Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6219
![]() | Today | 37 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 504 |
| 1988 - Kuala Belait |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI ISTIADAT MENGADAP SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE-42 TAHUN BAGI DAERAH BELAIT PADA 26 JULAI, 1988 Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman. Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul beramai-ramai pada pagi yang permai ini. Dengan perasaan tulus ikhlas, beta mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang berkenaan di daerah ini, di atas sumbangan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun dan menjayakan beraneka jenis upacara unluk menjayakan perayaan ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-42. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran yang setimpal atas sumbangan yang berkebajikan itu. Dalam tempoh setahun yang lalu, rakyat dan penduduk di daerah ini telah dapat menyaksikan berbagai rancangan kemajuan di daerah ini, yang mana telah pun dapat dilaksanakan menurut keutamaannya. Salah satu rancangan yang telah dan sedang giat dijalankan di daerah ini ialah Projek Pembekalan Air iaitu pembekalan air Kuala Belait, Sungai Liang dan Sungai Teraban yang kesemuanya menelan perbelanjaan sebanyak 51 juta ringgit. Adalah diharapkan pembekalan air ini tidak sahaja akan menampung keperluan penduduk di daerah ini, telapi juga akan dapat menjamin tahap kesihatan rakyat dan penduduk daerah ini sebagai sebuah daerah yang kaya dengan sumber alamnya, kerajaan beta akan mengambil langkah-langkah positif bagi meningkatkan perindustrian perkayuan dan pembukaan ladang hutan dengan lebih sempuma dan berkesan, iaitu sebagai salah satu usaha kerajaan bagi mempelbagaikan ekonomi negara. Demikian juga usaha-usaha lain di bidang perindustrian akan terus diteliti oleh kerajaan beta bagi menjamin kemantapan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Berkaitan dengan usaha-usaha ini, adalah mustahak bagi semua pegawai dan kakilangan kerajaan dan swasta di daerah ini, untuk mengamalkan disiplin dan etika kerja yang tinggi dan lebih berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan amanah. Begitu juga adalah penting untuk generasi pada masa ini, khususnya penuntut-penuntut, supaya akan menggunakan kemudahankemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya bagi meninggikan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang-bidang yang diperlukan, baik di dalam negeri mahupun di luar ngeri. Beta ingin menegaskan bahawa generasi pada masa ini memikul tanggungjawab bagi memelihara dan menjamin keamanan dan ketenteraman negara yang berterusan serta kedudukan taraf hidup yang sedang kita nikmati pada masa ini. Keadaan ini hanya akan terjamin jika Negara Brunei Darussalam dapat melahirkan tenaga manusia yang berkelayakan dan berkemahiran serta berdisiplin tinggi dan mengekalkan ciri-ciri kebruneian di dalam kehidupan seharian. Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta sekali lagi berharap semoga seluruh rakyat, dan penduduk di daerah ini, akan terus memberikan kerjasama yang erat kepada pihak kerajaan dan untuk menjalin hubungan hormat-menghormati dan faham-memahami dalam apa jua usaha berkebajikan demi untuk manfaat kita bersama. |




