Announcements

In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts.

The schedules are as follow;

  • - Temburong District on Saturday, July 17 at Taman Perayaan Pekan Bangar.
  • - Brunei Muara District on Tuesday, July 20 at the open area in front of the Royal Regalia Building, Bandar Seri Begawan.
  • - Belait District on Saturday, July 24 at Taman Persiaran, Jalan Sungai, Kuala Belait.
  • - Tutong District on Wednesday, July 28 at Dewan Kemasyarakatan Mukim Kg Serambangun.
The events will start by 8.30pm.
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn

Events Calendar

« < September 2010 > »
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
« < October 2010 > »
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



Visitors Counter

6220
TodayToday38
YesterdayYesterday95
This monthThis month505
1993 - Kuala Belait
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-47 TAHUN DI DAERAH BELAIT

PADA 18 JULAI,1993

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ' Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.  

Seperti biasa, marilah kita sama-sama merafakkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah mengizinkan kita dapat berkumpul lagi di istiadat yang indah ini.  

Beta sangat berbesar hati mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah menyumbangkan banyak tenaga dan fikiran bagi menjayakan acaraacara sambutan perayaan hari keputeraan beta yang ke-47 tahun bagi daerah ini.  

Beta berdoa semoga Allah akan mengurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada mereka itu.  

Satu daripada kurnia Allah yang jelas kepada daerah ini, ialah menjadikannya sebagai pusat perindustrian terbesar bagi Negara Brunei Darussalam.  

Sebagaimana kita tahu, bidang perindustrian adalah merupakan suatu bidang yang sangat-sangat dipentingkan oleh banyak kerajaan di dunia, termasuk juga kita. Kerana itulah, kerajaan beta tidak lalai daripada memajukan bidang ini, termasuklah menyediakan tapak-tapak yang sesuai bagi tujuan tersebut di setiap daerah.  

Dalam pada itu, sebagaimana juga pernah beta tegaskan di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman pada 15 Julai, 1993 yang lalu, bahawa di negara ini, bidang perindustrian dan pertanian itu adalah sama-sama penting untuk diberikan perhatian seimbang oleh kerajaan. Kerana bumi Brunei Darussalam bukan sahaja kaya dengan sumber minyaknya, malahan juga subur dan sesuai untuk pertanian.  

Lalu ke arah ini, sesuailah kita jadikan target kedua-dua bidang ini, baik bagi jangka pendek mahupun jangka panjang, sebagai persiapan kita memenuhi keperluan-keperluan biasa dan juga lain-lain keperluan yang tidak dapat diramalkan.  

Tegasnya, negara mestilah mempunyai matlamat. Jika bidang perindustrian telah diteroka dan sedang menampakkan hasilnya, maka bidang pertanian pun demikian juga, hendaklah diambil langkah lebih cepat. Kerana kita sama-sama menyedari bahawa ada masanya segenggam beras atau seikat ubi kayu itu, jauh lebih berharga daripada emas berbungkal dan wang berjuta.  

Mudah-mudahan apa yang kita tegaskan sebagai azam pada hari ini akan menjadi kenyataan insya-Allah, pada masa-masa yang akan datang.  

Akhirnya, beta tidak lupa mendoakan dengan berkat serta syafaat Nabi kita, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya akan sentiasa hidup dalam aman, tenteram dan beroleh kemakmuran yang berpanjangan, Amin Ya Rabbal Aalamin.  

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.