Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6547
TodayToday50
YesterdayYesterday95
This monthThis month832
1989 - Temburong
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN
HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-43 TAHUN
DI DAERAH TEMBURONG

PADA HARI ISNIN, 17 JULAI, 1989
 

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.  

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, di atas segala limpah rahmat-Nya jua yang mengizinkan kita hadir beramai-ramai di istiadat yang permai ini.  

Dengan ikhlas, beta ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah berpenat-lelah menyusun berbagai acara sambutan perayaan ulangtahun hari keputeraan beta di daerah ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada mereka semua.  

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana rakyat dan penduduk di daerah ini telah memberikan kerjasama yang erat kepada pihak-pihak berkenaan dalam memelihara keamanan dan ketenteraman. Kerjasama dan sokongan semua lapisan rakyat dan penduduk kepada kerajaan itu; telah membolehkan perlaksanaan berbagai rancangan kemajuan negara serta rancangan-rancangan yang berkebajikan di daerah ini.  

Dalam lawatan beta ke daerah ini iaitu ke Mukim Bokok dan Amo dalam bulan April yang lalu, beta telah dapat menyaksikan secara dekat lagi rancangan-rancangan kemajuan yang telah dilaksanakan di daerah ini. Begitupun juga beta telah berkesempatan mendengar beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di mukim-mukim berkenaan yang mana adalah dalam perhatian pihak kerajaan. Dalam menyediakan sesuatu rancangan kemajuan, pihak kerajaan biasanya akan meneliti dan melaksanakan rancangan-rancangan tersebut menurut keutamaannya dengan sentiasa mengambil kira akan kepentingan kesejahteraan rakyat dan penduduknya.  

Sekali lagi beta berharap semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan terus dapat memelihara hubungan persefahaman dan kerjasama yang erat dengan pihak kerajaan dan supaya akan sentiasa berwaspada terhadap diayah-diayah yang boleh menjejaskan suasana keamanan dan ketenteraman yang sedang kita nikmati pada masa ini.  

Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta ingin menyeru seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini, supaya akan terus memupuk semangat tolong-menolong, hormat-menghormati dan faham-memahami di antara satu dengan yang lain dan sentiasa memberikan kerjasama yang erat kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan di daerah ini, khususnya di dalam usaha-usaha dan rancangan yang berkebajikan.  

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.