Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6549
![]() | Today | 52 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 834 |
| 1989 - Tutong |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-43 TAHUN PADA HARI SELASA, 25 JULAI, 1989 DI DAERAH TUTONG Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam kt; atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman. Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas izinNya jua kita dapat hadir beramai-ramai sekali lagi di istiadat yang indah permai pada pagi ini. Dengan perasaan tulus ikhlas, beta sukacita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan di daerah ini yang telah menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun rancangan-rancangan sempena perayaan ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-43 bagi daerah ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran yang setimpal kepada mereka. Sebagaimana ucapan beta di Istiadat Mengadap bersempena ulangtahun hari keputeraan beta di Istana Nurul Iman baru-baru ini, bahawa sebagai langkah ke arah mempelbagaikan ekonomi negara, khasnya ke arah memperkembangkan pertumbuhan industri di negara ini, kita telah menubuhkan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada awal tahun ini. Dalam hubungan ini, adalah mustahak supaya kerajaan dan rakyat berganding bahu untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan menyatukan usaha-usaha yang berkaitan dalam memelihara kedudukan negara ini dari segi keselamatan, kestabilan dan kepercayaan kepada pelabur-pelabur secara berterusan serta memberikan mereka kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan sebanding dengan apa yang boleh mereka perolehi di negara-negara lain. Sehubungan dengan ini, adalah sentiasa menjadi harapan kerajaan, supaya dengan wujudnya industri-industri tersebut akan dapat membuka peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini. Ini hendaklah pula diikuti dengan rancangan bagi melatih rakyat negara ini dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan serta memberikan mereka insentif dalam pekerjaan mereka bagi memastikan yang rakyat negara ini akan dapat mengendalikan bidang perindustrian atau perusahaan itu. Begitupun juga adalah menjadi kewajipan kita untuk menggalakkan belia-belia kita pada masa ini untuk mengubah sikap supaya tidak semata-mata bergantung kepada sektor awam atau kerajaan bagi pekerjaan. Di mana sahaja seseorang itu berkhidmat sama ada di sektor swasta ataupun awam ianya adalah berkhidmat untuk negaranya. Bagi mengakhiri ucapan beta ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus memelihara suasana keamanan dan ketenteraman yang sedang kita nikmati ini bagi membolehkan kita melaksanakan usaha-usaha berkebajikan bagi rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam yang tercinta ini. Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuIlahi Wabarakatuh. |




