Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6540
TodayToday43
YesterdayYesterday95
This monthThis month825
1990 - Temburong
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH,
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN
HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-44
DI DAERAH TEMBURONG

PADA HARI KHAMIS,19 JULAI, 1990
 

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.  

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, di atas segala limpah rahmat-Nya jua yang mengizinkan kita hadir beramai-ramai di istiadat yang permai ini.  

Dengan ikhlas, beta ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah berpenat-lelah menyusun berbagai acara sambutan perayaan ulangtahun hari keputeraan beta di daerah ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada mereka semua.  

Beta sukacita menyatakan bahawa dengan izin Allah Subhanahu Wataala, kerajaan beta dari semasa ke semasa akan terus berusaha untuk meneliti dan membisaikan lagi mutu perkhidmatan khasnya perkhidmatan kepada orang ramai. Usaha seperti ini adalah disifatkan sebagai satu proses berterusan ibarat air sungai yang sentiasa mengalir kelancarannya diperbaiki dari semasa ke semasa. Dalam ertikata lain, usaha pembisaian itu adalah sentiasa diasaskan dan dilaksanakan menurut kemampuan dan keutamaannya.  

Bagi daerah ini, alhamdulillah antara lain kita telah pun dapat menyaksikan pembukaan cawangan Pejabat Perbendaharaan baharu-baharu ini yang merupakan sebagai satu lagi langkah kerajaan ke arah usaha meningkatkan perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai yang mana sebelum ini urusan-urusan kewangan bagi daerah ini dibuat dari Bandar Seri Begawan. Insya-Allah, usaha-usaha ke arah membisaikan lagi perkhidmatan yang lain akan diteliti menurut kemampuan. Selain dari itu, beta telah memperkenankan pembentukan Majlis Pengiktirafan Kelulusan Ijazah, Diploma dan seumpamanya. Majlis ini adalah sebuah badan tunggal bagi seluruh Negara Brunei Darussalam yang diamanahkan bertanggungjawab meneliti dan menilai semua kelulusan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi tempatan dan luar negeri dalam semua bidang bagi memastikan supaya nilai atau taraf sesuatu kelulusan itu adalah konsisten.  

Untuk membolehkan majlis ini menjalankan tugas-tugasnya dengan lebih berkesan, usaha-usaha dari sekarang perlu dijalankan melalui pihak-pihak yang berwajib bagi mengemaskinikan peruntukan-peruntukan tertentu yang terdapat dalam Peraturan Am 1961 (G. O) serta penggubalan peraturan, garis pandu, kriteria dan apa jua aspek pengiktirafan yang sesuai dan secucuk dengan bidang tugas majlis ini. Urusetia majlis ini adalah di bawah Kementerian Pendidikan.  

Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta sekali lagi ingin mengingatkan supaya rakyat dan penduduk di daerah ini akan terus hidup bersatu padu dengan mengamalkan sikap hormat-menghormati dan faham-memahami di antara satu dengan yang lain, khasnya dengan memberikan kerjasama yang erat kepada Pegawai Daerah dan pegawai-pegawai kerajaan di daerah ini.  

Semoga dengan semangat perpaduan dan permuafakatan ini kita akan dapat mempertahankan suasana aman dan tenteram yang telah kita nikmati selama ini. Kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan terus memberkati usaha-usaha kita untuk membolehkan kita mempertingkatkan lagi kemajuan negara bagi kesejahteraan kita bersama.  

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.