Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6241
![]() | Today | 59 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 526 |
| 1995 Kuala Belait |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI W ADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG KE-49 TAHUN BERTEMPAT DI DEWAN BANDARAN DAERAH BELAIT PADA 20 JULAI, 1995 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa 'Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du. Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat hadir beramai-ramai di majlis yang berkebajikan ini. Beta sukacita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama mengusahakan berbagai aturcara sambutan ulang tahun hari keputeraan beta ke-49 tahun bagi daerah ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang sebaikbaiknya kepada mereka itu. Demikian juga beta tidak lupa menyatakan penghargaan kepada rakyat dan penduduk daerah ini, di atas kerjasama mereka kepada kerajaan beta pada sepanjang tahun yang lalu. Dengan keJjasama ini, banyak rancangan yang dapat dibuat dan dilaksanakan untuk daerah ini sebagaimana juga daerah-daerah yang lain. Sambil kita giat melaksanakan rancangan-rancangan ekonomi, satu usaha patut pula digiatkan, iaitu membina dan mengukuhkan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat. Keluarga yang baik, hannoni dan rukun damai dapat memberikan imej yang indah kepada negara. Sebab itulah undang-undang atau akta juga turut dibuat untuk mengawal kesempurnaan berkeluarga itu. Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan turut memberikan khidmat, seperti yang dikenali dengan "khidmat nasihat" dan lain-lain, semata-mata ialah bagi menolong menyelesaikan masalah-masalah atau membisaikan lagi perjalanan sesebuah keluarga itu. Brunei dengan saiznya yang kecil, tidaklah mampu untuk memandang ringan kes-kes penderaan umpamanya. Kita seperti tidak dapat mempercayai perkara itu boleh berlaku dalam negara ini, berdasarkan masyarakat kita adalah masyarakat yang kaya dengan kasih sayang, yang sudah lama terdidik dengan budi pekerti yang halus serta kuat pula beragama. Demikian juga dengan kes-kes perceraian, kes keganasan rumahtangga, kes pengabaian tanggungjawab nafkah, kes remaja yang terlibat dengan kegiatan antisosial dan sebagainya, semuanya itu mestilah diambil berat sebelum ianya merebak menjadi penyakit yang parah kepada bangsa. Untuk ini, pihak-pihak berkenaan perlulah mengambil langkah-langkah berkesan, di samping juga kerjasama dari pihak masyarakat sendiri. Kita memerlukan struktur sosial yang kuat untuk membantu pembangunan. Tetapi jika penyakit ini terus berkembang, maka harapan ke arah itu akan menjadi tipis. Sebab itulah komitmen kerajaan dalam perkara ini sangatlah jelas. Hampir tiga puluh peratus daripada peruntukan kebangsaan, sebenarnya telah diagihkan untuk pelbagai pembangunan sektor sosial itu. Kita adalah bercakap bukan khusus untuk Daerah Belait ini sahaja, bahkan untuk keseluruhan. Sebab itu, semua kita dan semua daerah, beta anjurkan supaya sama-sama berlumba untuk menempah rekod bersih daripada sebarang penyakit sosial, seperti yang beta sebutkan tadi. Mudah-mudahan dengan niat kita yang baik dan langkah kita yang segera, akan membawa kepada kejayaan yang diharap-harapkan. Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




