Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6241
TodayToday59
YesterdayYesterday95
This monthThis month526
1992 - Temburong
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-46 TAHUN DI ISTIADAT MENGADAP DI DAERAH TEMBURONG

PADA 23 JULAI, 1992
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ' Aalameen Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen Sayyidina Muhammadin Wa ' Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du,  

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua telah mengizinkan kita sekali lagi hadir beramai-ramai pada pagi ini.  

Beta dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini, yang telah berpenat lelah menyusun berbagai acara sambutan perayaan ulangtahun hari keputeraan beta di daerah ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala mengurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada mereka semua.  

Daerah Temburong sungguhpun agak terpendi, tetapi tetap menjadi tumpuan, khasnya bagi pegawai-pegawai kerajaan beta yang mempunyai urusan-urusan tertentu dalam perkhidmatan kerajaan. Misalnya pegawai-pegawai daerah sendiri yang biasanya bertukar ganti, dan juga lain-lain pegawai daripada beberapa kementerian.  

Pendeknya, Daerah Temburong tidaklah bersendirian, tetapi sentiasa mendapat tempat di hati orang-orang yang berada di daerah-daerah lain, sama ada mereka itu yang datang kerana tugas, ataupun ada juga yang berkunjung sekadar bertukar angin.  

Apa yang beta perhatikan, daerah ini mempunyai potensi masa depannya yang baik untuk berkembang dan maju. Ia memiliki ciri-ciri semulajadi yang tidak ada pada daerah-daerah lain.  

Kerana itu, beta suka menarik perhatian rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya, supaya jangan merasakan diri mereka itu tersisih, tetapi sebaliknya berbanggalah, dan sambil itu berusaha melakukan apa-apa jua yang boleh mendatangkan perubahan hidup yang lebih baik, asalkan ianya halal dan berguna.  

Umpamanya, tanah Temburong diakui subur, maka mana-mana yang memiliki tanah, bukankah elok juga ditanam dengan tanam-tanaman, sekurang-kurangnya pohon-pohon sayur atau buah yang mendatangkan hasil yang segera. Ini bersesuaian pula dengan dasar kerajaan beta yang sedang menggalakkan peningkatan pengeluaran dalam bidang pertanian.  

Sudah tiba masanya "budaya bertanam" ini dimulakan, iaitu bagi beberapa tujuan, di antaranya sebagai mata pencarian atau bagi menambahkan lagi pendapatan dan juga demi mendukung "konsep bumi hijau" sebagai matlamat orang-orang yang bertamadun pada masa ini.  

Kita khuatir budaya bertanam ini semakin pupus di kalangan masyarakat kita, kerana ada tanda, yang tanah-tanah pada ketika ini banyak yang terbiar, berikutan kecenderungan memilih kerja-kerja biasa seperti di pejabat atau menjadi buruh. Dan akibatnya, kita pun sudah jarang lagi melihat tanah-tanah orang perseorangan yang menghijau atau menguning ditumbuhi padi.  

Beta rasa, adalah kena pada masanya kita melihat balik keadaan ini sebagai bahan kajian oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan, dengan kerjasama daripada semua peringkat termasuklah penghulu-penghulu, ketua-ketua rumah panjang untuk sama-sama mencari jawapannya sama ada sikap yang seumpama ini benar-benar merugikan ataupun sebaliknya.  

Demikian juga tanggungjawab ini, lebih-lebih lagi turut dipegang oleh belia-belia dan kaum terpelajar kita, kerana masa depan yang gemilang bagi negara ini sebenarnya, banyak turut bergantung kepada mereka.  

Oleh itu, tidaklah wajar jika ada belia-belia dan kaum terpelajar kita yang sudah tidak mesra lagi dengan kampung halaman, atau yang tidak dapat mengenali lagi antara sawah dan huma, antara dusun dan ladang dan lain-lain.  

Beta berharap, budaya berkampung dan berhalaman, berdusun dan berladang, serta bersawah dan berhuma ini tidaklah akan pupus daripada masyarakat kita di seluruh negara.  

Untuk akhirnya, beta tidak lupa mendoakan semoga rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya akan terus menikmati keadaan hidup yang harmoni, bersatu padu dan aman sejahtera.  

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.