Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6541
TodayToday44
YesterdayYesterday95
This monthThis month826
1994 Temburong
TITAH KEBAW AH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AlMARHUM
SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG KE-48 TAHUN
BERTEMPAT DI DAERAH TEMBURONG

PADA 21 JULAI, 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ' Aalameen, Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil
Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa' Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een,
Waba'du.

Marilah kita sama-sama merafakkan puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu
Wataala yang telah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita pada pagi ini,
sehingga membolehkan kita berkumpul di dalam suasana yang riang lagi
gembira.

Mula-mula sukacita beta mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada
sekalian yang terlibat di dalam mengatur dan menjayakan acara-acara sambutan
sempena hari keputeraan beta yang ke-48 tahun bagi daerah ini.

Kehidupan di daerah ini sangatlah membanggakan dengan suasananya yang rukun
damai serta keadaan rakyat dan penduduk bersatu padu, walaupun mereka itu
terdiri dari berbagai kaum dan puak.

Keadaan berlainan kaum dan puak ini, bukanlah satu halangan untuk kita
berbaik-baik dan bermuafakat. Lebih-lebih lagi di dalam sebuah negara yang
mengamalkan lunas-lunas ugama Islam sebagai dasar dan cara hidupnya.

Kita cukup memahami, bahawa hikmat dijadikan manusia itu berbangsa-bangsa
dan berpuakpuak adalah sebagai tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah
Subhanahu Wataala, sehingga kita dianjurkan untuk saling mengenali,
hormat-menghormati dan bekerjasama bagi tujuan-tujuan yang baik.

Dalam pada itu, terdapat pula batas-batas di dalam cara hidup masing-masing
yang ditentukan oleh peraturan dan undang-undang, serta hukum syarak.
Semuanya ini adalah untuk mengatur dan mengelokkan perjalanan hidup menurut
landasannya.

Suatu hakikat, bahawa kita mempunyai sifat dan ciri-ciri kenegaraan yang
tersendiri. Maksud beta, dalam amalan-amalan rasmi di peringkat negara, kita
adalah sentiasa menonjolkan sifatsifat dan ciri-ciri kenegaraan yang
turun-temurun, yang dibentuk oleh ajaran-ajaran ugama Islam.

Segala sifat dan ciri yang baik ini, membantu kita mewujudkan persefahaman
dan kemesraan di kalangan semua rakyat dan penduduk, iaitu suatu nilai yang
menjadi idaman kepada bangsabangsa di dunia ini.

Beta berharap, amalan ini akan menjadi dasar pemikiran bangsa, lebih-lebih
lagi bagi generasi akan datang. Kita mestilah pupuk dan lanjutkan cara
berfikir orang-orang Brunei seperti ini.

Kerana cara ini sudahpun teruji dapat membawa keharmonian yang
sebenar-benarnya. Kita tidaklah mahu mengikut-ikut, kerana masing-masing
golongan di dunia ini mempunyai iklimnya sendiri-sendiri.

Di dalam kesempatan ini, beta sukalah menarik perhatian tentang
kecenderungan setengah pihak untuk menerima "angin perubahan". Bagi kita,
kita hanyalah akan menerima perubahanperubahan yang baik sahaja, yang tidak
menjejaskan sifat-sifat dan nilai-nilai murni Brunei Darussalam, bukannya
yang dibawa atau diimport daripada luar.

Nilai-nilai Brunei itu antara lain ialah taat kepada raja, bersopan santun,
patuh kepada undangundang dan peraturan, khasnya peraturan-peraturan syarak,
yang menentukan di mana batas dan sempadan dalam pergaulan dengan
masyarakat, sambil mengawal tingkah-laku dan perkataan, dalam makna
memelihara kehormatan siapa-siapa yang patut dihormati secara yang layak.

Nilai-nilai Brunei juga ialah bersih hati, tidak ria, tidak sombong dan
tidak mementingkan diri.

Semua ini menjadi asas utama dalam kita membangunkan bangsa semenjak
berabad-abad lagi.

Beta berharap, nilai-nilai yang unggul ini mestilah didedahkan oleh kaum
cerdik pandai kita, di dalam tulisan-tulisan, ceramah-ceramah, forum-forum
dan seumpamanya, bagi memandu pertumbuhan yang sihat generasi hari ini dan
lebih-lebih lagi generasi yang akan datang, selapis demi selapis.

Langkah ini dapat menolong mengukuhkan lagi nilai-nilai yang unggul itu,
yang kita yakini dapat menumbuhkan kesedaran di kalangan rakyat untuk terus
menolak sebarang usaha dan percubaan anasir-anasir yang tidak diingini, yang
ingin meracuni pemikiran dan pendirian rakyat.

Demikianlah yang beta ingin sampaikan dalam kesempatan ini. Beta percaya,
seluruh rakyat dan penduduk akan dapat memahami dengan baik.

Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan
sentiasa melindungi kita dan negara dengan penuh rahmat dan keredaan-Nya.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.