Announcements
In conjunction with the 64th birthday anniversary of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Information Department will be organising Pentarama at all districts. The schedules are as follow;
|
Welcome to the Official Website of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 64th Birthday Anniversary - www.royalbirthday.org.bn |
Related Links
Visitors Counter
6237
![]() | Today | 55 |
![]() | Yesterday | 95 |
![]() | This month | 522 |
| 1987 - Kuala Belait |
|
TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-41 BAGI DAERAH BELAIT PADA HARI SABTU, 25 JULAI, 1987 Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikutpengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman. Alhamdulillah, beta mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, di atas izin dan rahmat-Nya jua kita dapat hadir beramai-ramai sekali lagi di istiadat yang indah permai ini. Di majlis yang berbahagia ini, beta sukacita mengingatkan belia-belia di daerah ini supaya meningkatkan kesedaran tanggungjawab mereka kepada negara. Belia-belia mestilah sentiasa bersikap positif di dalam memberikan kerjasama kepada kerajaan dan seharusnyalah mempunyai ketahanan diri daripada dipengaruhi oleh gejala-gejala yang tidak diingini. Kepada rakyat dan penduduk di Daerah Belait, beta berharap mereka akan sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan beta yang berterusan di dalam menjaga suasana aman dan tenteram di negara ini. Bagi mengakhiri ucapan beta, beta dengan ikhlas sukacita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli-ahli jawatankuasa perayaan serta seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini di atas usaha-usaha mereka bersusah payah menyusun dan melaksanakan upacara-upacara sambutan ulangtahun perayaan Hari Keputeraan beta bagi daerah ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada mereka semua. |




