Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6221
![]() | Today | 39 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 506 |
| 1993 - Tutong |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI ‘OMAR ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE-47 TAHUN DI DAERAH TEMBURONG PADA 22 JULAI, 1993 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillahi Rabbil ' Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ' Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du. Beta tidak lupa merafakkan syukur yang sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita di pagi yang indah ini. Dengan tulus ikhlas, beta terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk daerah ini yang telah bersusah payah menyusun berbagai acara sambutan perayaan ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-47 tahun untuk daerah ini. Beta berdoa semoga Allah jua yang akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan. Ingin beta tegaskan, bahawa dalam projek-projek pembangunan negara, Daerah Temburong adalah tidak ketinggalan untuk diberikan perhatian yang selayaknya menurut keutamaan. Daerah ini mempunyai potensinya yang baik dari segi alam semulajadinya terutama tanahnya yang subur. Melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan satu projek akan dilaksanakan di Kuala Belalong, iaitu "Outward Bound School" Penubuhannya adalah bertujuan untuk membolehkan para belia membina ketahanan fizikal dan kemantapan mental serta melengkapkan diri dengan sifat-sifat tabah, berani dan sabar, berdisiplin, berdikari dan bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan penghidupan. Projek ini akan turut didukung berupa sumbangan kewangan oleh pihak Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad. Ini adalah merupakan tanda komitmen mereka bagi sama-sama membangunkan negara ini yang juga patut dicontohi oleh pihak-pihak swasta yang lain. Beta berharap, pada masa-masa akan datang ada lagi rancangan yang akan menyusul untuk daerah ini dengan mengambil kira environment dan keadaan buminya yang subur, sebagai tapak melancarkan projek-projek pertanian pula. Akhirnya beta berdoa semoga rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya akan terus menikmati kehidupan yang aman, bersatu padu dan bahagia. Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




