarkan kepada orang ramai.

Sokongan seumpama ini boleh diselaraskan dengan skim-skim yang sedia ada,
dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan terbaharu di kalangan
penduduk.

Sokongan dari agensi-agensi kerajaan, seperti Jabatan Pertanian, Jabatan
Kerja Raya, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan lain-lain itu, mestilah
sentiasa selaras.

Penyelarasan ini sungguh penting, kerana kegagalan kita di masa yang
sudah-sudah dalam bidang tanaman buah-buahan ini, mungkin sahaja berpunca
dari ketidakselarasan rancangan serta tindakan oleh agensi-agensi berkenaan
itu.

Oleh itu, dalam percubaan kita yang terkini ini, mustahaklah diambil kira
mana-mana titik kelemahan yang perlu diatasi, dan mana-mana pula langkah
atau cara yang boleh membawa kepada keberhasilan.

Secara umum, penghasilan tanam-tanaman boleh membantu meningkatkan ekonomi
negara.

Kerana ia juga merupakan bahan komoditi yang amat popular.

Kita perlu menyedari, bahawa perkembangan ekonomi di sebelah rantau Asia
Pasifik hari ini adalah pesat. Kerana itu, walaupun kita hanya sebuah negara
kecil, namun ini tidaklah menjadi alasan untuk kita tidak dapat memberi
apa-apa sumbangan terhadap perkembangan tersebut.

Jika usaha kita digandakan sedikit, dengan peranan dipegang oleh
tenaga-tenaga mahir yang gigih, maka beta yakin, kita juga insyaAllah akan
dapat mencapai apa yang orang lain boleh capai.

Tegasnya, kita tidaklah seharusnya tinggal sebagai penonton sahaja kepada
pencapaian orang lain, khasnya di bidang ekonomi dan perdagangan.

Buat akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa semoga rakyat dan penduduk di
daerah ini akan lebih maju lagi dalam bidang-bidang usaha mereka, supaya
dapatlah mereka mencapai tahap kemakmuran yang lebih tinggi lagi,
insya-Allah.

Sekian, Wabill ah it Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.