Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6223
![]() | Today | 41 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 508 |
| 1990 - Tutong |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MUIZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-44 DI DAERAH TUTONG PADA HARI SELASA, 17 JULAI, 1990 Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman. Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas izinNya juga kita dapat hadir beramai-ramai sekali lagi di istiadat yang indah permai pada pagi ini. Dengan perasaan tulus ikhlas, beta sukacita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan di daerah ini, yang telah menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun rancangan-rancangan sempena perayaan ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-44 bagi daerah ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran yang setimpal kepada mereka itu. Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan berkat kerjasama yang erat dan semangat persefahaman di kalangan rakyat dan penduduk di daerah ini, kerajaan telah dapat melaksanakan rancangan-rancangan kemajuan menurut keutamaannya. Salah satu dari rancangan tersebut ialah terbinanya bangunan Ma'had Islam yang diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kemajuan pelajaran agama di negara ini. Menyentuh mengenai perkembangan pendidikan dan selaras dengan usaha pembangunan bangsa dan negara ataupun 'Nation Building' selain dari melaratkan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kerajaan kepada semua sekolah-sekolah bukan kerajaan seperti dasar dwibahasa serta usaha menekankan pelajaran sains dan matematik di semua peringkat persekolahan, beta telah juga memperkenankan penubuhan Akademi Pengajian Brunei di Universiti Brunei Darussalam. Akademi ini akan menjalankan pengajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan semua aspek kehidupan Negara Brunei Darussalam. Usaha mencapai objektif -objektifnya adalah diharapkan jabatan-jabatan seperti Pusat Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Da'awah Islamiah, Adat Istiadat Negara dan lain-lain agensi akan dapat bekerjasama dengan Universiti Brunei Darussalam dalam bidang yang bermanfaat ini. Dengan cara ini beta yakin pengajian dan penyelidikan tentang kehidupan Negara Brunei Darussalam yang pengajian dan pengkajiannya belum begitu luas dan mendalam itu akan dapat digerakkan dengan menggunakan sumber-sumber yang begitu lumayan terutama sekali dari segi sumber-sumber tradisi dan sejarah yang sedia diketahui oleh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang arif. Beta seterusnya percaya akademi ini insya-Allah akan dapat menyempurnakan tugas-tugasnya dengan baik memandang kepada terdapatnya beberapa pakar dalam berbagai bidang di Universiti Brunei Darussalam yang boleh berganding bahu dengan cerdik pandai tempatan dalam bidang yang berkenaan ini. Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta sekali lagi berharap semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan terus mengekalkan semangat bekerjasama, bemuafakat dan hormat-menghormati di antara satu dengan lain demi untuk kesejahteraan kita bersama. Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




