Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6241
TodayToday59
YesterdayYesterday95
This monthThis month526
1988 - Temburong
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DI ISTIADAT MENGADAP SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN
HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE-42
BAGI DAERAH TEMBURONG

PADA 18 JULAI, 1988

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke
ata junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta
kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi
jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas
segala limpah rahmat-Nya jua yang mengizinkan kita hadir beramai-ramai di
istiadat yang permai ini.

Dengan ikhlas beta ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan
penduduk di daerah ini yang telah berpenat-lelah menyusun berbagai acara
sambutan perayaan ulangtahun hari keputeraan beta di daerah ini. Beta berdoa
semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal
kepada mereka semua.

Sebagaimana beta tegaskan baru-baru ini, adalah mustahak untuk rakyat dan
penduduk di negara ini amnya, dan di daerah ini khasnya, untuk terus
memelihara dan mengekalkan keamanan dan ketenteraman yang sedang kita
nikmati, yang mana telah membolehkan kerajaan melaksanakan projek-projek
kemajuan negara dan rancanganrancangan yang berkebajikan bagi rakyat dan
penduduk di daerah ini. Begitu juga adalah penting untuk kita berwaspada
pada mengambil perhatian berat terhadap pendatang-pendatang haram dan
anasir-anasir yang ingin menyebarkan dakyahdakyah palsu yang tidak
bertanggungjawab bagi menggugat keamanan dan ketenteraman negara.

Dengan wujudnya suasana harmoni dan kestabilan ekonomi, sosial dan politik
di negara ini, kerajaan, menerusi Rancangan Kemajuan Negara, telah dapat
melaksanakan berbagai projek yang bermanfaat bagi daerah ini. Rancangan
Bangunan Pejabat Kerajaan Dearah Temburong telah pun selesai pembinaannya
dan diharap akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pegawai dan
kakitangan kerajaan yang bertugas di daerah ini. Sementara itu, rancangan
pembekalan air dari setengah juta kepada satu perpuluhan dua juta gelen
sehari, sedang dilaksanakan. Beta juga gembira pada mengetahui bahawa
pembinaan 28 buah rumah bagi fasa satu, dan kerja-kerja tanah serta
infrastruktur bagi fasa dua, Rancangan Perumahan Negara Kampong Rataie,
sedang dijalankan. Bela berharap dengan terlaksananya rancanganrancangan ini
nanti akan dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan penduduk di
daerah ini.

Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta ingin menyeru seluruh rakyat dan
penduduk di daerah ini, supaya akan terus memupuk semangat tolong-menolong,
hormatmenghormati dan faham-memahami di antara satu dengan yang lain dan
sentiasa memberikan kerjasama yang erat kepada pegawai-pegawai dan
kakitangan kerajaan di daerah ini, khususnya dalam memelihara keamanan dan
ketenteraman di daerah ini.