Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6235
![]() | Today | 53 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 520 |
| 1995 Temburong |
|
TITAH KEBAWAH DULI Y ANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN Y ANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN Y ANG KE-49 TAHUN BERTEMPAT DI DAERAH TEMBURONG PADA 22 JULAI, 1995 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa 'Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du. Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah-Nya mengizinkan kita dapat sama-sama hadir di majlis yang berkebajikan ini. Beta sukacita mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang mengatur dan menjayakan dengan cemerlangnya acara-acara sambutan sempena ulang tahun hari keputeraan beta yang ke-49 tahun bagi daerah ini. Kerajaan beta sentiasa merancang perkembangan kemajuan negara semata-mata untuk kesejahteraan rakyat. Beta berseru kepada semua rakyat dan penduduk, khasnya mereka di daerah ini, supaya berganding bahu memainkan peranan masing-masing dalam memaju dan membangunkan Negara Brunei Darussalam yang kita cintai ini. Dunia masa ini sangat mengambil berat masalah alam sekitar yang bersih, dan perlindungan benda-benda hidup, sama ada yang berbentuk tumbuhan atau haiwan. Semua benda-benda hidup itu mempengaruhi alam sekitar, sedangkan "eco-system" yang tidak seimbang pula boleh menyebabkan kerosakan ke atas alam sekitar itu. Kerosakan alam sekitar, akan menjejaskan kehidupan manusia dan merugikan negara. Kita bersyukur kerana Negara Brunei Darussalam, khususnya Daerah Temburong ini, adalah mempunyai khazanah hutan rimba yang luas serta masih berkeadaan yang semulajadi. Penduduk-penduduk di daerah ini, tentunya berbangga dengan unsur-unsur semulajadi itu. Dalam tahun 1991, di majlis seperti ini, beta telah menyentuh mengenai beberapa kegiatan yang sedang dijalankan untuk menubuhkan Taman Negara di Ulu Temburong. Di taman ini, infrastruktur yang berharga lima juta ringgit sedang dibina untuk memberikan kemudahan kepada pencinta-pencinta alam, bagi melihat, menikmati dan menyelidik keadaan dan kehidupan di hutan rimba dalam keadaan semulajadinya. Tujuh kilometer jalan papan dibina mengharungi bukit-bukau dan menyeberangi sungai dalam hutan yang tebal. Kemuncak pada rangkaian jalan papan ini ialah satu "canopy walkway" sepanjang lapan puluh meter dari permukaan tanah yang dibina atas sebuah bukit. Dalam usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara, maka kerajaan beta adalah komited pada mengembangkan industri pelancongan di negara ini. Dengan pembinaan infrastruktur rangkaian jalan papan sejauh tujuh kilometer itu, yang dijangkakan siap pada penghujung tahun ini, maka Daerah Temburong akan mencatat satu "Milestone" yang baru dalam arus pembangunannya. Daerah Temburong akan menjadi satu destinasi untuk pelancong, khasnya bagi pencintapencinta alam. Pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan serta pihak swasta hendaklah menyusun satu program bagi mempromosikan perkara ini dengan berkesan. Tidak mustahil Daerah Temburong akan menjadi terkenal sebagai satu destinasi "eco-tourism". Bagaimanapun, perkara ini hanya boleh menjadi kenyataan, apabila kita sama-sama bekerja keras daripada sekarang. Kita mestilah mencari jalan bagaimana untuk menarik minat para pelancong ke daerah ini. Usahawan-usahawan tempatan, khususnya di Temburong ini, hendaklah sama-sama dengan kerajaan untuk memajukan industri pelancongan. Para usahawan dan ejen-ejen pelancongan tempatan perlu terlibat untuk merancang, mereka dan membina kemudahan-kemudahan yang selesa bagi para pelancong itu. Semua aktiviti tersebut adalah aktiviti ekonomi yang boleh menambahkan lagi sumber pendapatan negara, khasnya bagi penduduk daerah ini sendiri. Dalam pada itu, sambil kita meraih pendapatan dari industri pelancongan ini, kita juga perlu sentiasa waspada terhadap kemungkinan-kemungkinan negatif yang mungkin dibawa oleh pelancong-pelancong itu. Kerana adalah biasa dalam era hari ini, penjajahan-penjajahan budaya berlaku oleh satu bangsa kepada bangsa yang lain dengan melalui berbagai-bagai cara seperti melalui media dan juga pelancongan. Bagaimanapun, beta yakin, dengan pegangan kita yang kuat kepada agama dan juga adat resam bangsa, maka kita akan dapat menolak segala unsur yang tidak diingini. Sekianlah, untuk akhimya kita sama-sama berdoa semoga segala usaha untuk kebaikan akan beralan dengan lancar dan sentiasa diberkati oleh Allah. Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




