Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6213
TodayToday31
YesterdayYesterday95
This monthThis month498
1992 - Tutong
TITAH KEBAW AH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI OMAR' ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA Y ANG KE-46 TAHUN DI ISTIADAT MENGADAP DI DAERAH TUTONG

PADA 21 JULAI, 1992
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen Sayyidina Muhammadin Wa 'Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.  

Beta bersyukur kehadrat Allah Subha'lahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan hidayat-Nya jua telah mengizinkan kita sekali lagi hadir beramai-ramai di istiadat yang permai pada pagi ini.  

Beta dengan tulus ikhlas mengucapkan .terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan, yang telah menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun rancangan-rancangan sambutan perayaan ulangtahun hari keputeraan beta di daerah ini. Mudah-mudahan dengan keikhlasan mereka itu, Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran-Nya yang berlipat ganda jua.  

Dalam majlis yang bersukut baik ini, beta sukacita menyentuh mengenai dengan isu keselamatan jalan raya, iaitu salah satu perkara yang patut diberikan perhatian berat oleh kita semua.  

Menurut perangkaan, negara kita adalah mempunyai bilangan kereta yang banyak, jika dibanding dengan keramaian penduduk. Hitung purata adalah kurang daripada 3 orang penduduk dengan tiap-tiap sebuah kereta.  

Angka ini menunjukkan kadar yang tinggi, dengan risiko kemalangan jalan raya juga turut meningkat dari masa ke semasa.  

Beta telah mengambil maklum bahawa Majlis Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam, serta cawangan-cawangannya di semua daerah di negara ini, telah dan sedang berusaha untuk menyedarkan orang ramai dalam hal ini. Dan beta juga gembira apabila mengetahui bahawa pihak swasta juga tidak mahu ketinggalan pada memberikan sumbangan-sumbangan yang berpatutan bagi menjayakan rancangan-rancangan majlis tersebut.  

Bagaimanapun, usaha-usaha majlis ini tidak akan berkesan sekiranya tiada "commitment" serta perubahan sikap daripada orang ramai. Mereka hendaklah lebih mementingkan keselamatan dalam masa memandu, dengan mematuhi segala peraturan yang ada, dan sambil itu juga, sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna.  

Kemudian di samping itu, ikhtiar-ikhtiar yang lain juga eloklah diambil kira, seperti bagi pengguna-pengguna yang beragama lslam patutlah juga mengamalkan doa-doa atau bacaan-bacaan yang munasabah yang digalakkan kita membacanya ketika berada di dalam kenderaan.  

lnilah makanya amat mustahak bagi kita mempelajari Tulisan Jawi atau Tulisan Al-Quran itu, supaya memudahkan kita beramal atau membaca doa-doa dengan betul dan sempurna.  

Akhirnya, beta tidak lupa mendoakan semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan terus menikmati kemakmuran, hidup sentosa dan aman serta bersatu padu.  

Sekian, Wabillahit Tautiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.