Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6541
TodayToday44
YesterdayYesterday95
This monthThis month826
1994 - Kuala Belait
TITAH KEBA WAH DULI Y ANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG KE-48 TAHUN BERTEMPAT DI DAERAH BELAIT

PADA 22 JULAI, 1994
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wassalatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa' Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.  

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana mengizinkan kita hadir di majlis yang berkebajikan ini.  

Beta sukacita mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah sama-sama mengusahakan berbagai aturcara Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan beta ke-48 tahun di daerah ini.  

Beta berdoa semoga Allah jua yang akan melimpahkan balasan yang baik kepada sekalian yang berkenaan itu.  

Dalam lawatan beta ke daerah ini di masa yang lalu, beta pernah menekankan akan peri mustahaknya amalan hidup bermuafakat. Kerana permuafakatan itu turut menjadi teras bagi kesejahteraan bersama. Ia mestilah dipupuk dan dikembangkan dalam semua aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, sama ada aktiviti-aktiviti itu di peringkat rasmi ataupun tidak rasmi, di peringkat kumpulan ataupun peribadi.  

Dalam konteks ini, Daerah Belait adalah terkenal dengan penduduknya berbilang bangsa. Selain terdapat mereka yang bertaraf rakyat dan penduduk tetap, daerah ini juga menerima orang-orang luar asing.  

Kehadiran orang-orang luar asing ini, kita lihat dari sudut keperluan tenaga kerja, bagi negara. Kerana itu, kita menerima mereka, selama mana mereka masuk melalui saluran-saluran yang sah.  

Kita menyedari, kehadiran mereka dalam jumlah yang ramai, boleh mempengaruhi suasana dan keadaan setempat. Tetapi kita berharap, pengaruh-pengaruh itu biarlah yang positif, seperti dedikasi terhadap kerja, semangat yang tinggi serta kemahuan yang kuat untuk memajukan diri.  

Adapun pengaruh-pengaruh yang negatif serta budaya yang boleh menjejaskan nilai-nilai luhur masyarakat setempat, hendaklah mereka elakkan.  

Kita tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang laku dan budaya yang boleh mengaburkan nilai-nilai keislaman dan kebruneian.  

Rakyat dan penduduk negara ini adalah merupakan kumpulan masyarakat yang baik hati dan peramah. Mereka menerima baik serta bergaul mesra dengan orang-orang luar asing itu tanpa sebarang masalah.  

Sikap positif rakyat dan penduduk terhadap orang-orang luar ini, adalah selaras dengan dasar kerajaan beta sendiri yang memberikan peluang-peluang perkhidmatan kepada mereka di negara ini.  

Hanya sukalah beta mengingatkan, bahawa apabila mereka itu mendapat kesempatan begini, maka janganlah ada yang cuba-cuba menjalankan kegiatan-kegiatan yang tidak ada kena-mengena dengan tugas dan pekerjaan masing-masing.  

Mereka hendaklah patuh serta menghormati apa jua peraturan yang berjalan di negara ini, khasnya yang paling tidak diingini ialah, seperti kegiatan-kegiatan menyebarkan ugama serta ajaran-ajaran menyeleweng yang menyalahi hukum Islam.  

Akhirnya, dengan harapan yang tinggi, beta tidak lupa mendoakan semoga Allah Subhanahu Wataala akan sentiasa melindungi kita sekalian dengan inayah dan rahmat-Nya.  

Diucapkan selamat maju jaya kepada sekalian rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya, dan juga tidak terkecuali rakyat-rakyat asing yang sedang berkhidmat di sini.  

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.