Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6546
TodayToday49
YesterdayYesterday95
This monthThis month831
1991 - Temburong
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-45 TAHUN DI DAERAH TEMBURONG

PADA 12 MUHARAM, 1412 BERSAMAAN 24 JULAI, 1991
 

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas Junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.  

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita hadir beramai-ramai di istiadat yang permai ini.  

Dengan tulus ikhlas, beta ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah berpenat-lelah menyusun berbagai acara sambutan Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan beta di daerah ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaranNya yang setimpal kepada mereka semua.  

Beta amat sukacita melihat sendiri keadaan rakyat dan penduduk di daerah ini sentiasa gembira. aman tenteram dan bersatu padu. Keadaan seumpama ini menandakan mereka bebas daripada segala kekusutan dan ancaman. Mereka hidup seperti di dalam satu keluarga yang besar, bergaul mesra antara satu dengan yang lain.  

Daerah Temburong adalah melambangkan keindahan, kesuburan dan keaslian. Di sini masih banyak hutan-hutan tebal yang merupakan khazanah yang sering dilupakan orang. Di daerah ini belum berbangkit masalah pencemaran alam sekitar.  

Hutan-hutan biasanya tidak mendapat perhatian orang. Tetapi pada masa akhir-akhir ini, hutan sudah menjadi sangat penting kepada manusia. Ia dianggap sebagai sumber yang mendatangkan kesejahteraan, sebagai tempat berkelah, tempat berehat dan juga tempat berlatih.  

Demikian juga ia diakui sebagai sumber kekayaan, sumber kayu-kayan. Dan kerana itu ia dikawal, dibuat bermacam-macam akta mengenainya, iaitu bagi tujuan-tujuan perlindungan supaya ia tidak pupus atau musnah.  

Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama. melalui Jabatan Perhutanan telah melaksanakan dasar pengurangan kadar pembalakan dan juga pemulihan semula hutan-hutan yang telah dituai hasilnya. Di samping itu, bagi jangka panjang, satu projek Ladang Hutan secara besar-besaran yang melibatkan kawasan seluas 30,000 hektar sedang pula giat diusahakan. Sementara dalam aspek pemeliharaan alam sekitar maka beberapa kegiatan sedang dijalankan seperti projek pemulihan kawasan terbiar dan penubuhan Taman Negara di Ulu Temburong.  

Bersabit dengan projek Ladang Hutan yang mengandungi tujuan-tujuan pemeliharaan khazanah rimba ini, beta sukacita mengingatkan supaya ianya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan menyediakan garis-dasar pengawalan yang efektif dan kemas kerana dari perkembangan sekarang, telah mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan waspada terhadap anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab yang suka mencari kekayaan secara tidak halal dengan melakukan pembalakan haram umpamanya.  

Untuk mengakhiri ucapan beta ini, beta secara khusus mengharapkan kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini, agar sentiasa bersikap jujur dan ikhlas sesama sendiri, dan lebih-lebih lagi terhadap kerajaan dengan menumpukan taat setia yang mendalam, serta menyokong apa-apa jua projek dan usaha kerajaan yang dilakukan semata-mata untuk kebajikan dan kepentingan rakyat serta penduduk jua.  

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.