Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6552
![]() | Today | 55 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 837 |
| 1989 - Kuala Belait |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-43 TAHUN DI DAERAH BELAIT PADA HARI KHAMIS, 20 JULAI, 1989 Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman. Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul beramai-ramai pada pagi yang permai ini. Dengan perasaan tulus ikhlas, beta meRgucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang berkenaan di daerah ini, di atas sumbangan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun dan menjayakan beraneka jenis upacara untuk menyambut perayaan ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-43. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran yang setimpal atas sumbangan yang berkebajikan itu. Beta ingin menegaskan sekali lagi akan pentingnya masyarakat kita di negara ini untuk memperteguhkan lagi sistem kekeluargaan kita yang telah kita warisi yang selama ini telah dapat dengan jayanya menjadi salah satu faktor utama dalam menyatupadukan masyarakat kita sebagai sebuah bangsa yang kukuh dan dihormati. Dengan bertambah kukuhnya perpaduan kita itu nanti maka kita akan bertambah yakin bahawa generasi muda yang di bawah bimbingan dan didikan kita akan dapat menjadi generasi yang bertanggungjawab dan penuh berdisiplin. Ke arah menjamin pembentukan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdisiplin di masa akan datang, maka rakyat dan penduduk negara ini khasnya ibu bapa, guru-guru, pemimpin-pemimpin masyarakat dan pegawai-pegawai kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan generasi muda dan belia-belia pada masa ini menerima didikan dan bimbingan yang betul selaras dengan ciri-ciri kebruneian kita. Beta berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat mengatur dan melaksanakan rancangan-rancangan yang bermanfaat bagi faedah belia-belia dan memastikan juga belia-belia tersebut tidak akan dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak diingini. Di bidang pembangunan, kerajaan beta telah dapat melaksanakan berbagai-bagai projek kemajuan yang kesemuanya adalah dihasratkan untuk membaiki lagi tahap kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Bagi Daerah Belait, sebanyak 164 buah rumah di bawah Rancangan Kemajuan Perumahan sedang dalam pembinaan di Kampong Pandan. Sementara itu, kerajaan juga sedang giat menimbangkan proses permohonan Skim Pengurniaan Tanah Kepada Rakyat Jati pada mana hampir 2,700 permohonan bagi seluruh negara telah pun diluluskan. Insya-Allah, pihak-pihak yang berkenaan akan terus memberikan perhatian kepada rancangan ini dan beta berharap pemohon-pemohon yang terlibat akan dapat bersabar pada menunggu giliran masing-masing. Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta sekali lagi berharap semoga seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini, akan terus memberikan kerjasama yang erat kepada pihak kerajaan dan untuk menjalin hubungan hormat-menghormati dan faham-memahami dalam apa jua usaha berkebajikan demi untuk manfaat kita bersama. Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |




