Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6547
TodayToday50
YesterdayYesterday95
This monthThis month832
1991 - Tutong
TITAH KEBAWAH DULI Y ANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERSEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-45 DI DAERAH TUTONG

PADA 8 MUHARAM, 1412 BERSAMAAN 20 JULAI, 1991.
 

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SEGALA puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala. selawat serta salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.  

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat-Nya jua, maka dapatlah kita sekali lagi hadir beramai-ramai di istiadat yang permai ini.  

Dengan tulus ikhlas, beta sukacita mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah berusaha menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun acara-acara sambutan sempena ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-45 di daerah ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala mengurniakan ganjaran-Nya yang setimpal kepada mereka yang berkenaan.  

Beta amat bersyukur kerana mendapati rakyat dan penduduk di daerah ini mempunyai semangat yang tinggi dan sentiasa bersatu padu. Mereka telah benar-benar memahami tanggungjawab mereka sehingga dengan itu membolehkan mereka bekerja dengan gigih serta dapat pula mengikuti rentak perkembangan dan kemajuan yang diusahakan oleh kerajaan.  

Keadaan yang seumpama ini hanyalah akan dapat wujud dan lahir dari masyarakat yang terdidik dan berhemah tinggi, atau yang memang dari awal-awal lagi sudah memiliki sifat-sifat dinamik dan progresif.  

Beta berharap keadaan ini akan berterusan, supaya daerah ini akan dapat lebih maju dengan pesatnya, bukan sahaja maju di dalam bidang pembangunan fizikal dan sosial, tetapi juga di bidang rohani dan mental.  

Menyebut tentang kemajuan di bidang rohani dan mental ini, banyak usaha telah dan akan dibuat, seperti mengadakan sekolah-sekolah bagi mengasuh dan mendidik anak-anak selaku generasi muda. Di samping itu, ditambah lagi dengan beberapa kemudahan lain, seperti menyediakan buku-buku dan tempat-tempat membaca awam.  

Ke arah ini, kerajaan sedang mengungkayahkan pembinaan sebuah cawangan perpustakaan bagi daerah ini yang terletak di kawasan Bukit Bendera. Apabila bangunan tersebut siap kelak, maka dapatlah ianya memberikan kemudahan perpustakaan kepada penuntut-penuntut dan juga masyarakat awam di daerah ini.  

Sudah sampai masanya, negara kita Brunei Darussalam mempunyai penduduk yang terpelajar dan pemikir, di mana buku-buku dan lain-lain bahan bacaan adalah alat satu-satunya yang dapat menyampaikan kita kepada objektif itu.  

Kalau di negara-negara lain orang membuat 'research' berkenaan dengan jumlah penduduk yang terpelajar dan yang buta huru, dan demikian juga ada yang sampai membincang dan membahas, berapa banyakkah buku yang habis dibaca oleh setiap individu pada setiap tahun?  

Semua ini dibuat adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat betapa 'budaya membaca' itu sungguh penting dalam usaha melahirkan bangsa yang berkualiti.  

Untuk mengakhiri ucapan ringkas beta ini, beta berdoa semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan sama-sama terus bergiat dalam usaha meninggikan taraf hidup dengan tidak mengabaikan perkara-perkara yang beta sebutkan tadi. Demikian juga beta berharap, supaya segala aktiviti dan usaha hendaklah dibuat berpandukan konsep Melayu Islam Beraja, sebagai landasan menyampaikan kita kepada kebajikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.  

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.